Pengarah dan penerbit, Jinggo menyeru kepada semua pihak untuk sentiasa bersederhana dan tidak terlalu berlebih-lebihan bila bercerita mengenai insan-insan yang telah pun meninggal dunia.

Menurut Jinggo atau nama sebenarnya Azman Yahya, sikap seperti ini secara tidak langsung hanya akan membuka ruang buat orang di luar sana untuk bercakap mengenai insan yang telah pergi.

“Habis Kecantikan Dijaja, Keburukan Pula Jadi Penyambung Cerita,” – Ada Yang Berlebih-Lebih Cerita Fasal Orang Telah Pergi, Ini Nasihat Jinggo Buat…

Katanya lagi, dia juga berasa agak kecewa apabila ada segelintir pihak yang menjaja kisah-kisah melibatkan si mati demi kepentingan peribadi.

“Stop it. Cukup-cukuplah korang up gambar video arwah. Atas tujuan apa? Nak simpati? Nak naikkan followers dekat FB dan IG?

“Tahu tak kenapa korang kena berhenti? Sebab bila habis kecantikkan arwah dijaja, keburukan arwah pula jadi penyambung cerita.

IKLAN

“Bila habis kebaikkan arwah didewa-dewa, keaiban arwah pula akan bermula. Faham ke tidak? Tahu tak kenapa korang kena berhenti sekarang? Biar arwah tenang di sana,” tulisnya.

“Habis Kecantikan Dijaja, Keburukan Pula Jadi Penyambung Cerita,” – Ada Yang Berlebih-Lebih Cerita Fasal Orang Telah Pergi, Ini Nasihat Jinggo Buat…

Luahan tersebut dikongsikan oleh suami kepada pelakon, Shiela Rusli itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

Lantaran itu, Jinggo turut berharap agar perbuatan seperti ini dapat dihentikan dan tidak diulangi lagi pada masa akan datang.

IKLAN

“Sudah sudah lah. Arwah bukan lagu untuk di dendang. Arwah bukan drama untuk diulang tayang. Cukup lah sehari dua berkongsi duka menzahirkan cinta mengenang jasa.

“Sudah-sudah lah semua sebelum sampai masa kita pula,” ujarnya lagi.

“Habis Kecantikan Dijaja, Keburukan Pula Jadi Penyambung Cerita,” – Ada Yang Berlebih-Lebih Cerita Fasal Orang Telah Pergi, Ini Nasihat Jinggo Buat…

IKLAN

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan pandangan yang sama selain turut berharap agar kenyataan tersebut dapat membuka mata semua pihak.

“Saya setuju. Sebab macam makin overreact pula. Cukuplah doakan arwah di sana. Kadang-kadang nampak macam nak publicity lebih.

“Setuju. Kalau adapun kebaikkan yang dia buat. Biarlah hanya dia dan Allah je tahu. Tak perlulah nak diperkatakan lagi. Kalai rindu atau teringat. Sedekahkan Al-Fatihah.

“Alhamdulillah, ada juga yang bersuara. Letih tengok benda-benda yang sama je. Agak-agaklah,” antara reaksi netizen di laman Instagram.

Sekadar informasi, Jinggo atau lebih mesra di sapa Tok Sidang telah mendirikan rumah tangga bersama, Sheila pada tahun 1996 dan telah pun dikurniakan dua orang cahaya mata.

Sumber: Instagram Jinggo

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI