Penyanyi Nombor Satu Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak menolak untuk hanya melakukan majlis doa selamat sahaja bagi meyambut kelahiran cahaya matanya yang bakal dilahirkan pada Mac depan.

Siti, 39, memberitahu perkara tersebut selepas diajukan persoalan, sama ada adakah dia bakal melakukan baby shower bersempena dengan puteri yang bakal dilahirkan nanti.

Tiada Baby Shower Untuk Anak, Hanyalah Doa Selamat- Datuk Seri Siti Nurhaliza

Ads

“Baby shower? Tak kot, sebab suami lebih gemar andai kita hanya lakukan doa selamat sahaja. Misalnya sebelum ini pun, kami ada melakukan majlis sama bersempena dengan Maulud Nabi, ulang tahun kelahiran Azrief, dan sempena dengan kadungan saya yang sudah memasuki usia 7 bulan. Majlis itu pun dilakukan secara tertutup dan terdiri daripada ahli tahfiz, rakan masjid sekitar kediaman dan keluarga sahaja.

 

“Itulah, kami lebih suka buat selamat. Bagaimanapun, saya tidak kisah pun, janji ada doa selamat. Itu yang lebih penting,” katanya kepada MH selepas ditemui dimajlis ulang tahun ke-14 Sitizoner, di Bizmilla Insya Hall, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Selain beramah mesra bersama para peminat setianya, penyanyi Segala Perasaan ini juga turut melancarkan Tabung Kebajikan SitiZoner khusus bagi meringankan beban ahli kelab peminat yang ditimpa musibah dan secara eksklusif, Siti turut mengalunkan lagu istimewanya buat anak, Comel Pipi Merah.

Tiada Baby Shower Untuk Anak, Hanyalah Doa Selamat- Datuk Seri Siti Nurhaliza

Ads

Mengulas mengenai lagu berkenaan, Siti memberitahu proses rakamannya dilakukan lebih seminggu lalu dan bersyukur kerana semuanya dipermudahkan.

Ads

“Saya rakamnya lebih seminggu lalu dan alhamdulillah, prosesnya juga cepat. Seperti yang saya beritahu sebelum ini, saya sudah ada cipta beberapa melodi lagu dan inilah yang terpilih kerana melodinya yang catchy. Jadi pendengar senang untuk ikutinya. Lagu ini pun simple dan itulah hasilnya.

 

“Saya gabungkan dengan lagu kanak-kanak yang sudah biasa kita dengar. Cuma liriknya sahaja yang diubah,” ujar Siti yang turut membayangkan akan membuat persembahan dalam sebuah konsert berskala mega di Singapura dan Indonesia, hujung tahun ini. 

 

“Pihak sana masih bergantung kepada kondisi saya selepas melahirkan nanti. Tetapi pertanyaan untuk buat konsert itu adalah. Lokasinya belum tahu lagi, cuma kalau ada, sudah tentulah saya perlukan masa untuk melakukan latihan dan sebagainya,”akhiri diva Malaysia ini.

Foto: Instagram Siti Nurhaliza/Kakifoto

https://www.youtube.com/watch?v=B-TyHI2ohRE

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI