Baru-baru ini, pelakon jelita, Eyka Farhana telah pun menghadiri sebuah acara yang dianjurkan oleh sebuah jenama fesyen terkenal antarabangsa.
Sewaktu mengadiri acara tersebut, Eyka atau nama sebenarnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi dilihat mengenakan dress singkat paras peha berwarna biru sambil digayakan dengan blazer hitam.
Menerusi perkongsian di laman Instagram pula, pelakon berusia 28 tahun ini juga turut berkongsi fesyen penuh serta momen-momen menarik sewaktu acara tersebut berlangsung.
Bagaimanapun, fesyen yang digayakan oleh Eyka itu nyata mendapat pandangan negatif segelintir pihak yang merasakan dress tersebut agak singkat dan terdapat beberapa bahagian yang dilihat agak terdedah.
Malah, pelakon drama, Melur Untuk Firdaus 2 ini juga dilihat kerap meletakkan tangan di bahagian dada sewaktu lensa kamera tertumpu kepadanya.
Ads
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menegur mengenai pemakaian tersebut malah, ada juga yang memberikan pandangan agar Eyka mengenakan pakaian yang lebih selesa dan praktikal selepas ini.
“Tangan dok cover dada. Maknanya dia ada rasa malu ataupun dia tak nak netizen hentam dia sangat. InsyaAllah perlahan-lahan dia akan jadi baik. Kita pun tak baik. Jadi, kita cuba selalu jadi yang terbaik. Kita doakan okay. Cantik dia. Suka tengok Eyka. Lawa sangat.
“Nampak dia punya tak selesa bila kena tutup-tutup dada. Susah-susah je. Kenapa la pakai macam tu?
“Nampak tak selesa pakai baju macam tu. Tangan asyik dekat dada.
Ads
“Kalau nak cover-cover dada, tak payah la pakai macam tu,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Selain Eyka, antara selebriti lain yang turut dilihat hadir ke acara berkenaan termasuklah Mimi Lana, Amelia Henderson dan Azira Syafinaz.
Terdahulu, Eyka difahamkan bakal muncul menerusi filem terbarunya yang berjudul Polis Evo 3.
Ads
Sehingga kini, video yang dikongsikan di laman Instagram itu telah pun meraih lebih 170,000 jumlah tontonan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Eyka Farhana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Anna Jobling mengakui berasa kecewa apabila mengetahui dia menjadi bahan sindiran rakan artis wanita yang pernah bekerjasama dengannya menerusi sebuah drama baru-baru ini.
Menurut Anna atau nama sebenarnya, Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, 22, dia kesal dengan tindakan pelakon itu yang lebih ‘rela’ menulis menerusi media sosial daripada tampil berterus-terang kepadanya.
“Saya sangat terkejut sebab tak sangka orang akan perli saya.Saya sangat kecewa sebenarnya apabila kita baik dengan seseorang, benda macam ini berlaku, rasa macam saya buat apa sebenarnya.
“Kenapa tidak berterus-terang dengan saya, kenapa buat dekat media sosial?” kata Anna kepada MH.
Anna ditemui usai menjayakan persembahan hari pertama teater Maduku Terpaling Kalut yang berlangsung di PJ Pac, Petaling Jaya pada malam Khamis.
Walaupun dirinya menjadi ‘sasaran, namun Anna berkata dia tidak akan sesekali membuat kenyataan balas dalam bentuk perlian seperti mana yang dilakukan oleh pelakon tersebut.
“Saya takkan merendahkan diri ke tahap itu, saya akan terus bekerja kuat, berfikiran positif dan sibuk dengan hal sendiri sahaja.Semakin anda dengki dengan saya, semakin sikit rezeki anda!
“Kalau saya jumpa dengan dia selepas ini, saya akan tetap menjadi diri sendiri.Jika dengki dengan saya, itu masalah dia, bukan masalah saya,” katanya lagi.
Dunia hiburan Hollywood kehilangan satu lagi bintang lagenda apabila pelakon terkenal Val Kilmer dilaporkan telah meninggal dunia pada usia 65 tahun.
Menerusi laporan eksklusif oleh The New York Times, pemergian aktor yang dikenali menerusi filem Top Gun dan Batman Forever (1995) itu disahkan oleh anak perempuannya, Mercedes Kilmer.
Menurut Mercedes, ayahnya menghembuskan nafas terakhir akibat radang paru-paru pada hari Selasa, 1 April (Waktu Amerika Syarikat). Untuk rekod, Val Kilmer pernah didiagnosis menghidap kanser tekak pada tahun 2014, namun dilaporkan berjaya melalui proses pemulihan.
Kilmer, yang sebelum ini agak menyepi dari dunia seni, pernah membuat kemunculan awam yang jarang sekali berlaku pada acara anjuran TwainMania Foundation sekitar Jun 2019.
Kemunculannya itu mendapat perhatian ramai, apatah lagi ditemani oleh anak lelakinya yang ketika itu berusia 23 tahun, Jack Kilmer.
Penampilan terakhir Val Kilmer menerusi filem Top Gun.
Val Kilmer sempat membuat penampilan istimewa dalam filem sekuel yang dinantikan ramai, Top Gun: Maverick, bergandingan semula dengan sahabat baiknya Tom Cruise. Filem tersebut yang disiarkan pada 2022 mendapat sambutan hangat.
Dalam sebuah temubual pada tahun 2018, Tom Cruise menyifatkan peluang bekerjasama semula dengan Kilmer sebagai satu pengalaman yang sangat “istimewa”. Momen mereka dalam filem tersebut dikatakan sangat menyentuh hati para penonton.
Setelah bertahun-tahun menjadi buah mulut ramai mengenai tahap kesihatannya, Kilmer akhirnya membuka cerita tentang perjuangannya menentang kanser tekak dalam sebuah temubual bersama The Hollywood Reporter pada Disember 2017.
Dek penyakit tersebut beliau menjalani pelbagai prosedur, termasuklah prosedur pada trakea yang menyebabkan suaranya menjadi serak dan kesukaran untuk bernafas.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Uqasha Senrose tampil mempertahankan adik iparnya, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid, berhubung dakwaan segelintir netizen yang kononnya gelaran ‘Datuk’ yang diterima suami kepada Nelydia Senrose itu ‘dibeli’.