Setelah tertangguh hampir setahun, akhirnya, program realiti nyanyian, Big Stage 2022 bakal membuka tirainya pada 6 Februari ini.

Senarai bintang-bintang yang bakal berentap di Big Stage 2022 telah pun diumumkan dalam satu sidang media khas sebentar tadi.

Mengekalkan identiti sebagai platform terbaik barisan artis muda dalam mengetengahkan bakat nyanyian, program yang kini memasuki musim keempat itu bakal menampilkan peserta dari luar negara khusus bagi memberi saingan sihat buat bintang remaja tempatan.

Nah, ini dia 11 barisan peserta Big Stage 2022 yang bakal memberi saingan tahun ini! Anda rasa siapakah yang bakal bergelar juara?

IKLAN

Tok Ti Kembali! Ketua Jerung Merah, Tegar & Aisha Retno Antara Bintang Buru Gelaran, Ini Senarai Penuh Peserta Big Stage 2022 Tok Ti Kembali! Ketua Jerung Merah, Tegar & Aisha Retno Antara Bintang Buru Gelaran, Ini Senarai Penuh Peserta Big Stage 2022 Tok Ti Kembali! Ketua Jerung Merah, Tegar & Aisha Retno Antara Bintang Buru Gelaran, Ini Senarai Penuh Peserta Big Stage 2022 Tok Ti Kembali! Ketua Jerung Merah, Tegar & Aisha Retno Antara Bintang Buru Gelaran, Ini Senarai Penuh Peserta Big Stage 2022 Tok Ti Kembali! Ketua Jerung Merah, Tegar & Aisha Retno Antara Bintang Buru Gelaran, Ini Senarai Penuh Peserta Big Stage 2022 Tok Ti Kembali! Ketua Jerung Merah, Tegar & Aisha Retno Antara Bintang Buru Gelaran, Ini Senarai Penuh Peserta Big Stage 2022 Tok Ti Kembali! Ketua Jerung Merah, Tegar & Aisha Retno Antara Bintang Buru Gelaran, Ini Senarai Penuh Peserta Big Stage 2022 Tok Ti Kembali! Ketua Jerung Merah, Tegar & Aisha Retno Antara Bintang Buru Gelaran, Ini Senarai Penuh Peserta Big Stage 2022 Tok Ti Kembali! Ketua Jerung Merah, Tegar & Aisha Retno Antara Bintang Buru Gelaran, Ini Senarai Penuh Peserta Big Stage 2022 Tok Ti Kembali! Ketua Jerung Merah, Tegar & Aisha Retno Antara Bintang Buru Gelaran, Ini Senarai Penuh Peserta Big Stage 2022

Setelah semusim berehat daripada tugas penjurian, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza kembali menyertai barisan panel juri bersama komposer terkenal, Ajai yang kembali menerima mandat selaku juri tetap buat kali kedua untuk musim ini.

Tok Ti Kembali! Ketua Jerung Merah, Tegar & Aisha Retno Antara Bintang Buru Gelaran, Ini Senarai Penuh Peserta Big Stage 2022

IKLAN

Big Stage 2022 juga masih mengekalkan format asal penjurian yang terbahagi kepada dua bahagian iaitu berdasarkan pemarkahan oleh barisan panel juri dan undian peminat secara online.

Pada musim kali ini, kerusi ‘Juri Pedas’ diperkenalkan manakala posisi ‘Presiden Netizen’ yang diperkenalkan pada musim lalu untuk menjurikan pertandingan dengan kupasan sudut perspektif yang mewakili suara ramai masih lagi dikekalkan.

IKLAN

Pada masa sama, selebriti versatil popular, Alif Satar dan Sherry Al Hadad masih diberi kepercayaan untuk mengendalikan pentas utama selaku gandingan pengacara.

Konsert mingguan Big Stage 2022 akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 8 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam mulai 6 Februari 2022 menerusi saluran Astro Ria dan Astro Go.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI