Pelakon Aprena Manrose menyifatkan diri bertuah kerana drama pertama yang menyaksikan dirinya memainkan peranan sebagai heroin, Tiada Arah Jodoh Kita mendapat maklum balas positif daripada rata-rata pencinta drama Melayu.

Ujar pelakon berusia 24 tahun ini lagi, pada peringkat awal dia tidak mampu menyembunyikan rasa bimbang kerana watak yang diberikan cukup besar, apatah lagi dia kini sudah pun bergelar isteri orang.

Tiada Arah Jodoh Kita Punya Fasal, Aprena Manrose Ada Sebab Mengapa Tak Buka Instagram, Twitter!

IKLAN

“Alhamdulillah boleh dikatakan, rezeki kian murah sejak mendirikan rumah tangga. Sebab rasanya peminat kini sudah bijak menilai lakonan pelakon itu, tanpa mengambil kira soal status dan sebagainya. Setakat ini reaksi yang diberikan ramai pun positif dan ia menguatkan semangat buat saya untuk berikan yang lebih baik.

 

“Jujurnya juga saya akui sebelum menerima tawaran untuk berlakon Tiada Arah Jodoh Kita, saya agak tertekan. Kali pertama pegang watak utama dan perha terfikir untuk tarik dari daripada produksi drama terbabit. Bagaimanapun, bila difikirkan balik, inilah peluang besar untuk tunjuk bakat dan mengapa tidak untuk saya ambil cabaran itu. Syukur suami pun banyak memberikan dorongan,” katanya kepada MH.

Menurut sepupu kepada Uqasha dan Nelydia ini lagi, kerana bimbang akan kecaman daripada netizen, dia sanggup tidak online di media sosial kerana tidak mahu ia menekan diri.

Tiada Arah Jodoh Kita Punya Fasal, Aprena Manrose Ada Sebab Mengapa Tak Buka Instagram, Twitter!

IKLAN

“Minggu pertama tu, saya tak buka Instagram dan Twitter sebab risau apa kata orang. Namun syukur alhamdulillah, setakat ini semuanya okay. Kebanyakannya memberikan komen membina,” luahnya lega.

Dalam perkembangan lain, Aprena baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama bersama Izzue Islam menerusi Din Saidin Raya untuk siaran Syawal nanti dan Mei depan, dia bakal kembali ke set bagi memulakan penggambaran untuk filem Ratu Kala Jengking.

IKLAN

Aprena merupakan anak kepada dramatis Rosnah Mohd. Noor dan penyanyi dangdut, Iwan Syahman. – UTUSAN ONLINE

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI