Program Gegar Vaganza musim keenam (GV6) yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam kini dilanjutkan dari lapan minggu ke 11 minggu.

Pengumuman tersebut diumumkan secara langsung ketika segmen Ada Lagu, Ada Lagi di penghujung rancangan.

Serentak dengan itu, konsert minggu ketujuh yang disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria dan Ria HD setiap 9.00 malam itu turut menyaksikan kesemua sembilan peserta berjaya mara ke saingan minggu hadapan.

Menjelaskan mengenai lanjutan lagi tiga minggu itu, Emarina Mohd Kamal selaku Pengurus Saluran Astro Ria dan Ria HD menjelaskan, penambahan itu berlaku selepas mengikuti persembahan serta penerimaan baik penonton dari minggu ke minggu.

Tiada Peserta Tersingkir, GV6 Secara ‘Live’ Umum Saingan Dilanjutkan Selama 11 Minggu!

IKLAN

“Kami memang ada perancangan untuk menambah minggu saingan. Bagaimanapun sebelum membuat keputusan tersebut, pihak kami ada memantau persembahan dari minggu ke minggu selain perimaan audiens terhadap GV6.

“Jadi pada minggu ini yang sepatutnya menjadi minggu separuh akhir, kami umum dan sepakat untuk tambah lagi minggu saingan sebagai tanda terima kasih kami kepada penonton GV yang menjadikan program ini sebagai rancangan realiti hiburan di Malaysia selama enam musim berturut-turut,” katanya pada sidang media.

Pada masa sama, penambahan minggu saingan juga tiada kaitan dengan tekanan daripada mana-mana pihak, sebaliknya sebagai tanda terima kasih serta penghargaan terhadap sokongan ramai.

IKLAN

“Seperti yang telah diberitahu, program ini mendapat perhatian setiap tahun dan ini sudah pun sampai pada musim yang keenam. Tiada isu tekanan daripada pihak penaja atau sebagainya kerana secara tidak langsung ia juga sebagai satu penghargaan juga buat mereka. Pihak penaja juga tidak tahu mengenai penambahan ini.

“Jadi secara tidak langsung ia sebagai satu penghargaan buat semua, termasuk penonton dan para peserta semoga mereka mendapat peluang yang lebih besar untuk mara ke peringkat seterusnya,” terang Emarina lagi.

Tiada Peserta Tersingkir, GV6 Secara ‘Live’ Umum Saingan Dilanjutkan Selama 11 Minggu!

IKLAN

Sementara itu, penyanyi veteran Hail Amir menerima sumbangan sebanyak RM10,000 daripada pihak penaja utama iaitu Farm Fresh dan Astro, Bintang Cuckoo Paling Gempak minggu ini pula menjadi milik Roy.

Anugerah Bintang Cili Padi dimenangi oleh Noorshila Amin manakala pengacara terkenal Datuk Aznil Haji Nawawi tampil sebagai juri jemputan.

Ikuti temu bual penuh sidang media GV6  di sini;

https://www.facebook.com/mediahiburan/videos/448624379130330/

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI