Bila sebut saja Anugerah Akademi atau lebih sinonim dengan Oscar, pasti pencinta filem dunia akan membayangkan gaun para pelakon wanitanya yang glamor dan mewah setiap kali melewati karpet merah.

Namun lain pula halnya dengan bekas pemenang Pelakon Wanita Terbaik Oscar tahun lalu, Emma Stone yang tampil berbeza di kalangan rakan seangkatannya yang lain apabila hanya mengenakan sut satin dan celana hitam di acara kemuncak Oscar 2018 yang berlangsung pagi tadi (waktu Malaysia) di Los Angeles.

Tiada Gaun Mewah dan Aksesori Glamor, Penampilan ‘Biasa-Biasa’ Emma Stone di Oscar 2018 Cetus Reaksi Berbeza Netizen

Herion filem muzikal, La La Land itu tetap tampil yakin menerusi blazer fabrik satin rona merah hati dengan belahan di bahagian dada, lengkap dengan celana gelap dengan perincian di bahagian pinggang. Tapi meski pun nampak simple, persalinan yang digayakan bintang terkenal itu adalah dari Louis Vuitton hasil sentuhan stylist, Petra Flannery.

IKLAN

Antara bintang lain yang turut mendapatkan khidmat Petra di Oscar tahun ini ialah Sam Weaving dan Amy Adams.

Sementara itu, Emma juga tidak mengenakan perhiasan diri yang berlebih-lebih, memadai hanya mengenakan anting-anting dan cincin di jari.

IKLAN

Tiada Gaun Mewah dan Aksesori Glamor, Penampilan ‘Biasa-Biasa’ Emma Stone di Oscar 2018 Cetus Reaksi Berbeza Netizen

IKLAN

Bagaimanapun, dalam ramai yang memuji penampilan ringkasnya, ada pencinta fesyen yang seadakan tidak setuju dengan gaya yang dibawa Emma kerana bagi mereka, Oscar merupakan sebuah majlis berprestij yang harus diseiringkan dengan gaya glamor selebriti.

So guys, what say you?

https://www.youtube.com/watch?v=qPUgm8cKpbg

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI