Pelakon, Rita Rudaini menempelak dakwaan segelintir pihak yang menuduhnya mempunyai dendam sehingga menghalang anaknya berjumpa dengan bekas suami, Aidil Zafuan Abdul Razak.

Katanya, dia tiada masalah dengan bekas suaminya itu dan hanya orang diluar sana sahaja suka mereka cerita.

Kenyataan tersebut dibuat selepas Rita memuat naik gambar anaknya sewaktu kecil bersama Aidil di Instagram.

View this post on Instagram

Mcm2 spekulasi manusia klau sis up kn pic anak2 sis..'xbg jumpa anak lah,dendam sampai anak jd mangsa lah,xbg anak main bola sbb dendam kt pak dia lah' …..mmm seronok sis baca cerita dongeng rekaan manusia luaq sana…..nah! Sis lanje pic anak beranak 😘 maaf lah pic lama tp ada 'nilai sentimental' tau 😘….pic baru xdak so sis lanje pic lama jerhh…sis xdak masalah pon dgn bekas sis..kita org xgado pon…pandai je manusia2 buat skrip telenovela 7tahun 7 keturunan,xabis2 cite 'posh n beckham' ni 😂 ..sampai anak2 sis dah besaq dah..sis ok je,xdak masalah pon..kita husnuzon je..anak2 sis main bola pon sis support…buat apa nk halang cita2 depa…cita2 depa cita2 sis jugak 😉 …ada org kata pulak 'gigih nk bg ank main bola jugak' ..lorrr xkan nk bg main masak2 kot…dah depa budak laki..bolasepak xle di pisahkan dr budak lelaki…darah ka,keturunan ka,kuah ka ,nk buat lagu mana da depa minat sis antaq la blajaq…ramai jugak dok komen klau upload pic ank,'muka bapak sgt' .,.kompom laa muka bapak..dah hasil tuai dr 'AI+RIT' …xkan kluaq muka brat pitt pulak 😂 ……lps ni jgn pulak kata bila sis up pic ni,kata plak sis xhormat pihak sana pulak 😂😂 ..nk buat lagu mana dah DNA pak depa..xsalah lah sis boh pic depa anak beranak 😝 sis xde masalah dgn Daddy ryan n juna 😘 ..harap lps ni xdak lah nk pertikai sis xbg itu ini ye…xkan smua sis nk cite kt korg 🙃 …. Xpe nnti 1day mommy bwk tgk Daddy game ye 😘 @airitqaqa727 n @airitryan727 tggu Daddy bg tiket 😘 #sislanje

A post shared by Rita Rudaini (@ritrud727) on

“Macam-macam spekulasi manusia kalau sis upkan pasal anak-anak. Tak bagi jumpa anaklah, dendam sampai anak jadi mangsalah, tak bagi anak main bola sebab pak dialah.

“Seronok sis baca cerita dongeng rekaan manusia diluar sana. Nah sis belanja gambar anak beranak. Maaf gambar lama tapi sentinmental tau. Pic baru takda so sis belanja gambar lama ja. Sis takda masalah pon dengan bekas suami. Kita tak gaduh pun husnuzon je,” tulisnya.

Tambah Rita, dia berjanji akan membawa anak-anaknya menonton perlawan bola sepak yang melibatkan bekas suaminya itu jika ada masa dan kelapangan.

“Nak buat macam mana dah DNA bapak depa. Tak salahlah sis post gambar depa anak beranak. Sis takda masalah dengan Daddy Ryan and Juna. Harap lepas ni jangan pertikai sis tak bagi itu ini.

“Takkan semua sis nak cerita kat orang. Takpe one day mommy bawak tengok game daddy. Tunggu daddy kasi tiket,” katanya lagi.

Di ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan Rita yang menjaga baik hubungan anak-anaknya bersama bekas suami.

Ketika ini, Aidil sedang beraksi untuk pasukan kebangsaan dalam misi untuk membawa pulang piala agung AFF Suzuki Cup 2018.

Foto: Instagram Rita Rudaini

Apa Kata Anda