Pelakon Mira Filzah akhirnya berkongsi berita bahawa dirinya kini sedang hamil anak pertama.
Sambil memanjatkan rasa syukur, Mira atau nama sebenarnya, Nur Amirah Filzah Badioezaman, 28 turut memaklumkan usia kehamilannya kini hampir memasuki fasa trimester ketiga.
Berita gembira itu dikongsikan bintang cantik ini menerusi hantaran terkininya di Instagram, sebentar tadi.
“Syukur Alhamdulillah, segala puji bagi Allah pemilik seluruh alam, perkhabaran diterima pada tahun lepas yang kami akan menimang cahaya mata sulung kami. Insha’Allah, usia kandungan akan memasuki trimester ketiga tidak lama lagi.
“As with everyone who have wishes and plans to build a family, we also have our own personal experience of the highs and lows throughout our own journey so far.
Ads
“Let it be known that we feel and pray only the good for everyone too. But surely it is only with Allah’s knowledge and ultimate wisdom, lies what is good and best for each one of us, in time and in place. Sesungguhnya, Dialah sebaik-baik perancang,” tulisnya.
Hantaran sama turut dikongsikan suaminya, Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar, menerusi aplikasi sama.
“Kepada semua yang berharap dan mendoakan kami dari dulu hingga kini, dengan rasa insaf dan rendah diri kami mengucapkan jutaan terima kasih, semoga Allah SWT merahmati dan mengangkat segala usaha dan doa setiap seorang daripada kita, aamin amin YRA,” tulisnya lagi.
Ads
Serentak dengan perkongsian yang dimuat naik, rakan selebriti dan peminat tidak putus-putus melayangkan dedikasi serta doa yang baik-baik buat mereka.
Untuk rekod, Mira dan suaminya mendirikan rumah tangga pada 3 September 2020 di Bukit Kiara, Kuala Lumpur.
Pasangan sama cantik sama padan itu sebelum ini mengikat tali pertunangan pada 16 Julai tahun yang sama.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Ibu bapa mana yang tidak sedih apabila anak yang disayangi ‘pergi’ pada usia yang masih muda. Pada 12 November 2021 yang lalu, penyanyi Chris Daughtry dan isteri, Deanna Daughtry telah mengumumkan bahawa anak mereka, Hannah Price,25, meninggal dunia.
Hannah merupakan anak hasil perkahwinan Deanna yang pertama. Walaupun begitu Chris sudah menganggap Hannah seperti anaknya sendiri dan hubungan mereka rapat walaupun dia hanya bergelar bapa tiri. Ekoran kejadian tersebut, banyak spekulasi liar berkaitan kematian Hannah tersebar. Kini tiga bulan berlalu, barulah mereka bersedia untuk berkongsi tentang punca kematian anak mereka itu.
Dalam satu kenyataan media yang diberikan secara eksklusif kepada portal People, keluarga ini menyatakan bahawa Hannah telah membunuh diri di bawah pengaruh dadah.
Menurut kenyataan tersebut, “Anak perempuan kesayangan kami, Hannah Price meninggal dunia pada 12 November 2021 yang lalu. Banyak spekulasi telah dicetuskan sejak itu. Kini setelah siasatan penuh telah selesai dilakukan oleh pihak berkuasa, kami boleh berkongsi maklumat yang lebih lanjut.”
Hannah telah menggantung diri di rumahnya dan dijumpai oleh teman lelakinya yang kemudian menghubungi pihak polis. Sejak kecil lagi, Hannah dikatakan bergelut dengan masalah mental dan selalu keluar dan masuk pusat rawatan selama bertahun-tahun.
“Beberapa bulan selepas kehilangan ayah kandungnya yang juga membunuh diri, Hannah pula terlibat dalam satu insiden yang mana dia menjadi mangsa dan terkena tembakan di muka. Kami melakukan segala yang kami mampu untuk menyokongnya dan mendapatkan bantuan yang dia perlukan untuk pulih daripada tragedi ini sekali gus mengembalikan hidupnya ke landasan yang betul,” jelas kenyataan itu lagi.
Keluarga Chris Daughtry juga ada menyebut yang sebelum Hannah membunuh diri, mereka ada membuat rancangan bersama dengan mendiang supaya dia mendapatkan rawatan dan tinggal berdekatan keluarga.
Pada pagi kematiannya, keluarga ini memberitahu lagi yang Hannah ada menghubungi mereka menyatakan yang dia bimbang akan keselamatannya selepas mendakwa teman lelakinya mendera secara fizikal dan mengambil keretanya.
Mereka segera menghubungi Jabatan Polis Daerah Fentress untuk melakukan pemeriksaan. Namun begitu setelah mendapat mengesahan dari Hannah sendiri yang dia dalam keadaan yang baik, pihak polis berlalu pergi tanpa tindakan lanjut.
Semasa kejadian menyayat hati tersebut berlaku, Chris Daughtry ketika itu sedang dalam siri jelajah konsert muziknya. Mengambil keputusan membatalkan siri jelajah yang seterusnya, dia pulang kepangkuan keluarga untuk menghadapi waktu sukar. Sehingga kini, penyanyi itu tidak memuat naik sebarang hantaran baharu di laman Instagramnya.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Penyanyi dan Youtuber, Harith Zazman menzahirkan rasya syukur yang tidak terhingga kepada Allah SWT kerana dia dan isterinya bakal dikurniakan seorang cahaya mata lelaki tidak lama lagi.
Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh Harith menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.
Video berdurasi hampir 30 saat itu memperlihatkan isterinya sedang menjalani pemeriksaan bersama pihak doktor yang turut memaparkan keputusan imbasan ultrasound.
“Alhamdulillah ITS A BOYYYY!! Apa nama sesuai untuk budak comel ni?
“Cepat lah sikit keluar tak sabar and kesian dkt mommy awak ni,” tulisnya.
Malah, penyanyi lagu Cute itu turut meminta orang ramai supaya mencadangkan nama yang sesuai untuk diberikan kepada anaknya itu.
Katanya lagi, dia juga berasa amat teruja untuk menantikan detik kelahiran cahaya mata sulungnya itu.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut tumpang gembira selain turut menitipkan doa semoga isteri dan kandungannya itu akan sentiasa berada dalam keadaan yang baik.
“Alhamdulillah, congratulations Harith. May Allah ease everything for the both of you.
“Comel la Harith ni. Dia reveal macam tu je gender anak dia.
“Alhamdulillah, semoga dipermudahkan segalanya.
“Congratulations Harith mesti tak sabar jadi ayah tu kan,” antra komen-komen netizen di laman Instagram.
Terdahulu, Harith telah mendirikan rumag tangga bersama pilihan hati yang juga merupakan model, Nuramalina Ghakaskah pada tanggal 28 Ogos 2021.
Pada November lalu, Harith mengumumkan isterinya itu telah dilaporkan hamil tiga bulan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Harith Zazman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Khai Bahar akhirnya ubati kekecewaan peminat apabila bakal menjayakan Konsert ‘Nafas Cinta’ Khai Bahar yang bakal berlangsung pada 12 Februari depan.
Sebelum ini, umum mengetahui konsert sulung penyanyi berkenaan yang dijadual berlangsung pada Mac tahun lalu dibatalkan selepas ia tertunda ekoran penularan wabak COVID-19 dan pelaksaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Konsert anjuran syarikat Nova Music itu bakal diadakan di Petaling Jaya Performing Arts Centre (PJ PAC), 1 Utama Shopping Centre, Bandar Utama.
Menurut Khai atau nama sebenarnya Muhammad Khairul, dia teruja dan terharu apabila pihak Nova Music sudi bekerjasama seterusnya memilih dirinya untuk menjayakan konsert tersebut.
“Apabila saya mendapat tawaran mengadakan konsert tahun lalu, bagi saya ia satu peluang keemasan. Namun, perancangan Allah SWT itu lebih baik.
“Saya menganggap belum ada rezeki untuk buat konsert apabila ia terpaksa dibatalkan atas faktor tertentu dan selepas berbincang dengan semua pihak biarpun ketika itu sudah banyak persiapan dilakukan. Apa pun saya memandang ia dari sudut positif.
“Saya juga percaya setiap apa yang terjadi itu pasti ada hikmah di sebaliknya. Alhamdulillah, saya mendapat tawaran daripada pihak Nova Music yang mahu menganjurkan konsert saya.
