Sejak beberapa lalu, nama isteri kepada penyanyi, Haqiem Rusli, Anis Sofea menjadi bualan hangat netizen selepas berkongsi beberapa hantaran di laman Instagram yang memaparkan dirinya kini sudah tidak lagi berhijab.

Perubahan tersebut nyata mengejutkan ramai pihak kerana sebelum ini Anis sememangnya dikenali dengan imej sopan bertudung.

Antara yang turut berkongsi pandangan mengenai perubahan imej tersebut termasuklah penerbit terkenal, Datuk David Teo.

Jelas David Teo, untuk seseorang itu kekal istiqomah bukanlah sesuatu yang mudah lebih-lebih lagi apabila hal ini turut berkait rapat soal keimanan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by David Teo (@davidteo99)

“Iman seseorang pastinya berbolak balik. Istiqomah dalam berhijab sememangnya susah namun Tuhan pasti mendengar hati kita,” tulisnya.

IKLAN

Pandangan tersebut dikongsikan sendiri oleh David Teo menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.

Lantaran itu, David Teo turut menyeru kepada semua pihak untuk sama mendoakan yang terbaik buat Anis dan Haqiem.

“Semoga isteri Haqiem Rusli sentiasa berada di jalanNya dan kita doakan yang terbaik buat pasangan ini,” katanya lagi.

IKLAN

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memuji cara David Teo menitipkan pesanan selain turut berharap agar semua pihak dapat berubah ke arah yang lebih baik.

Terdahulu, tindakan Anis yang memadam hampir keseluruhan gambar-gambar lama termasuk gambar bersama suami di Instagram nyata mencetuskan tanda tanya dikalangan netizen.

Bagaimanapun, tidak lama selepas itu, Anis ada memuat naik foto bersama suami beserta caption emoji hati.

IKLAN

Malah, menerusi beberapa laporan media, Haqiem memaklumkan dirinya tiada keperluan untuk memberikan sebarang kenyataan berhubung isteri dan rumah tangganya.

Sekadar informasi, Haqiem dan Anis telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 19 November 2021. Bagaimanapun, pasangan muda ini masih belum dikurniakan cahaya mata.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram David Teo

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI