Sebelum ini dilihat cukup lantang membantah penganjuran konsert artis antarabangsa, kali ini, PU Syed sekali lagi menyeru orang ramai agar menolak kemasukan kumpulan Kpop popular dunia, Blackpink ke Malaysia pada Mac nanti.
Menerusi laman Instagram miliknya, Syed atau nama sebenar, Syed Mohd Bakri Syed Ishak Benyahya berkata hal itu perlu dilakukan agar maksiat dan perkara-perkara duniawi yang melalaikan tidak terus berleluasa lebih-lebih lagi dalam kalangan anak muda masa kini.
“Kumpulan Kpop Blackpink akan datang ke Malaysia.
“Saya menyeru semua umat Islam agar sama-sama kita melakukan usaha membantah dan menentang sepenuhnya atas penganjuran konsert yang mengarut ini!
“Sekat mereka daripada hadir!! Cukuplah maksiat bermaharajalela berleluasa berlaku.
Ads
“Cara pemakaian, cara hidup, cara berhibur semakin hari semakin melampau!” tulisnya di ruangan kapsyen.
Menurut Syed lagi, dia sudah melancarkan bantahan tersebut sejak bulan Oktober tahun lalu bagi mengekang konsert tersebut berlangsung di negara ini.
Ads
“Jika 2019 pernah dicadang nak bawa BTS…walaupun tak berjaya, kini Blackpink pula!
“Saya dah lancarkan bantahan terhadap penganjuran ini sejak Oktober 2022 lagi.. tak kira kerajaan mana yang mentadbir, pihak mana yang mengurus.. Bantah tetap bantah!” tegasnya lagi.
Ads
Blackpink yang dianggotai Jennie, Jisoo, Rose dan Lisa dijadual bakal mengadakan konsert jelajah Blackpink Born Pink World Tour di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 4 Mac ini.
Sebelum singgah di Kuala Lumpur pada Mac ini, Blackpink yang popular dengan lagu Kill This Love ini terlebih dahulu telah menghiburkan peminat mereka di Bangkok dan Riyadh, Arab Saudi pada awal bulan ini menerusi siri jelajah tersebut.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Atas dasar keprihatinan terhadap guru dan pelajar sekolah, syarikat pengeluar produk minyak wangi dan cecair pembasmi kuman, SugarBomb Worldwide Sdn Bhd tampil menyumbang cecair berkenaan kepada sekolah menengah dan tadika di sekitar Lembah Klang, selain Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Klang.
Menerusi program yang dikenali sebagai SugarBomb Care For You itu, sebanyak 10,000 cecair pembasmi kuman diserahkan khusus bagi kegunaan guru dan pelajar tingkatan lima yang bakal mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, tidak lama lagi.
Bersama duta SugarBomb, Achey dan Maskot, Mr Bomb, mereka turun padang untuk mengedarkan cecair pembasmi kuman ketika persekolahan dibuka, baru-baru ini.
Achey berkata, dia turun padang untuk mengetahui sendiri perkembangan pada saat kes pandemik COVID-19 yang masih lagi tinggi di negara ini.
“Siapa tak gerun keluar rumah pada saat pandemik dalam tahap membimbangkan. Tiada simptom pun boleh positif COVID-19.
“Bagaimanapun, saya melihat guru tidak pernah patah semangat apabila berkunjung ke PPD Klang, baru-baru ini. Dalam keadaan risau, saya diberitahu mereka tetap menjalankan tugas dengan baik.
“Saya juga sempat berkunjung ke beberapa sekolah taska termasuk Sekolah Menengah Tinggi Klang. Saya lihat pihak sekolah menekankan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat. Saya tidak dibenarkan bertembung dengan pelajar ketika menyerahkan sumbangan.
“Apabila sampai ke sekolah, guru sendiri menunggu pasukan SugarBomb untuk memeriksa suhu badan dan sanitasi. Tanpa mengira sesiapa yang hadir, kena ikut SOP ketat. Paling utama, kena ada surat kebenaran menghantar cecair pembasmi kuman kerana tidak boleh memasuki sekolah sesuka hati,” katanya.
Achey berkata, dia juga perlu memakai pelitup wajah dan sarung tangan ketika memasuki kawasan sekolah demi keselamatan pelajar.
“Sebelum ini, kakak saya yang juga seorang guru pernah memberitahu SOP yang ditekankan di sekolah. Dalam hati, saya macam tak percaya. Tetapi, saya baru tahu betapa ketatnya kawalan keselamatan apabila saya sendiri turun padang ke sekolah.
“Guru tidak akan membiarkan tetamu, mereka sentiasa memantau dan mengikut hingga sanggup menghantar kami ke kereta ketika pulang. Ini bagi mengelakkan orang luar bertembung dengan pelajar sekolah.
“Besar betul pengorbanan guru dalam menjaga keselamatan pelajar, berpeluh-peluh mereka turun naik menyambut tetamu, selain membantu mengangkat barang,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Urusan SugarBomb Worldwide, Ahmad Azhari Rosli turut menyambut baik program tersebut yang merupakan sebahagian usaha mereka mendekati golongan sasaran menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR).
“Kami melihat ramai guru dan pelajar yang terpaksa ke sekolah ketika jangkitan COVID-19 menunjukkan angka yang tinggi.
“Kami memilih sekolah yang mempunyai ramai pelajar sekitar Klang. Ini sebahagian usaha membantu sekolah dalam meringankan bebanan mereka. Apa yang diketahui, sekolah wajib menyediakan cecair pembasmi kuman bagi kegunaan guru dan pelajar,” katanya.
Antara sekolah yang menerima sumbangan termasuklah Sekolah Menengah Kebangsaan Meru, Sekolah Menengah Perempuan Kapar, Sekolah Menengah Tinggi Klang, Taska Sirajuddin, Taska Al Munawarrah, Taska Mawaddah dan TaskaAl Syabab.
Ahmad Azhari berkata, SugarBomb Worldwide tidak kisah berkongsi rezeki pada saat kebanyakan syarikat mengambil langkah berjimat cermat.
“Kami berterima kasih kepada pengguna yang terus memberi sokongan kepada jenama SugarBomb. Jadi, kami berkongsi semula sumbangan dalam bentuk program CSR untuk membalas budi.
“Insya-Allah, kami merancang mengedarkan cecair pembasmi kuman untuk kegunaan sekolah, setiap bulan. Bagi sekolah yang memerlukan cecair pembasmi kuman bolehlah menghubungi SugarBomb Worldwide. Bagaimanapun, ia mengikut kuota yang disediakan syarikat,” katanya.
SugarBomb Worldwide menghasilkan dan menjual lebih satu juta botol cecair pembasmi kuman sejak pandemik COVID-19 menyerang kira-kira sembilan bulan lalu.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon , Shima Anuar berkongsi khabar duka apabila memaklumkan ibu mertuanya yang telah kembali ke rahmatullah, hari ini.
Shima telah berkongsi berita tersebut menerusi akaun Instagram miliknya.
“Assalamualaikum. Minta jasa baik anda untuk sedekahkan Al Fatihah untuk ibu mertua saya yg telah pulang ke rahmatullah pagi tadi. Terima kasih ya semua.
“Mak, terima kasih terima shima untuk jadi menantu mak. Terima kasih lahirkan abg. Seorang anak, suami dan ayah yg baik untuk kami.
“Semoga mak tenang disana dan ditempatkan dikalangan org2 yg beriman. Amin. Al Fatihah,” tulisnya.
Memasuki tanggal 15 April 2021, maka genaplah usia pelakon dan pelawak, Zizan Razak yang ke-37.
Lantaran itu, menerusi perkongsian di laman Instagram, Zizan dilihat ada menitipkan ucapan buat dirinya sendiri bersempena dengan hari istimewa itu.
Dalam ucapan tersebut, pelakon filem Polis Evo ini turut menyelitkan doa semoga Allah sentiasa memberikannya kekuatan dalam segala hal termasuklah ketika menghiburkan hati semua orang.
Penyanyi, Aina Abdul, memilih busana kebarung moden semasa sesi karpet merah Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-36, hari ini bagi menghormati permintaan ibu yang mahukannya tampil lebih sederhana.