“Kata orang, besar tapak tangan nyiru saya tadahkan. Pelawaan itu saya anggap rezeki buat saya. Selepas membuat perbincangan, pasukan saya bersetuju untuk membuat konsert ‘Nafas Cinta’ Khai Bahar ini,” katanya.
Penyanyi yang sinonim menerusi lagu Bayang ini turut berharap semoga persembahan tersebut nanti mampu menebus kerinduan dan kekecewaan peminatnya.
“Diakui ramai sedih dan kecewa apabila konsert yang sepatutnya berlangsung di Istana Budaya dibatalkan. Saya pun tidak tahu nak memberi reaksi macam mana, sebab saya sendiri juga sedih. Macam dikatakan, saya anggap ia belum rezeki.
“Namun, kehadiran Konsert ‘Nafas Cinta’ Khai Bahar ini saya harap dapat mengubat kesedihan mereka. Saya bersama pasukan dan pihak penganjur akan cuba memberikan yang terbaik.
“Biarpun lokasi persembahan tidak dapat memuatkan jumlah yang ramai, sekurang-kurangnya impian dan hasrat saya serta peminat untuk menjayakan persembahan berskala besar tercapai.
“Tipulah jika dalam kerjaya seseorang penyanyi dia tidak mengimpikan sesuatu yang besar dalam karier seni. Begitu juga saya, di mana mengadakan konsert ini satu daripada cita-cita yang belum tercapai. Jadi, doakan semoga segala perancangan menuju konsert ini dipermudahkan Allah SWT,” ujarnya lagi.
Sementara itu, penerbit dan penganjur konsert, Rosmin Hashim berkata, pemilihan Khai adalah tepat kerana penyanyi itu mempunyai kekuatan peminat luar biasa selain banyak menjalin kerjasama dengan syarikat rakaman Nova Music danSeventeen Eleven Music.
“Kenapa Khai? Ini kerana dia antara penyanyi muda yang banyak lagu hits dan berjaya selain mempunyai peminat yang ramai.
“Kalau kita sebut nama Khai Bahar, memang cukup dikenali. Dia mempunyai kelompok peminat dari semua golongan dan peringkat umur. Selain itu, dia antara penyanyi yang bersih dari sebarang kontroversi,” katanya.
Ditanya adakah penganjuran Konsert ‘Nafas Cinta’ Khai Bahar itu disebabkan pembatalan konsert Khai terdahulu, Rosmin berkata ia berlaku secara kebetulan.
“Itu bukan punca kami buat konsert ini. Tak terfikir pun perkara itu. Cuma, kami berasakan sudah sampai waktunya kami menganjurkan konsert berskala besar.
“Lagi pula aktiviti persembahan pentas dan konsert kini sudah pun dibenarkan berlangsung. Orang ramai pun dahagakan hiburan persembahan secara langsung. Jadi, tidak salah kami mengorak langkah ini.
“Kami berasakan dia penyanyi yang tepat untuk buat konsert ini. Perancangan buat konsert ini pun secara kebetulan dibuat pada Oktober lalu. Selepas kami berjumpa dan berbincang dengan pasukan Khai, alhamdulillah, mereka terima pelawaan kami,” katanya.
Konsert ‘Nafas Cinta’ Khai Bahar bakal diadakan secara hybrid fizikal dan virtual live. Ini membolehkan bukan sahaja peminat Khai Bahar dari Lembah Kelang untuk menonton konsert ini malah peminat beliau dari seluruh Malaysia dan rantau Asia.
Selain Khai, konsert ini turut menampilkan Aina Abdul dan Adira Suhaimi sebagai penyanyi jemputan.
Tiket konsert secara fizikal yang dijual dengan harga RM189.90 dan maklumat lanjut mengenainya boleh layari https://onetix.com.my/ manakala tiket tontonan konsert secara virtual yang dijual dengan harga RM69.90, RM79.90 dan RM89.90 boleh di beli dengan melayari https://www.cloudtheatre.com/my/.
Enggan terus berada di takuk lama, penyanyi Haqiem Rusli menegaskan dirinya kini bersedia untuk mencuba sesuatu yang baharu dan keluar daripada zon selesa demi memastikan kerjayanya terus berkembang.