Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat akui masih banyak perkara yang harus dipelajarinya untuk bergelar seorang ibu yang baik.

Menurut Ayda, ada kalanya dia berasa agak terkilan kerana terlalu mengharapkan suami yang kurang membuat persediaan sewaktu anaknya baru dilahirkan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat)

“Nabil merupakan seorang yang akan sentiasa cari tahu. Saya pula sangat tenang kerana saya tahu suami saya akan timba segala ilmu dan dia akan buat segalanya.

“Selepas saya bersalin, baru saya sedar yang bayi ini harus dijaga bersama. Sejujurnya, beberapa hari selepas melahirkan, saya kerap menangis sebab saya tak tahu macam mana nak jaga anak ini.

“Saya minta maaf kepada Nabil kerana saya sedar ini silap saya kerana tak buat sebarang kajian sebelum itu. Sehingga hari ini, saya rasa belum cukup sempurna untuk menjadi seorang ibu yang baik,” katanya.

Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu Pencuri Hati itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.

Dalam pada itu, Ayda turut mendedahkan dirinya pernah terdetik untuk meninggalkan kerjaya seni bagi memberikan sepenuh tumpuan terhadap anaknya itu.

IKLAN

“Malah, selepas bersalin, saya tidak punyai banyak masa kerana kerja yang sangat banyak.

“Kemudian, saya rasa adakah saya perlu berhenti dan tinggalkan kerjaya seni agar anak saya ada lebih banyak masa bersama saya?

“Kadang ada rasa nak menangis. Kadang ada masa ketawa sendiri. Selalu terfikir nak berhenti kerja. Sentiasa rasa tak cukup masa bersama anak. Dalam masa yang sama tiada masa untuk diri sendiri,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Ayda turut menzahirkan rasa kagum buat para ibu yang sentiasa berkorban dan berusaha untuk memberikan yang terbaik buat anak serta keluarga.

IKLAN

Wahai ibu-ibu, kamu adalah insan yang istimewa. Manusia yang luarannya nampak kuat dan berani, dalam hati hanya tuhan yang tahu. Anda adalah ibu yang sempurna buat anak dan keluargamu.

“Terima kasih Nabil buat segalanya. Anda sangat hebat,” akhirinya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berkongsi pengalaman yang sama selain turut mendoakan agar para ibu sentiasa dikurniakan kekuatan untuk membesarkan anak dengan baik.

“Anak-anak makcik dah 17 dan 21 tahun pun masih rasa sebegitu. Jangan terlalu keras terhadap diri sendiri. Awak ibu yang hebat. Selamat hari ibu sweetheart.

IKLAN

“Betul sangat. Terutamanya bila tengok anak demam atau sakit. Kita perlu mohon cuti untuk jaga anak. Rasa sebak sangat. Ada kalanya rasa nak berhenti kerja supaya boleh fokus pada anak. Tapi Allah mengetahui yang terbaik.

“Anda semua insan yang terpilih yang bertuah untuk merasai nikmat menjadi ibu. Jadilah yang terbaik untuk mereka yang dikasihi.

“Kadang rasa penat sangat tapi bila tengok mereka tidur jadi rasa semangat semula. Terus ubah mindset yang negatif,” antara komen-komen netizen.

Sekadar informasi, Ayda telah mendirikan rumah tangga bersama pengacara, Nabil Mahir pada tanggal 1 Januari 2021.

Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini dikurniakan anak pertama, Ana Nayla, 2, pada 21 September tahun yang sama.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber: Instagram Ayda Jebat

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI