Pelakon jelita, Mia Ahmad mengakui ketiadaan suaminya yang juga merupakan pemain bola sepak, Johor Darul Takzim (JDT), Izham Tarmizi sememangnya memberikan cabaran buat dirinya lebih-lebih lagi untuk menjaga dua orang anaknya yang masih kecil.

Menurut Mia, dia harus berhadapan dengan pelbagai ragam dan kerenah anak-anaknya itu secara bersendirian untuk beberapa minggu kebelakangan ini.

“The Struggle Is Real,” – Suami Jalani Latihan Di ‘Oversea’, Cabaran Jaga Anak Buat Mia Ahmad Kagum Semangat Ibu Tunggal

Izham ketika ini sedang menjalani latihan pra musim bersama pasukan JDT di Dubai.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mia Ahmad (@mia.ahm4d)

“Selepas beberapa minggu suami tak ada, not easy but taught me a lot. The struggle is so real.

“Anak-anak menangis serentak, berebut barang, tarik telekung time mommy solat, Issa nangis sakit perut tengah-tengah malam,” tulisnya.

Kisah tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon drama, Hati Perempuan itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

IKLAN

“The Struggle Is Real,” – Suami Jalani Latihan Di ‘Oversea’, Cabaran Jaga Anak Buat Mia Ahmad Kagum Semangat Ibu Tunggal “The Struggle Is Real,” – Suami Jalani Latihan Di ‘Oversea’, Cabaran Jaga Anak Buat Mia Ahmad Kagum Semangat Ibu Tunggal

Katanya lagi, pengalaman menjaga dua orang anaknya semasa ketiadaan suami di sisi membuatkan dirinya bertambah kagum dengan semangat dan kekuatan yang sering ditunjukkan oleh para ibu tunggal yang tidak pernah lelah untuk sentiasa memberikan yang terbaik buat anak-anak mereka.

“Macam-macam experienced that makes me think macam mana dengan single mom yang boleh survive kat luar sana.

“Kudos to all the single moms who have always been strong,” kongsinya lagi.

IKLAN

“The Struggle Is Real,” – Suami Jalani Latihan Di ‘Oversea’, Cabaran Jaga Anak Buat Mia Ahmad Kagum Semangat Ibu Tunggal

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut menyatakan pandangan yang sama selain turut memberikan kata-kata semangat buat seluruh kaum ibu.

“Same situation babe. Semoga dipermudahkan segala urusan ibu-ibu ini. Ameen Ya Rab.

“The struggle is real. Moga syurga buat mummy sekalian.

IKLAN

“Ya betul sangat. Hebat betul ibu-ibu yang menjaga anak-anak seorang diri. Moga Allah ganjari kalian dengan sebaik-baik balasan di dunia dan akhirat sana.

“The struggle is real mostly for the single mom out there,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.

Terdahulu, Mia dan Izham telah pun mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 13 Januari 2017.

“The Struggle Is Real,” – Suami Jalani Latihan Di ‘Oversea’, Cabaran Jaga Anak Buat Mia Ahmad Kagum Semangat Ibu Tunggal

Hasil perkongsian hidup tersebut , pasangan ini telah dikurniakan dua cahaya mata yang diberi nama Sayf Issa, 4 tahun dan Iris yang kini baru berusia 2 tahun.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber: Instagram Mia Ahmad

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI