Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah berkongsi detik-detik menakutkan sewaktu menjalani pengambaran drama seram terbaru yang berjudul Malaysian Ghost Stories.

Menurut Bella, kejadian tersebut sememangnya merupakan antara momen yang tidak dapat dilupakannya sepanjang berada di lokasi pengambaran yang terletak di negeri Perak itu.

“Saya ni sebenarnya tidak mahu terlalu ambil tahu kalau ada cerita mengenai penampakan mahluk halus ni tetapi pada ketika itu, make up artist kami bagitahu yang dia ternampak ‘sesuatu’.

“Dia minta saya untuk pergi ke arah belakang chalet dan lihat pada bahagian hujung sekali. Jadi saya pergi seorang diri tanpa berteman. Saya pun tengok tempat yang dikatakan itu.

“Pada mulanya saya tak nampak apa-apa, kemudian saya rakam menggunakan telefon bimbit dan saya zoom. Nak dijadikan cerita, saya ternampak seolah-olah satu lembaga putih. Melihat dari jauh nampak susuk seperti hantu pocong.

“Ketika itu jam menunjukkan pukul 7 malam. Penampakan itu ada di tepi sungai dan bahagian belakang pula ada kawasan kelapa sawit. Jadi, saya buat keputusan untuk tangkap gambar untuk tunjuk kepada pengarah,” katanya kepada MH.

Ternampak Kelibat Seperti Hantu Pocong? Bella Astillah Kongsi Pengalaman Seram Berlakon Jadi Penanggal

IKLAN

Kisah tersebut dikongsikan oleh isteri kepada penyanyi, Aliff Aziz itu ketika ditemui pada sidang media drama, Malaysian Ghost Story yang berlangsung baru-baru ini.

Katanya lagi, perasaannya menjadi bertambah takut apabila kisah tersebut turut diketahui oleh kru yang menjaga kebajikan mereka sepanjang berada di lokasi berkenaan.

“Pada mulanya saya pun was-was juga. Bila saya mengadu kepada ‘runner’ yang bertanggungjawab menguruskan hal-hal kami, dia pun mengiyakan perkara tersebut. Dia bagitahu saya supaya jangan ganggu mahluk tersebut.

“Ketika itulah perasaan takut saya mula datang. Menurut runner tersebut, kawasan itu memang selalu ada penampakan pocong. Itulah kali pertama sepanjang 27 tahun saya ternampak benda tersebut,” katanya lagi.

IKLAN

Ternampak Kelibat Seperti Hantu Pocong? Bella Astillah Kongsi Pengalaman Seram Berlakon Jadi Penanggal Ternampak Kelibat Seperti Hantu Pocong? Bella Astillah Kongsi Pengalaman Seram Berlakon Jadi Penanggal

Ketika ditanya adakah kejadian tersebut mengganggu fokusnya sepanjang proses pengambaran, ini reaksi yang diberikan oleh Bella yang akan memegang watak sebagai hantu penanggal;

“Sebenarnya nasib baiklah kita ni berlakon dalam keadaan yang ramai orang. Kita pun tidak kacau sesiapa atau pergi mana-mana tempat untuk bersuka ria. Niat kami hanya bekerja.

“Apa yang membuatkan saya tak terlalu memikirkan sangat sebab saya selalu bersama dengan make up artis. Bila balik pun runner yang hantar kami.

IKLAN

“Alhamdulillah semuanya okay sahaya. Tidaklah sampai tak nak shoot terus. Saya juga selalu call mama. Mama nasihat untuk selalu baca ayat-ayat suci Al-Quran,” akhirinya.

Ternampak Kelibat Seperti Hantu Pocong? Bella Astillah Kongsi Pengalaman Seram Berlakon Jadi Penanggal

Drama 18 episod ini menampilkan pelbagai kisah misteri yang dikaitkan
dengan permasalahan dan mahkluk halus yang popular di kalangan masyarakat nusantara.

Malaysian Ghost Stories akan mula bersiaran mulai 25 Ogos ini pada setiap Isnin hingga Khamis jam 11 malam di saluran Astro Ria atau pun strim di mana-mana sahaja menerusi platform Astro Go.

Ternampak Kelibat Seperti Hantu Pocong? Bella Astillah Kongsi Pengalaman Seram Berlakon Jadi Penanggal Ternampak Kelibat Seperti Hantu Pocong? Bella Astillah Kongsi Pengalaman Seram Berlakon Jadi Penanggal

Selain Bella Astillah, drama ini turut menghimpun pelakon-pelakon hebat antaranya Zahiril Adzim, Janna Nick, Meerqeen dan ramai lagi.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI