Orang ramai dinasihatkan agar tidak keluar rumah atau melakukan sebarang aktiviti outdoor sekiranya tidak mempunyai sebarang kepentingan berikutan cuaca panas yang melanda negara sejak kebelakangan ini.
Malah, menerusi laporan media sebelum ini terdapat beberapa kematian dipercayai berpunca daripada strok haba.
Salah seorang yang turut mengalami demam panas ialah aktor Shaheizy Sam, 41, yang mana dia berkongsi gambarnya sedang mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan di Shah Alam, Selangor baru-baru ini.
Menurut Sam, ini merupakan kali kedua dia diserang demam panas sepanjang musim perayaan Syawal.
“Sepanjang Syawal, dua kali dah demam yang sangat panas. Supercop pun boleh tumbang?” tulisnya di ruangan kapsyen sambil merujuk Supercop yang merupakan wataknya dalam rangkaian filem Polis Evo.
Menjengah di ruangan komen, rakan gandingannya dalam Polis Evo, Zizan Razak ada meninggalkan kata-kata pesanan buat sahabat baiknya itu.
Ads
“Khai, mung ni degil la. Tolong jaga kesihatan tu kalau nok jadi adik ipor aku. Kang kene tapor (tampar) baru tahu langit tu tinggi ke rendoh,” tulis Zizan dalam loghat Terengganu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Juri tetap program Big Stage 5 (BS5), Ajai mengakui jawapan yang diberikan Isaac Voo antara sebab mempengaruhi pertimbangannya untuk menyingkirkan penyanyi itu pada malam Ahad.
Isaac menjadi peserta pertama BS5 yang terkeluar pada minggu kedua saingan selepas persembahannya menerusi lagu Terhangat Di Pasaran dendangan asal kumpulan KRU dan Adam gagal menambat hati juri.
Menduduki tangga tercorot menerusi markah yang diberikan juri tetap dan juri undangan, Isaac tersingkir selepas mencatatkan markah sebanyak 36.33 peratus.
“Yes, dia jawab populariti dulu.. yang saya nak ilmu dahulu sebab nak industri (muzik) kita seiring dengan populariti.
“Kita ambil contoh penyanyi zaman dahulu.. kenapa mereka masih dikenali sehingga hari ini adalah sebab penyampaian mereka ada ‘trademark’.
“Dekat sinilah (BS5) kita nak setkan ‘trademark’ individu itu untuk mewarisi penyanyi sedia ada yang bagus dalam industri. Dengan adanya kami, adalah untuk kongsi ilmu dan pengalaman dengan mereka.
“Ada orang, ada ilmu tanpa bakat. Ada orang, ada bakat tapi tiada ilmu. Jadi saya suka yang kedua.Biar ada bakat tapi tiada ilmu,” katanya kepada MH.
Terdahulu, sejurus membuat persembahan Isaac ditanya Ajai apa tujuannya menyertai BS5, sebelum penyanyi yang berasal dari Sabah itu menjawab penyertaannya adalah untuk dirinya lebih dikenali ramai tanpa menyedari respon itu kurang digemari juri tetap tersebut.
Dalam pada itu, Ajai turut berkata dia rela dikecam netizen susulan beberapa komennya yang kedengaran sedikit ‘keras’ kerana tujuannya adalah cuma satu, iaitu atas dasar untuk mengajar generasi baharu mengenai teknik nyanyian yang betul.
“Saya dah biasa kena kecam, cuma jangan kecam Aina. Biar saya sahaja kena kecam, tak mengapa.Tujuan kami cuma ingin berkongsi ilmu dan pengalaman dengan semua peserta.
“Setakat ini saya belum ada peserta favourite lagi sebab masih belum ada yang konsisten dalam persembahan mereka.
“Selain itu, saya lihat para peserta juga kurang mendalami dari segi penghayatan lagu malah mereka kadang-kadang seolah tidak memahami lirik lagu yang mereka nyanyikan.
“Penyanyi yang mempunyai identiti sendiri, dia akan sustained (kekal lama). Prinsip saya talent comes first, popularity akan datang kemudian,” katanya lagi.
Terdahulu, selaku juri tetap, Ajai dan Aina Abdul telah menggunakan ‘talian hayat’ Immuniti-X bagi menyelamatkan Naufal Azrin yang sepatutnya tersingkir kerana undian peminat kurang menyebelahi dirinya.
Disebabkan penggunaan Immunitiitu, pihak juri kemudian sebulat suara memilih menyingkirkan Isaac daripada pertandingan tersebut.
BS5 menampilkan 10 finalis dari Malaysia yang bakal bersaing merebut gelaran juara termasuk Aufahanie, kumpulan COEX, Nadeera Zaini dan Puteri Khareeza.
Enam bintang lelaki pula adalah Isaac Voo, Firdaus Rahmat, Meer Nash, Naufal Azrin, Putera Muhammad dan duo Dem Lepak Boyz.
Tiga peserta lain dari Indonesia diwakili oleh Waode, Farhan Shah dari Singapura dan duo Hoondoo dari Korea Selatan.
Bertemakan Flex Your Beat, 13 peserta Big Stage 5 diadili oleh juri tetap Ajai dan Aina Abdul serta juri jemputan yang berbeza setiap minggu.
Sementara itu, penyanyi Nadeera Zaini memenangi anugerah Dominasi Persembahan Terbaik sekaligus membawa pulang wang tunai RM3,000.
Empat edisi Big Stage terdahulu telah menobatkan empat juara sepanjang penganjurannya yang terdiri daripada Sarah Suhairi (2018), bintang Korea Selatan Hanbyul (2019), Azzam Sham (2020) dan Elica Paujin (2022).
BS5 berlangsung selama sepuluh minggu dan bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam mulai 7 Mei, setiap Ahad, jam 9 malam secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selebriti versatil, Alif Satar akui tersentuh saat menerima hadiah dan membaca surat yang telah dititipkan oleh anak-anaknya.
Dalam nukilan tersebut, kedua-dua anak perempuannya menyifatkan mereka amat bertuah kerana dikurniakan bapa seperti Alif.
Lantaran itu, mereka berharap agar pemberian tersebut akan sentiasa mengingatkan Alif terhadap orang-orang yang disayanginya.
“Dear daddy, ini adalah hadiah daripada Alisha dan Ariana. Kami harap pemberian ini akan sentiasa mengingatkan daddy ketika saat orang-orang yang daddy sayangi masih hidup.
“Tapi kami tahu daddy akan tetap berjumpa dengan mereka semua di syurga kelak. Kami nak daddy tahu yang daddy merupakan bapa terbaik seseorang itu boleh memiliki. Sayang daripada Alisha Anugerah dan Ariana Mecca,” tulis anak-anak perempuannya.
Jelas Alif, air matanya juga mengalir saat menerima kejutan dan membaca surat tersebut.
“Ini yang mereka tulis. Berenang empat kilometer dekat laut aku gagah lagi tapi ni barang boleh buat nangis empat lautan bro. Bersyukur sangat,” tulisnya Alif di ruangan kapsyen.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama tersentuh selain turut mendoakan semoga Alif dan keluarga kekal bahagia hingga ke akhir hayat.
“Luluh segala penat lelah. Alhamdulillah, wonderful girl.
“I pula nak nangis. Your kids are so precious.
“Alaa mata auto masuk air. Alhamdulillah dikurniakan anak yang bijak dan solehah.
“Depa sweet macam pak depa la.
“MasyaAllah, memang anugerah terindah,” antara komen-komen netizen.
Sekadar informasi, Alif dan isterinya, Shadila Hakif telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 15 September 2014.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini sudah dikurniakan tiga orang cahaya mata Alisha Anugerah, Ariana Mecca dan Muhammad ‘Ali.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Alif Satar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tahniah diucapkan buat anak sulung pelakon dan penyanyi dangdut terkenal, Amelina iaitu Puteri Nur ‘Athirah, 22, yang berjaya menamatkan pelajaran dalam Diploma Kemahiran (Diploma In Professional Cookery) dari VTCA Vocational Training Centre.
Amelina atau nama sebenarnya, Norazlina Amir Sharipuddin, 48, meluahkan rasa syukur dan bangga dengan pencapaian anak sulungnya itu menerusi perkongsian yang dikemas kini menerusi Instagram.
Puteri Nur ‘Athirah ialah anak dari perkahwinan Amelina dengan bekas suaminya iaitu Reduan Mahamood di samping 5 orang cahaya mata yang lain iaitu, Putera Al’ Affiq, Putera Al’ Asyraff, Puteri Nur’ Asyurah, Putera Al’ Arffa, & Putera Al’ Amzar.
“Congratulations on your graduation day. You did it girl. Dalam setiap chapter hidupmu Allah akan mempermudahkan urusanmu. Mommy always menyertakan doa untukmu. Dont worry, walau pun you selalu sakat i dan buat mommy geram!
“Ingat…kakak kena jadi contoh yang terbaik untuk adik-adik, sayangi keluarga, orang yang pernah berbudi dengan kita dan orang yang sentiasa berada di saat kita susah, di saat kita jatuh, di saat kita tiada apa-apa.”
“Jadikan setiap kesengsaraan itu kepada nikmat Allah yang Allah dah janjikan pada hambanya yang berserah,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Penyanyi lagu Rindu dan Asyik ini juga turut berkongsi video indah pada majlis graduasi.
Pelakon Mawar Rashid tampil menjelaskan mengenai identiti lelaki misteri yang muncul menerusi foto dimuat naik di media sosial sempena sambutan Hari Raya baru-baru ini, selepas timbul dakwaan dirinya kini sedang berada dalam fasa bahagia.