![tertelan pin](https://cdn.mediahiburan.my/2017/07/pin9new-696x540.jpg)
Di laman media sosial kelmarin telah tular gambar x-ray seorang bayi berusia 10 bulan, Muhammad Naufal Hakim tertelan pin tudung.
Menurut sebuah sumber, kejadian tidak diingini ini telah berlaku pada Jumaat lalu dan pihak hospital berkata bahawa Naufal telah dibedah kelmarin dan pin yang tersangkut pada paru-parunya juga telah selamat dikeluarkan.
Kini Naufal sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan difahamkan keadaannya juga stabil dan masih di bawah jagaan doktor.
Kejadian ini difahamkan terjadi apabila Naufal yang pada waktu itu sedang didukung oleh ibunya telah menarik pin tersebut pada tudung ibuya itu dan memasukkan objek yang berukuran kira-kira tiga sentimeter itu ke dalam mulutnya.
Sumber juga mengatakan, berdasarkan maklumat dari laman sosial, kejadian ini telah menyebabkan Naufal mengalami luka yang agak dalam dan serius.
Kadang-kadang perkara sebegini yang tidak kita jangka akan terjadi dan ianya sangat membahayakan nyawa.
Kepada ibu dan bapa atau penjaga diminta untuk sentiasa berhati-hati dalam menjaga anak kecil yang masih tidak faham dengan dunia sekelilingnya. Berhati-hatilah dalam meletakkan barangan yang berbahaya dan bersaiz kecil merata-rata sehingga boleh dicapai oleh anak anda.
Semoga kejadian yang berlaku ini diambil iktibar oleh semua agar perkara seperti ini tidak lagi berulang kerana ianya benar-benar bahaya dan boleh meragut nyawa.
Sumber: Harian Metro
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kisah Pelajar Berjaya Hafiz 30 Juzuk AL-Quran Dalam Masa 5 Bulan Pernah Viral, Imam Muda Fakhrul; “Kisah Tular Itu Membuatkan…”
![Kisah Pelajar Berjaya Hafiz 30 Juzuk AL-Quran Dalam Masa 5 Bulan Pernah Viral, Imam Muda Fakhrul; “Kisah Tular Itu Membuatkan…”](https://cdn.mediahiburan.my/2023/04/501BBA07-4760-40EA-A3EE-031AEAB54869.jpeg)
Ditubuhkan pada 2018, Akademi Al Quran Amalillah atau AKMAL terus terbang tinggi mengembangkan legasi dan empayarnya.
Malah kejayaan demi kejayaan diraih menjadi iltizam bagi terus melahirkan Hafiz 30 Juzuk Al-Quran dalam tempoh setahun.
Pada masa yang sama usaha pembangunan akademi ini memiliki enam cawangan serata negeri itu juga semakin disedari.
Ketika ini, akademi terbabit yang beribu pejabat di Marang, Terengganu turut memiliki cawangan di Bukit Beruntung, Batu Pahat, Shah Alam dan berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Menurut Ketua Pegawai Operasi AKMAL, Imam Muda Fakhrul, mereka terus optimis mengangkat akademi berkenaan ke tahap yang lebih membanggakan.
“Cabaran ketika era pandemik itu memang sangat besar kerana kebiasaan dan tradisi pengajian Al-Quran itu secara berdepan. Tapi mahu atau tidak, kena biasakan cara belajar dalam talian.
“Bagai rahmat dalam ujian, ia membuka kejayaan besar kerana dengan cabaran tersebut kami berjaya mencipta pelbagai modul baru untuk membantu anak muda mencapai misi untuk menjadi Hafiz 30 juzuk Al-Quran dalam tempoh satu tahun atau kurang termasuk memperkenalkan pengajian tahfiz secara online.
“Kita bersandarkan konsep Fast Track Tahfiz Strategy menggabungkan sistem hafalan, motivasi harian, kajian pelajar secara bersasar dan kaedah pengurusan psikologi bagi mencapai sasaran dan misi yang diingini,” katanya.
Kata Imam Muda Fakhrul atau nama sebenarnya Mohd Fakhrurrazi Hussin lagi, pada 2019, akademi ini pernah tular apabila seorang daripada 20 pelajar telah berjaya hafiz dalam tempoh lima bulan hingga berjaya mendapat liputan meluas media.
“Kisah tular itu membuatkan permintaan tinggi untuk kemasukan pelajar menyertai akademi ini. Cuma kita akui tak mampu menampung permintaan berkenaan kerana kekurangan kemudahan.
“Hingga kini usaha mengumpul dana untuk pembangunan kompleks tahfiz ini masih berjalan. Cawangan di KLIA juga hampir siap pembangunannya.
“Pada tahun 2020 di era pandemik pun, lebih 100 Hafiz dan Hafizah berjaya khatam 30 juzuk dihasilkan. Jun depan juga kita akan adakan majlis graduasi Haflah Takrimi di Terengganu meraikan lebih 200 golongan itu,” katanya.
Tambah Imam Muda Fakhrul lagi, Mac lalu mereka juga berjaya menganjurkan Majlis Khatam Perdana Hafazan 30 Juzuk Al- Quran membabitkan 75 pelajar yang majoritinya berjaya melengkapkan hafazan kurang setahun diadakan serentak di semua cawangan AKMAL.
“Tempoh khatam itu bermula dari tahun lalu hingga awal 2023. Apa yang menakjubkan kita juga berjaya mencatat rekod baru kejayaan seorang pelajar bernama Iman Mardhiyyah Kamaruzzaman yang berusia 12 tahun. Dia berjaya melengkapkan hafazan 30 juzuk selama tiga bulan lebih sahaja.
“Malah pelajar terbabit juga berjaya melengkapkan syahadah tahfiz dalam tempoh lima bulan menjadikan tempoh lengkap hafiz dan syahadah hanya dalam tempoh 8 bulan lebih. Ia satu pencapaian yang amat luar biasa dan sangat membanggakan.
“Malah kehebatan hafazan dan ingatan Al-Qurannya diuji secara disemak terus bacaan 30 juzuk Al-Quran selama dua hari tanpa melihat Al-Quran. Ia dilaksanakan oleh wakil Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor (PITAS) yang dijemput dan pelajar terbabit berjaya memperolehi keputusan Mumtaz (sangat cemerlang) dari institusi berkenaan,” kata bekas peserta Imam Muda Astro Oasis musim kedua itu.
Ini jelas membuktikan pihaknya bukan hanya menekankan soal menghafal Al-Quran dalam tempoh yang cepat, tetapi turut mementingkan penjagaan hafalan yang berkualiti mengikut sistem yang telah disusun.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif AKMAL pula iaitu Ustaz Saifullah Hussin, pendaftaran pelajar baharu dibuat secara berfasa iaitu enam bulan sekali.
“Sistem fast track ini diwujudkan kerana mahu membantu menyelesaikan masalah kebanyakan pelajar tahfiz yang mengambil masa terlalu lama untuk menghafal Al-Quran sehingga menyebabkan mereka agak ketinggalan dalam pendidikan arus perdana dan ini memberi kesan negatif kepada imej pelajar tahfiz itu sendiri.
“Kita juga mahu menjadi peneraju konsep fast track hafazan menjelang 2025 sekali gus melahirkan ramai pelajar tahfiz yang berkualiti dan berktrampilan. Kita turut mahu menjadi pelengkap sistem pendidikan negara dalam tempoh akan datang dengan izin Allah.
“Kita mengharapkan agar usaha ini mendapat sokongan semua pihak dan sudah pasti dengan bantuan semua, cita-cita ini akan dapat direalisasikan tidak lama lagi. Bagi yang mahu menyumbang atau mendaftar pengajian boleh layari www.hafizsetahun.com,” katanya lagi.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
[VIDEO] “Sorry Nampak Messy,”- Gelagat Si Ibu Eina Azman ‘Berperang’ Di Dapur, Dedah Skill Memasak. Anak Pula Menangis!
