Syarikat pengurusan Stars Powerhouse Entertainment, tampil menafikan dakwaan yang mengaitkan pelakon di bawah naungan mereka, Alya Iman, sebagai punca perceraian pasangan selebriti baru-baru ini.
Menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di media sosial, wakil syarikat berkenaan menyifatkan tuduhan tersebut sebagai fitnah yang boleh mencalarkan imej serta reputasi artis mereka.
“Stars Powerhouse Entertainment memandang serius penyebaran kenyataan palsu yang mengaitkan artis kami, Alya Iman, dengan isu perceraian pasangan artis yang tular baru-baru ini.
“Tuduhan ini adalah tidak benar, berunsur fitnah, dan menjejaskan reputasi,” tulis pada paparan yang tertera.
Amaran & Tindakan Undang-Undang
Dalam masa sama, pihak Stars Powerhouse Entertainment turut meminta kepada mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab agar menghentikan penyebaran tuduhan tidak berasas tersebut.
Ads
Mereka turut menegaskan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas sekiranya perkara itu berterusan selepas ini.
“Kami tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang terlibat.
Ads
“Hentikan penyebaran serta-merta dan turunkan semua kandungan berkaitan di semua platform,” kongsinya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Sumber & Kredit Foto: Instagram Stars Powerhouse Entertainment
Perhubungan cinta yang dibina lebih sedekad akhirnya menemui noktah apabila pelakon Hollywood, Haylie Duff dilaporkan berpisah dengan tunangnya, Matt Rosenberg selepas 12 tahun bertunang.
Menurut laporan media antarabangsa, hubungan pasangan ini sebenarnya telah berakhir sekitar awal tahun 2026, namun perkara tersebut hanya disahkan wakil Haylie baru-baru ini. Perpisahan itu dikatakan berlaku secara baik tanpa sebarang konflik besar, malah kedua-duanya memilih untuk menjaga privasi demi anak-anak.
Untuk rekod, Haylie dan Rosenberg mula menjalin hubungan sejak 2012 sebelum mengikat tali pertunangan pada April 2014. Sepanjang tempoh tersebut, pasangan ini dilihat selesa menjalani kehidupan seperti suami isteri walaupun tidak pernah melangsungkan perkahwinan secara rasmi.
Dalam beberapa temu bual sebelum ini, Haylie pernah menyifatkan hubungan mereka sebagai sudah “cukup lengkap” biarpun tidak berkahwin, apatah lagi dengan kehadiran dua cahaya mata perempuan yang menjadi keutamaan dalam hidup mereka.
Pasangan ini dikurniakan dua anak iaitu Ryan dan Lulu, yang kini masing-masing semakin membesar dan menjadi fokus utama mereka selepas perpisahan tersebut.
Walaupun hubungan cinta mereka tidak berakhir di pelamin, sumber terdekat memaklumkan kedua-duanya masih mengekalkan hubungan baik sebagai ibu bapa demi memastikan kebajikan anak-anak terus terpelihara.
Perkembangan ini nyata mengejutkan ramai, lebih-lebih lagi selepas pasangan tersebut melalui tempoh pertunangan yang cukup panjang, sekali gus mengundang persoalan mengenai hala tuju sebenar hubungan mereka sebelum ini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelawak dan usahawan, Shuib meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan seorang isteri yang sentiasa setia di sisi, baik ketika susah mahupun senang.
Menurut Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhammad, isterinya, Watie Hanifiah banyak memberikan semangat serta sokongan moral ketika dia berdepan pelbagai ujian dalam kehidupan.
“Kadang-kadang saya rasa, isteri saya ini adalah contoh yang sangat baik buat diri saya. Kalau diri kita ini tak baik, kita kena paksa diri kita jadi orang baik.
“Begini kisahnya, isteri saya tahu keadaan saya. Dahulu, ketika Watie nak berkahwin dengan saya, ramai yang kata dia mahukan saya sebab duit.
“Ketika ini, saya tengah susah. Dalam hidup ini, memang ada naik dan turunnya. Tahun 2026 dan 2025, saya tengah susah,” kongsinya.
Kisah tersebut dikongsikan oleh Shuib menerusi satu sesi siaran langsung yang kemudiannya tular di media sosial.
Dalam masa sama, Shuib mendedahkan isterinya sanggup menyerahkan sepenuhnya hasil jualan produk sambal hitam sepanjang bulan Ramadan lalu bagi membantunya dari segi kewangan.
“Nak tahu tak apa yang isteri saya buat? Sambal hitam yang isteri saya jual di Singapura, Brunei dan Kuala Lumpur, sebanyak 3,700 botol sold out.
“Saya tak boleh nak pergi ke Singapura dan Brunei sebab ada masalah cukai. Jadi pihak Imigresen sekat perjalanan saya. Duit sambal hitam itu, isteri saya tak ambil walau satu sen.
“Dia bagi semuanya dekat saya. Saya pula yang jadi rasa malu dan segan. Rasa macam lelaki jenis apa saya ini?
“Bayangkanlah, dia yang pergi berniaga selama tiga hari tiga malam. Berdiri berjam-jam panggil orang membeli. Dia dapat duit itu tapi dia bagi pada saya sebab saya kena bayar hutang,” ujarnya lagi.
Shuib turut menyifatkan Watie sebagai seorang isteri yang luar biasa dan mempunyai keperibadian hampir sama dengan Allahyarham Siti Sarah yang tidak pernah berkira soal kewangan.
“Dia isteri yang sangat dasyat. Sifatnya saling tak tumpah seperti Siti Sarah. Tak hairan langsung fasal duit. Bercakap ini pun rasa nak menangis.
“Saya selalu fikir, diri saya ini bukanlah orang baik tapi Allah tahu macam mana caranya nak sedarkan dan tolong saya,” kongsinya lagi.
Menurut Shuib, dia kini sedang berdepan pelbagai cabaran dalam bidang perniagaan termasuk kes mahkamah yang dihadapi.
“Perniagaan saya okay sahaja tapi ia tak ‘boom’. Tak seperti perniagaan saya yang dahulu yang boleh cecah jutaan ringgit setiap bulan.
“Perniagaan sekarang ini, agak susah sikit untuk tampung apa yang sedang saya lalui. Saya tak cukup duit. Kes mahkamah saya juga banyak.
“Dulu orang mengata isteri saya. Kini dunia itu terbalik. Saya pula yang susah dan isteri yang tolong saya,” kongsinya.
Tambahnya lagi, setiap bantuan yang diberikan oleh isterinya seolah-olah membuka pintu rezeki yang lebih luas buat wanita itu.
“Semakin banyak dia tolong saya, lagi banyak rezeki yang datang kepada dia. Bila saya tanya, kenapa awak tolong saya? Kenapa sanggup bagi duit dekat saya?
“Dia kata, dia dapat rezeki ini, semuanya kerana saya juga,” katanya.
Terdahulu, Watie selamat melahirkan cahaya mata sulung pada 6 April lalu. Untuk rekod, Shuib dan Watie mendirikan rumah tangga pada 23 Jun 2023.
Sebelum ini, Shuib memiliki empat orang cahaya mata hasil perkahwinan bersama Allahyarham Siti Sarah, iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra, Ariq Matin dan Ayash Affan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Sumber & Kredit Foto: Instagram Shuib & Tik Tok Abang Joe CF
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Beto Kusyairy menegaskan dirinya tidak mempunyai sebarang niat untuk menghina mana-mana individu atau organisasi ketika membawakan watak Along Alid dalam filem terbaharu, Libang Libu.
Menurut Beto, atau nama sebenarnya Nur Kusyairy Zakuan Osman, setiap watak yang dipaparkan dalam filem tersebut termasuk peranan sebagai ‘Abang Long Kawasan’ adalah cerminan kepada realiti yang wujud dalam masyarakat masa kini.
“Kenapa pula watak itu sensitif? Itu adalah realiti yang ada di dalam masyarakat kita. Sehingga kini, masih ada pihak yang berpewatakan seperti itu.
“Filem ini adalah cerminan kepada masyarakat. Apa yang kami tonjolkan itu adalah mencerminkan apa yang terjadi dalam komuniti.
“Melalui medium filem, kita paparkannya dalam bentuk yang santai dan menghiburkan.
Kami tiada niat nak menghina,” katanya kepada MH.
Beto berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem Libang Libu, baru-baru ini.
Tambahnya lagi, tidak timbul keperluan untuk mendapatkan kebenaran daripada mana-mana pihak bagi menjayakan watak tersebut kerana ia sepenuhnya bersifat fiksyen dan hasil ciptaan pengarah.
“Saya rasa tak perlu pun kita minta izin kepada sesiapa. Ini adalah watak fiksyen. Ia bukan watak yang perlu saya minta izin daripada waris atau sebagainya.
“Ini adalah watak yang dicipta. Saya tak nampak sebarang keperluan untuk minta kebenaran kepada sesiapa,” kongsinya lagi.
Dalam masa sama, Beto turut meluahkan rasa teruja apabila diberi peluang untuk menjadi sebahagian daripada produksi filem tersebut yang menghimpunkan hampir 30 pelakon popular tanah air.
Menurutnya, cabaran utama sepanjang penggambaran adalah untuk menyesuaikan diri dengan karakter unik setiap pelakon, namun suasana kerja tetap menyeronokkan.
“Cabaran utama berlakon filem ini adalah untuk melayan karenah orang-orang gila. Semua yang berlakon punyai kepala gila tapi suasananya sangat seronok.
“Apabila kita bekerja dengan kawan-kawan yang kita suka dan pelakon yang serius dengan karya mereka, masing-masing akan cuba memberikan input untuk jadikan filem ini terbaik.
“Ia satu pengalaman yang menarik. Kami tidak berdepan masalah dari segi keserasian. Masing-masing faham dengan peranan sendiri. Kami seronok dapat terlibat di dalam filem ini,” akhirinya.
Filem Libang Libu arahan Bobby Husaini dijadualkan menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 23 April ini.
Selain Beto, filem ini turut dibintangi oleh Nabila Huda, Ozlynn Wati, Razak Ahmad, Sabri Yunus dan ramai lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Persoalannya kini bukan lagi siapa bakal menjulang trofi Premier League (PL) musim 2025/26, sebaliknya sejauh mana Arsenal mampu meraikan status mereka sebagai juara baharu liga Inggeris musim ini.