Nama penyanyi dan pelakon, Azira Syafinaz kebelakangan ini kerap menjadi buah mulut warganet berikutan imejnya yang kini dikatakan semakin seksi.
Ketika ditemui, Azira memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai perkara tersebut kerana bimbang kata-katanya itu nanti akan disalah tafsir segelintir pihak.
Lalu, dia memohon jasa baik semua pihak untuk mendoakan agar dirinya dapat berubah ke arah yang lebih baik satu hari nanti.
“Saya tiada komen mengenai perkara ini kerana kalau saya berkata sesuatu pun, orang mungkin akan salah anggap. Nanti spekulasi lain pula yang timbul.
“Saya sedar tindakan saya ini tak bersesuaian bagi sesetengah pihak tetapi mungkin anda semua boleh mendoakan agar satu hari nanti, saya akan berubah ke arah yang lebih baik,” katanya kepada MH.
Anggota kumpulan De Fam itu berkata sedemikian ketika ditemui pada majlis tayangan gala drama siri One Cent Thief, pada Selasa.
Katanya lagi, dia sudah terbiasa dengan ‘sepak terajang’ yang harus dilalui apabila bergelar selebriti.
Ads
“Sejujurnya, sudah tentu saya tak selesa bila ada pihak yang melabelkan saya dengan perkara yang bukan-bukan. Namun, ini adalah lumrah bergelar selebriti. Kita kena hadap perkara seperti ini.
“Saya tak kata perbuatan saya ini betul cuma doakanlah yang terbaik untuk saya,” ujarnya lagi.
Ketika ditanya adakah dia terkesan dengan komen-komen netizen di media sosial, Azira memberitahu, ada sebenarnya lebih selesa untuk tidak ambil pusing.
“Saya bukan jenis yang suka baca komen. Saya biarkan sahaja. Dulu mungkin saya kerap baca komen dan tipulah kalau saya tak terkesan. Sebagai manusia, kita juga ada hati dan perasaan.
Ads
“Kadang-kala, ada juga pihak yang melampaui batas dan membuatkan saya berasa geram tapi realiti menjadi seorang artis memang kena banyak bersabar.
“Apa yang kita kongsikan di media sosial, tetap ada baik dan buruknya. Buat perkara baik atau sebaliknya, orang akan tetap mengata. Apapun, teguran yang baik, saya tetap akan terima manakala yang buruk, saya akan cuba perbaiki.
“Saya tak mahu cepat melatah. Ia merupakan satu perkara yang tak baik untuk kita di dalam industri ini,” ujarnya lagi.
Sementara itu, Azira akui teruja apabila turut terlibat di dalam drama One Cent Thief yang juga merupakan drama aksi-triller pertamanya.
Ads
“Pengalaman berlakon drama ini memang sangat mencabar lebih-lebih lagi untuk keluar daripada watak-watak yang biasa saya bawakan sebelum ini.
“Ini merupakan drama aksi pertama saya. Meskipun babak aksi saya hanya sedikit tapi saya tetap teruja,” ulasnya.
Terdahulu, One Cent Thief merupakan drama arahan pengarah muda, Ariff Zulkarnain.
Drama ini bakal menemui penonton bermula 8 Oktober ini, setiap hari Sabtu jam 9 malam.
Penonton juga berpeluang menonton episod baru seminggu lebih awal pada Sabtu jam 12 tengah malam menerusi platform Astro Go atau On Demand.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza meraikan ulang tahun perkahwinan yang ke-16 dengan menyediakan hidangan air tangannya buat suami tercinta, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa.
Sambutan secara sederhana yang disambut di kediamannya itu memperlihatkan aksi Siti m, 43, di dapur memasak lauk-pauk melayu seperti ikan asam goreng, ketam goreng, asam pedas ikan merah serta sambal udang petai.
“Ikan asam goreng, ketam, asam pedas ikan jenahak, sambal udang petai… masakan untuk ulang tahun perkahwinan, Alhamdulillah,” kata Siti menerusi perkongsian di Instagram Story.
Sementara itu, Siti turut memuat naik video koleksi gambar bersama Khalid ketika awal perkahwinan mereka sehingga dikurniakan dua cahaya mata.
“Alhamdulillah,” tulisnya ringkas pada ruangan kapsyen.
Perkongsian penyanyi lagu Aku Bidadari Syurgamu itu turut dihujani dengan ucapan tahniah daripada peminat yang mendoakan agar perkahwinan yang dibina akan terus berkekalan dan bahagia hingga ke akhir hayat.
Siti dan suami mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2006 di Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta, Kuala Lumpur.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Siti Aafiyah, 4, dan Muhammad Afwa yang kini berusia 16 bulan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Datuk Seri Siti Nurhaliza
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Thank you ayah. For a joyful life u gave us. Hamzah bin Hassan, born 17th October 1948. Disemadikan 17th October 2020.
“Growing up he was a tough dad. A soldier dad. Lepas tu masa aku dah umur 16 tahun he became cool dad and so begins my friendship with him. No longer just father and son relationship. He was a story teller. Daripada zaman dia di Kampung Majidi, JB sampai lah cerita dia dengan kawan2 dia waktu tentera.
“He was short tempered (not always) but very kind and often finds time to help the most random people like weekly giving money to the cleaner makcik at the tollbooth rest stop near my mom’s office. I am a proud son,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan oleh penyampai radia Era itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Dalam pada itu, Haniff turut menitipkan ucapan penghargaan kepada staff-staff hospital dan semua pihak yang telah memudahkan urusan pengkebumian bapanya itu.
“Terima kasih to the doctors, nurses and staff of IJN and HKL for giving him your best. We spent alot of time there the past 3 months. IJN was home to me for atleast 2 weeks.
“To intake 12 of 1968 RAMD. Band of brothers. Ayahs closest buddies. Thank you for all the times u spent with ayah building his character making him the man that he was. He stories about all of you will continue through his children and our sons. Papa Pete and Uncle Hashim especially. Thank you
“Kepada keluarga kami. Terima kasih kerana sentiasa menyayangi ayah. He loved all of u dearly. Come visit us anytime. Our doors are always open. We understand the CMCO made it a little hard for u to come waktu ini.
“To the men of the 1st Bn Royal Malay Regiment lead by Brig Gen Fazal. Terima kasih atas bantuan kalian on ayahs final journey. Alhamdulliah it was smooth.
“Mama, @sham_on_air and @lindsaylihun. We did good. We were with him through out. I know he was happy. Love you,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, Haniff turut mendedahkan dia tidak akan bersedih terlalu lama malah berjanji akan menggalas tanggungjawab untuk menjaga ibunya itu.
“To ayah. U were a jovial man and for that I won’t be sad for long. I love you. Don’t worry about mama.
“Its my turn now. We miss u so much. Semoga di tempatkan dikalangan orang yang beriman. Bismillah,” akhirnya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis menitipkan ucapan takziah selain turut berdoa agar Haniff sekeluarga diberi ketabahan untuk menghadapi dugaan ini.
Sumber: Instagram Haniff Hamzah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan penyanyi Aliff Aziz memaklumkan sudah memberikan kerjasama dengan pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) berhubung kes khalwat membabitkan dirinya dengan aktres Ruhainies.
Kata pemilik nama lengkap Mohamad Aliff Aziz, dia kini sedang menunggu prosedur seterusnya dan berharap kes ini dapat diselesaikan sebaik mungkin.
“Insya-Allah, mohon semua mendoakan yang baik-baik dan semoga kes itu selesai.
“Saya sudah beri kerjasama dengan pihak Jawi, seterusnya kita serahkan kepada mereka untuk tindakan akan datang.” katanya.
Terdahulu, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Mohd Ajib Ismail memaklumkan siasatan kes khalwat membabitkan Aliff Aziz dan Ruhainies telah selesai.
Mohd Ajib berkata kertas siasatan tersebut telah dihantar kepada Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan (JAPENS) untuk tindakan lanjut.
Keputusan selanjutnya terletak kepada pihak JAPENS untuk membuat dakwaan hasil daripada kertas siasatan yang diserahkan.
Imbas kembali, pada 9 Mac lalu, dunia hiburan kecoh apabila Aliff dan Ruhainies ditahan Jawi di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur. Mereka bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan sekitar pukul 2 petang hari sama.
Awal hari ini, menerusi prosiding di mahkamah, Aliff telah pun menceraikan isterinya Bella Astillah dengan talak satu.
Pada prosiding perceraian yang berlangsung, kedua-dua belah pihak sebelum ini bersetuju untuk membuat beberapa perjanjian sebelum proses perceraian dilakukan.
Pada 11 Mac lalu, Bella memfailkan perceraian secara ‘fast track’ kepada suaminya itu kerana tiada persefahaman dan ‘mawaddah’ (cinta dan kasih sayang), mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984.
Bagaimanapun Aliff yang sepatutnya hadir pada sebutan kali pertama kes perceraian mereka pada 13 Mac lalu, tidak hadir kerana urusan kerja selain terbabit dengan penggambaran.
Bagaimanapun pada sebutan kedua perceraian mereka, Aliff enggan melafazkan cerai dan Hakim Syarie Wan Mohd Najib bersetuju untuk kedua-duanya melantik wakil untuk proses Jawatankuasa Pendamai (JKP).
Untuk rekod Aliff mendirikan rumah tangga dengan Bella pada 9 September 2016, namun pernah bercerai pada 16 Mei 2019 sebelum rujuk semula dalam tempoh edah.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Idzham Ismail memilih untuk tidak lagi berkongsi sebarang penjelasan berhubung hantaran yang dimuat naiknya menerusi Instagram Story, baru-baru ini.
Idzham atau nama sebenarnya, Muhammed...