Kecintaan mendalam membuatkan bekas deejay radio Era dan Sinar, Jamal Jamaluddin, 59, tidak pernah jemu daripada menggalas tugas sebagai penyampai radio sejak hampir 40 tahun bergiat aktif dalam bidang itu.
Jamal juga mengakui dia pernah mendapat tawaran daripada dua buah stesen radio sebelum pandemik melanda namun hasrat itu tidak kesampaian disebabkan keadaan semasa.
“Siapa kata saya tak rindu jadi penyampai radio? Tentulah saya rindu. Malah ramai kalangan peminat dan pendengar yang selalu mengharapkan agar saya kembali ke udara, menghiburkan mereka dengan celoteh dan seleksi lagu lama di tengah malam.
“Satunya, Nasional FM tetapi diduga pula dengan negara yang tiba-tiba dilanda pandemik dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Kool FM juga ada panggil saya. Namun bila saya nyatakan kesediaan, tiba-tiba berlaku perubahan di mana pengurusan menukar stesen itu dengan jenama baru, Buletin FM,” katanya.
Namun, rezeki tidak diduga apabila dia kemudiannya ditawarkan bagi ‘menghidupkan’ konti stesen radio online, Myfriend FM yang kini sudah genap setahun beroperasi sejak November tahun lalu.
“Saya ada beri cadangan pada pengurusan radio MyFriend FM supaya jadikan konsep radio ini 100 peratus retro. Ini kerana, sudah begitu banyak stesen lain memainkan lagu-lagu baru. Walhal, ramai pendengar yang sukakan lagu lama yang membangkitkan nostalgia juga.
“Saya nak jadikan MyFriend ini umpama radio Sinar yang mana kalau ingat balik, pada lima tahun pertama, mereka mainkan cuma lagu lama. Itu yang buat Sinar jadi stesen nombor satu pada 2010.
“Saya yakin, menerusi formula yang sama, Myfriend FM kini pun sudah memiliki kelompok pendengar setia tersendiri. Saya pun gembira di sini sebab tiada protokol dan yang penting berkonsep retro,” katanya.
Menerusi stesen radio online tersebut, kata Jamal, dia diberi tanggungjawab untuk mengendalikan segmen Cetusan Hati Dan Dedikasi pada setiap Rabu, jam 11 malam sehingga 3 pagi manakala setiap Khamis menerusi segmen Borak Santai Bersama Artis Retro pada jam 11 malam hingga 3 pagi.
Myfriendfm bersiaran menerusi website http://myfriend.fm, aplikasi Playstore myfriendfm, http://tiktok.com/@myfriendfmofficial dan Facebook Myfriend.FM.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Beto Kusyairy & Azhan Rani
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kecoh di laman Twitter hari ini apabila netizen diminta untuk memilih antara anak kepada Jutawan Kosmetik, Datuk Seri Vida (DSV) iaitu Cik B ataupun, grup Kpop popular, BTS.
“For research purpose, RT (retweet) untuk Cik B, like untuk BTS,” tulis individu tersebut.
Setakat ini, sebanyak 9,876 retweet dan 2,437 like diperolehi.
Susulan itu, kelihatan banyak respon yang berbeza netizen mengenai perkara tersebut. Ada yang memberikan sokongan kepada Cik B, namun ada juga yang mengecam anak jutawan tersebut.
Perkara itu turut sampai ke pengetahuan DSV yang bertanyakan perkara itu di laman Instagramnya.
“Saya pun tak tahu @cikb_havoc66 #cikb. Banyak yang KUTuk..Banyak yang support..Ha ha.Ni pilihan untuk apa dalan Twitter ye?,” soalnya.
Kini sedang menjalani fasa berpantang selepas melahirkan anak kelimanya, 19 Disember lalu, usahawan Datin Seri Nur Shahida ada berkongsi sikap anak keempat, Yusoff Al Qardawi yang seakan-akan ‘cemburu’ dengan adik bongsu.
Bagaimanapun jelasnya lagi menerusi Instagram, anak lelakinya itu kini kian memahami dengan kehadiran orang baru di sisi, Raudhah Arshiyah.
“Sekarang ni kena banyak ambik hati @yusoffalqardawi_terlajaklaris sebab dia dah start cemburu dengan baby raudhah! First day je dia nampak baby dia nak keracak (cakar).
“Sekarang dah masuk hari ke 3 dia dah start ok dan faham, tapi jgn pgg baby lama2 sangat kena pegang dia juga baru dia tepuk tangan,” tulisnya.
Lalu, entri berkenaan turut dihujani dengan pelbagai reaksi netizen dan ada turut berkongsi pengalaman hampir sama.
Terdahulu, Aliff dan Shahida berkahwin pada Ogos 2007. Pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata seelum ini iaitu Ammaar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham dan Yusoff Al Qardawy serta seorang anak angkat.
Tahniah diucapkan buat pelakon Reen Rahim,34, selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin,28, dalam majlis seba indah yang berlangsung di Boraombak Marina, di sini, jam 9.05 malam tadi.
Dengan sekali lafaz, pasangan sama cantik sama padan itu dinikahkan bapa pengantin perempuan, Abdul Rahim Abdul Kadir, di hadapan Pendaftar Nikah Putrajaya, Hafizan Ibrahim.
Pihak lelaki memberi lima dulang hantaran dan di balas tujuh oleh pengantin perempuan.
Pada majlis itu, Reen atau nama sebenarnya Noreen Ashikin Abdul Rahim turut menerima mas kahwin sebanyak RM1,988 serta sedulang emas.
Pasangan raja sehari ini akan diraikan dalam satu majlis resepsi bertempat di Ruscus Hall Forest Valley, Cheras, Kuala Lumpur, esok.
Majlis akad nikah bertemakan rona putih itu dihadiri kira-kira 400 orang tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga kedua-dua belah pihak.
Terdahulu, pasangan terbabit berkenalan sejak dua tahun lalu sebelum mengadakan menjalin pertunangan pada 12 Ogos lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pengacara terkenal, Elly Mazlein menyifatkan kepercayaan merupakan aspek paling penting dan perlu dipertahankan dalam perhubungan suami isteri demi membina keluarga yang bahagia.