![[VIDEO] “Sorry Nampak Messy,”- Gelagat Si Ibu Eina Azman ‘Berperang’ Di Dapur, Dedah Skill Memasak. Anak Pula Menangis!](https://cdn.mediahiburan.my/2019/05/einaas-07_28_552623.png)
Pelakon dan usahawan, Datin Paduka Eina Azman telah mendedahkan kemahiran memasaknya secara live (IGTV) di Instagramnya.
Video berdurasi hampir 10 minit itu melihatkan gelagat Eina yang sedang ‘berperang’ di dapur untuk menyediakan menu siput sedut masak lemak cili padi.
“Siput Masak Lemak Cilipadi
“Assalamualaikum semua, hey guys .. so this is Eina first time upload for IGTV.. a lot of you guys been wondering how it looks like behind the scene of Eina memasak..
“First of all sorry for the messy look as I just got back from workout.. so here u go.. ?? this video no edit ya .. so everything is live including Aubreykarl crying and all in between the session haha..
“Yes guys .. as a mum i still need to ke sana and sini during memasak sama mcm u all.. enjoy ! #itsdonebyeinaazman,” tulis Eina.
View this post on InstagramA post shared by Eina Azman (@eina_azman) on
Dalam pada itu, kesibukan Eina bukan sahaja memasak di dapur, malah dia juga perlu menguruskan anaknya, Arianna Aubrey yang kedengaran sedang menagis.
Lalu, netizen telah memberi komen yang pelbagai terhadap gelagat Eina yang dilihat sempoi ketika memasak (hanya mengenakan T-shirt berwarna kelabu, rambut diikat dan apron berwarna merah jambu).
Sehingga kini, video tersebut telah mendapat hampir setengah juta tontonan.
Malah, netizen turut terhibur dengan telatah Eina yang tidak putus-putus berkongsi resepi masakannya itu.
Video : Instagram Eina Azman
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ayah Dia Mana? Tak Pernah ‘Up’ Pun?,” – Individu Ini Persoal Ketiadaan Bung Mokhtar, Ini Jawapan Padu Zizie Izzete!
![“Ayah Dia Mana? Tak Pernah ‘Up’ Pun?,” – Individu Ini Persoal Ketiadaan Bung Mokhtar, Ini Jawapan Padu Zizie Izzete!](https://www.mediahiburan.my/wp-content/uploads/2019/07/90CB0F7C-4DE8-4AC3-A108-5B6BB87A32B4.jpeg)
Tidak dinafikan, pelakon cantik, Datin Seri Zizie Izzete tidak lekang dari berkongsi momen indahnya bersama anak-anak tersayang.
Sama ada ketika di dalam atau pun di luar negara, ibu kepada tiga cahaya mata ini pasti tidak lokek untuk berkongsi saat indah sekeluarga di platform media sosial.
Bagaimanapun, menerusi salah satu postingnya di Instagram, ada pengguna media sosial yang secara ringkas bertanya kepada Zizie, mengapa jarang untuk berkongsi foto sama suaminya, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin di Instagram.
“Ayah dia mana tak pernah up pun bosskur,”? tanya individu tersebut.
Lalu, selang beberapa ketika pertanyaan tersebut mendapat reaksi Zizie dengan menyatakan tidak perlu untuk kongsi foto bersama suami selalu kerana dia tahu, tak semua orang suka.
“Ada je selalu. Tak payahlah nak tunjukkan sangat. Kongsi di Instagram pun bukan semua orang suka,” tulis Zizie memberikan reaksi.
Sekadar mengimbas, Zizie dan suaminya Bung Mokhtar yang juga merupakan seorag ahli politik itu mendirikan rumah tangga pada Disember 2009 dan mereka dikurniakan tiga cahaya mata, termasuk pasangan kembar lelaki.
Zizie dan Bung juga turut menjaga dua anak angkat.
Foto: Instagram Zizie Izzete
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI