Penyanyi popular Indonesia, Afgan mendedahkan mengalami masalah kemurungan yang membuatkannya berjumpa pakar terapi sejak dua tahun lalu.

Afgan atau nama sebenar Afgansyah Reza, 33, menyatakan kemurungan itu berpunca daripada fasa berkurung yang memutuskan hubungannya dengan dunia luar serta membantutkan perjalanan kerjayanya.

“Ketika Covid-19 menyerang dunia saya mengalami imsomnia, selalu rasa berdebar-debar dan membuatkan saya mengalami kekangan untuk berkarya.

“Perubahan ini membuatkan rakan-rakan rapat menasihatkan saya untuk dapatkan bantuan pakar kaunseling yang terus saya ikuti secara konsisten sehingga sekarang.

“Alhamdulillah nampak perubahan ketara dan mencetuskan keberanian untuk saya keluar maka terhasilkan lagu healing, Pulih yang menggambarkan situasi saya ‘keluar’ daripada trauma,” katanya kepada MH.

IKLAN

Afgan ditemui pada majlis sidang media Konsert Afgan Evolution Kuala Lumpur yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Sebagai public figure, Afgan menjelaskan tiada sebab untuk dirinya berasa malu apabila berkongsikan masalah kesihatan mental yang dialaminya.

“Perkara ini dilalui semua orang sepanjang tempoh pandemik.

IKLAN

“Saya rasa bertanggungjawab untuk berkongsi agar mana-mana pihak yang melalui situasi sama dapat mencari bantuan pakar untuk masalah sama.

“Tiada apa yang perlu disembunyikan atau berasa malu apabila berkongsi hal ini.

“Selain jumpa kaunselor, saya turut lakukan meditasi dan senaman supaya terus cergas dan bertenaga,” katanya.

IKLAN

Dalam perkembangan lain, Afgan bakal menjayakan konsert di Plenary Hall, Kuala Lumpur pada Sabtu jam 8.30 malam.

Kali terakhir penyanyi lagu Entah ini menghiburkan peminat di Malaysia adalah pada empat tahun lalu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI