Ads

“Saya Tak Pernah Lari,” – Rahim Omar Nafi Lari Bayar Sewa Rumah, Dedah Pernah Tiada Job Selama 7 Bulan

Pelakon Rahim Omar menegaskan dirinya tidak pernah berniat untuk melarikan diri atau melepaskan tanggungjawab berhubung isu tunggakan sewa rumah yang menjadi perhatian.

Menurut Rahim, jumlah tunggakan yang difahamkan sebanyak RM7,000 itu berlaku ketika dia melalui fasa sukar apabila tidak menerima sebarang tawaran lakonan selama enam hingga tujuh bulan.

“Saya Tak Pernah Lari,” - Rahim Omar Nafi Lari Bayar Sewa Rumah, Dedah Pernah Tiada Job Selama 7 Bulan

“Saya Tak Pernah Lari,” - Rahim Omar Nafi Lari Bayar Sewa Rumah, Dedah Pernah Tiada Job Selama 7 Bulan

“Sebenarnya jumlah tunggakan adalah sebanyak RM7,000. Waktu itu saya memang susah, tak ada job.

“Tahun lepas, dalam enam hingga tujuh bulan saya tak ada job. Jadi. saya duduk di rumah pun anak saya dapat bantuan zakat.

“Zakat memang bayar setiap bulan RM800 cuma saya kena tambah lagi RM300.

“Ketika itu, kalau cerita orang susah nak percaya. RM300 itu memang besar bagi saya. Waktu itu,” katanya kepada MH.

Rahim berkata demikian ketika ditemui pada sidang media pengenalan barisan peserta program Kilauan Emas Selebriti di Astro, Bukit Jalil pada Selasa.

Pelakon filem Operasi X itu turut mengakui dia menangguhkan pembayaran tersebut kerana mahu bertemu sendiri dengan pemilik rumah bagi mencari jalan penyelesaian.

Ads

“Saya Tak Pernah Lari,” - Rahim Omar Nafi Lari Bayar Sewa Rumah, Dedah Pernah Tiada Job Selama 7 Bulan

“Saya Tak Pernah Lari,” - Rahim Omar Nafi Lari Bayar Sewa Rumah, Dedah Pernah Tiada Job Selama 7 Bulan

“Saya cadang nak bayar secara ansuran. Saya pernah jumpa dia, tapi cara dia bercakap agak sombong.

“Dia juga kerap hubungi saya ketika saya sedang penggambaran, tapi saya tak jawab sebab saya sendiri belum ada jawapan.

“Saya tunggu bila dah ada (jawapan), saya akan cari dia,” jelasnya lagi.

Rahim turut memaklumkan dia kini sedang berusaha menstabilkan semula keadaan kewangannya selepas mengalami kerugian besar hampir RM500,000.

Ads

“Sekarang saya baru nak stabilkan semula ekonomi saya.

“Sebab saya alami kerugian sehingga mencecah RM500,000 tahun ini, tapi saya tak bercerita pada orang.

“Saya yakin isu ini boleh diselesaikan cuma pihak sana kurang sabar. Dia tak faham keadaan kita. Saya bukan sengaja. Sebelum ini pun saya tak pernah melalui kesusahan seperti itu.

“Dengan rezeki tahun ni, insya-Allah. Saya akan jumpa dia dan akan selesaikan. Saya tidak lari,” tegasnya.

Anggap Ujian, Dakwa Pernah Diarah Keluar Rumah

Mengulas mengenai kenyataan pemilik rumah yang tular di Threads sebelum ini, Rahim mengakui dia tidak menyimpan rasa kecewa dan menganggap apa yang berlaku sebagai satu ujian Allah SWT.

“Saya Tak Pernah Lari,” - Rahim Omar Nafi Lari Bayar Sewa Rumah, Dedah Pernah Tiada Job Selama 7 Bulan

Ads

“Saya Tak Pernah Lari,” - Rahim Omar Nafi Lari Bayar Sewa Rumah, Dedah Pernah Tiada Job Selama 7 Bulan

Anda mungkin berminat dengan

“Saya tak kecewa, saya terima. Demi Allah tak kecewa. Saya pesan dengan isteri dan anak supaya bersabar, ini ujian. Bagi saya Allah nak uji.

“Untuk saya yang yang dah berumur macam ini, saya perlu hadap. Ini semua aturan Allah. Kita terima, insya-Allah,” luahnya.

Dalam masa sama, Rahim memaklumkan dia tidak lagi menetap di kediaman berkenaan selepas mendakwa diminta mengosongkan rumah tersebut.

“Saya dah pindah. Tapi Alhamdulillah bila keluar, ada hamba Allah yang tolong bagi rumah yang lebih selesa daripada sebelum ini,” katanya lagi.

Terdahulu, isu tersebut menjadi perhatian selepas seorang pengguna Threads berkongsi tangkap layar perbualan yang didakwa bersama Rahim Omar, mendakwa pelakon itu tidak menjelaskan bayaran sewa rumah dalam tempoh yang panjang.

Dalam perkembangan lain, Rahim diumumkan sebagai salah seorang daripada 10 peserta program Kilauan Emas Selebriti yang bakal menemui penonton secara eksklusif bermula 22 Ogos di saluran Astro Prima.

Selain Rahim, antara selebriti lain yang turut menyertai pertandingan itu ialah Datuk Jalaluddin Hassan, Zila Bakarin, Rashan Baba dan ramai lagi.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Kalau Benar, Tentulah Saya Sedih…,” – Aliff Aziz Enggan Ulas Dakwaan...

Jarang dilihat membintangi drama televisyen sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz, tetap bersyukur dengan segala perancangan serta rezeki yang telah diaturkan buat dirinya.