Pelakon, Mas Khan memanjatkan rasa syukur kepada Allah SWT kerana memberikannya kesempatan untuk menghadiahkan sebuah kereta mewah jenis Porche buat ibu tercinta.

Jelas Mas Khan, segala kejayaan yang telah diraihnya ketika ini adalah berkat daripada doa ibunya selama ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mas Khan (@maskhan_)

“Syukur Alhamdulilah terima kasih ya Allah. Ini berkat doa ibu, berkat saya manjakan ibu dan bapa saya, berkat saya happykan keluarga, rahmat ini saya dapat nikmat ini semua kerana Dia.

“Betul tuhan tak biarkan hamba dia sendirian dengan usaha semata-mata kita boleh ubah hidup kita sekelip mata dengan izin Dia dan berkat keluarga kita. Yang penting kita “Berkehendak Ingin Kan sesuatu” kita mampu capai InshaAllah,” tulisnya.

“Tuhan Tak Biarkan Hamba Dia Sendirian,”- Berkat Doa Tak Putus-Putus, Pelakon Mas Khan Hadiahkan Kereta Poshe Buat Ibu “Tuhan Tak Biarkan Hamba Dia Sendirian,”- Berkat Doa Tak Putus-Putus, Pelakon Mas Khan Hadiahkan Kereta Poshe Buat Ibu

IKLAN

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pelakon filem, Abang Long Fadil 2 ini menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

Menerusi video berdurasi hampir 2 minit itu, Mas Khan turut dilihat berkongsi reaksi ibunya saat menerima hadiah kereta tersebut.

“Tuhan Tak Biarkan Hamba Dia Sendirian,”- Berkat Doa Tak Putus-Putus, Pelakon Mas Khan Hadiahkan Kereta Poshe Buat Ibu

Mas Khan turut menambah, walau apapun yang terjadi, dia akan tetap kuat dan berusaha untuk membahagiakan seluruh ahli keluarganya.

IKLAN

“Sabarlah dalam perjuangan, sabarlah bila jatuh dan sabarlah bila hendak meniti jalan yang menang selalu di akhir cerita.

“Bukan Porsche yang ingin saya sampaikan, tapi value of the porsche yang buat saya menilai hidup dari perspektif yang berbeza. Family first,” ujarnya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa kagum selain turut mendoakan agar Mas Khan sentiasa dimurahkan rezeki.

“Blessings on blessings. Keep going brother.

IKLAN

“Congrats Mas. Proud of you. I follow you dari awal lagi till now. You memamg superb duper power.

“Alhamdulillah, tahniah bang. Moga dimurahkan rezeki selalu,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.

“Tuhan Tak Biarkan Hamba Dia Sendirian,”- Berkat Doa Tak Putus-Putus, Pelakon Mas Khan Hadiahkan Kereta Poshe Buat Ibu

Sekadar informasi, selain aktif berlakon, Mas Khan juga sibuk menguruskan bisnes inap desa dan juga servis sukan dan rekriasi, ATV Adventure Park KL.

Sumber: Instagram Mas Khan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI