Selepas hampir tiga dekad menyepi dari pentas besar, kumpulan rap legenda tanah air, 4U2C, bakal mengubati kerinduan peminat setia mereka menerusi konsert eksklusif, We 4U2C yang dijadualkan berlangsung pada 15 September 2024 di Idea Live Arena, Petaling Jaya.

Konsert yang mengangkat tema Bringin’ Back Da 90’s Flava ini dijangka menggamit memori indah era 90-an iaitu zaman kemuncak 4U2C yang pernah mencetuskan fenomena dalam dunia hip-hop Malaysia.

Konsert ini bukan sahaja menjadi platform buat kemunculan semula kumpulan tersebut, malah sebagai ruang meraikan legasi mereka dalam landskap muzik tanah air.

Menurut Datuk AC Mizal, idea penganjuran konsert ini sebenarnya dicetuskan oleh isterinya, Datin Emylia Rosnaida, sebelum disambut oleh pihak Juss Event Sdn. Bhd. yang tampil sebagai penganjur rasmi.

“Konsert ini sudah menjadi salah satu impian saya dari dulu lagi, idea tercetus oleh isteri saya sendiri dan kemudian pihak Juss Event menawarkan tawaran untuk kumpulan 4U2C adakan konsert kami sendiri.

“Bagi saya itu macam impian jadi kenyataan, saya bersyukur sangat peluang ini datang pada masa yang tepat,” jelas AC.

Ads

Tambahnya lagi, mereka tidak sekadar mahu mencipta sejarah baharu tetapi tampil sebagai trendsetter, membuktikan bahawa artis tempatan masih mampu memberikan persembahan berkualiti tinggi dengan kombinasi nyanyian, tarian dan persembahan bertenaga.

“Kumpulan 4U2C adalah kumpulan pertama yang tampil berbeza dengan menyanyi sambil menari. Untuk konsert kali ini juga kami akan lakukan perkara sama,” ujarnya lagi.

Konsert Ikonik & Lagu Baharu

Selain konsert, 4U2C turut mengumumkan pelancaran tiga single baharu tahun ini dengan sebuah lagu berentak balada dan dua lagi bersifat rancak, mengikut cita rasa muzik semasa.

“Kami mahu tunjuk sisi baharu kami buat pendengar zaman sekarang. Lagu ini juga saya harapkan boleh dinyanyikan bersama-sama peminat sewaktu 4U2C buat persembahan nanti,” kata AC.

Ads

Konsert ini juga merupakan penghargaan terhadap legasi muzik mereka, yang telah mempengaruhi generasi artis baharu.

Selain AC, kumpulan 4U2C turut dianggotai oleh Aren, Yanz, Rinz, Lanz, Charlie dan Azam, yang bakal tampil dengan gubahan muzik segar dan visual moden.

Turut memperkukuh konsert ini ialah komposer terkenal, Aubrey Suwito, yang akan bertindak sebagai pengarah muzik bersama pasukan pemuzik profesional.

Tiket Paling Murah RM155 Saja! ‘Comeback’ 4U2C Penuh Nostalgia Selepas Hampir 3 Dekad Tiket Paling Murah RM155 Saja! ‘Comeback’ 4U2C Penuh Nostalgia Selepas Hampir 3 Dekad Tiket Paling Murah RM155 Saja! ‘Comeback’ 4U2C Penuh Nostalgia Selepas Hampir 3 Dekad

Ads

Harga Tiket Bermula RM155

Bagi yang berminat, ini senarai enarai Harga Tiket Konsert We 4U2C (Tingkat Bawah); RM155 (Berpisah Jangan), RM355 (Kembalilah Fiona), RM455 (Video Games), RM505 (Kami Rappers) dan RM555 (Fiona)

Sementara RM255 (Kenangan Cinta & Persahabatan), RM355 (I Miss U), RM405 (Dusta) dan RM505 (Dynamite) pula bagi tempat duduk di tingkat atas.

Tiket mula dijual pada 30 Jun 2024 melalui Ticket Empire dan Fantopia selain kaedah embayaran juga boleh dibuat menerusi kaedah buy now, pay later seperti Atome, PayLater by Grab dan Shopee PayLater.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan semasa konsert, peminat boleh melayari laman rasmi Juss.Events di laman web dan media sosial mereka.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

@mediahiburanofficial Rantai ‘CD’ mana boleh tinggal! Legend 4U2C is back, siap buat konsert istimewa buat fans mereka sejak dulu hingga kini. Pasti ramai yang teruja tak sabar kan? Konsert We 4U2C akan berlangsung di IdeaLive KL, 15 September depan! #MHnews #MediaHiburan #FYP ♬ original sound – Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI