Pertandingan Miss Universe Malaysia baru sahaja melabuhkan tirai menyaksikan kemenangan berpihak kepada gadis berusia 26 tahun, Lesley Cheam.

Dia yang berketinggian 166cm dan merupakan seorang graduan farmaseutikal dan sains kesihatan dari Universiti Nottingham berjaya mengalahkan 12 lagi finalis lain untuk menjadi wakil Malaysia di pentas antarabangsa.

Lesley Cheam Dinobat Miss Universe Malaysia 2022. Peserta Kegemaran Ramai, Ajunee Kaur Di Tempat Kedua

Selain bergelar Miss Universe Malaysia yang baharu, Lesley turut memenangi gelaran sampingan iaitu Miss Radiant Confident dan Miss Schwarzkopf Beautiful Hair.

Memulakan pencarian sejak Mac lalu, acara kemuncak yang telah dilangsungkan di M Resort & Hotel, Damansara menyaksikan 13 gadis yang telah disenarai pendek bersaing untuk mendapat gelaran eksklusif tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: 10 Selebriti Ini Pernah Jadi Ratu Cantik Wakili Malaysia Ke Persada Antarabangsa

IKLAN

Lesley Cheam Dinobat Miss Universe Malaysia 2022. Peserta Kegemaran Ramai, Ajunee Kaur Di Tempat Kedua

Acara dimulakan dengan tarian pembukaan oleh kesemua finalis, mereka kemudiannya tampil memperkenalkan diri masing-masing sebelum beralih ke sesi gaun petang.

Kemudiannya daripada 13 finalis, hanya lapan yang mara keperingkat seterusnya.

IKLAN

Selain Lesley yang diumumkan sebagai juara, peserta kegemaran ramai, Ajunee Kaur terpaksa berpuas hati di kedudukan kedua. Manakala, Wan Ying pula berada di tempat ketiga.

Lesley Cheam Dinobat Miss Universe Malaysia 2022. Peserta Kegemaran Ramai, Ajunee Kaur Di Tempat Kedua
Dari kiri; Ajunee Kaur, Lesley, Wan Ying

Antara personaliti popular tempatan yang pernah bergelar Miss Universe Malaysia seperti Datuk Yasmin YUsoff, Datin Elaine Daly, Deborah Henry, Andrea Fonseka dan Francisca Luhong.

Pertandingan Miss Universe 2022 dijangka akan berlangsung pada Januari tahun hadapan bertempat di New Orleans, Amerika Syarikat.

IKLAN

Malaysia menghantar wakil ke pertandingan ini sejak tahun 1964 lagi. Hanya pada tahun 1970, Malaysia menerusi perwakilan Josephine Lena Wong berjaya menduduki kedudukan top 15. Sejak itu tiada lagi wakil negara yang berjaya bergelar semifinalis.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI