Penyanyi Tomok yang berada di kedudukan pertama dalam saingan minggu keenam Gegar Vaganza musim ke sembilan (GV9), Ahad lalu meluahkan rasa syukur.

Tomok atau nama sebenarnya, Shah Indrawan Ismail meraih markah sebanyak 84 peratus dari barisan juri, termasuk 17 peratus untuk persembahan yang dinilai Ramli MS.

Ramli dalam satu kenyataan mendedahkan markah tersebut adalah yang paling tinggi (markah penuh ialah 20) pernah diberikan kepada mana-mana peserta GV untuk persembahan.

Tomok Syukur Raih Markah Tinggi, Usaha Sukses Satu ‘Team’; “Rasanya Berbaloi Dengan Pengorbanan…”

Tomok Syukur Raih Markah Tinggi, Usaha Sukses Satu ‘Team’; “Rasanya Berbaloi Dengan Pengorbanan…”

IKLAN

“Rasa tak sangka, dapat markah yang tinggi. Terima kasihlah kepada barisan juri. Semua ini membuatkan saya perlu bekerja lebih keras, ada beberapa minggu lagi.

“Malah saya pasti kawan-kawan lain pun ada strategi masing-masing. Kita nak kan satu ‘good fight’. Saya cubalah, ia secara tak langsung beri saya semangat untuk cuba buat yang baik saban minggu,” katanya kepada MH.

Mengulas konsep persembahan yang ditampilkan menerusi lagu Everybody (Backstreet’s Back) dari Backstreet Boys, Tomok akui dia cuba beri kelainan yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.

IKLAN

“Rasanya sangat berbaloi dengan pengorbanan yang dilakukan minggu ini… pakai kanta lekap, tak pernah pun pakai. Dengan lagu yang tak pernah saya nyanyikan dapat pula sokongan semua yang hadir. Saya sangat bersyukur, alhamdulillah.

“Kalau nak diikutkan, lagu ini konsepnya dah memang hantu (dalam muzik video). Jadi saya rasa kalau dapat lagu ini, kita nak buat macam tu dengan tema yang berbeza sikit. Terfikir nak masukkan mood ‘Pirates Of The Caribbean’ dan selitkan sikit langkah tarian Michael Jackson.

IKLAN

“Saya cadangkan pada produksi dan mereka bersetuju, itulah yang kalian lihat. Kiranya saya nak berikan kelainan menerusi persembahan di GV9, insyaAllah.

“Idea datang daripada saya dan pasukan. Saya perlu kreditkan mereka yang berada di belakang yang sentiasa beri idea, termasuk daripada segi susunan muzik,” katanya lagi.

Tomok Syukur Raih Markah Tinggi, Usaha Sukses Satu ‘Team’; “Rasanya Berbaloi Dengan Pengorbanan…” Tomok Syukur Raih Markah Tinggi, Usaha Sukses Satu ‘Team’; “Rasanya Berbaloi Dengan Pengorbanan…”

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI