Setelah hampir dua hari tidak ke udara bersama stesen radio Suria FM, kekosongan yang ditinggalkan oleh penyampai radio, Feeya Iskandar nyata menimbulkan tanda di hati para pendengar.
Rata-rata pendengar dilihat memberikan pelbagai spekulasi berhubung situasi tersebut.
Bagaimanapun, menerusi hantaran terkini yang dimuat naik di laman Instagram, Feeya atau lebih mesra disapa Cik Piah menafikan segala spekulasi tersebut dan menjelaskan dirinya hanya bercuti sepanjang dua hari ini.
Katanya lagi, dia sememangnya berasa amat terharu dengan keperihatinan yang telah ditunjukkan oleh para pendengar.
“Sayang juga pendengar-pendengar dekat Cik Piah ye. Baru dua hari tak dengar suara, risau apa jadi dengan Cik Piah.
Ads
“Tak sihat ke? Ke dia tukar radio? Hihi. Cik Piah coti dua hari je. Cik Piah sihat je di sini alhamdulillah. Tukar radio pun idok. Don’t woryy okey,” tulisnya.
Dalam pada itu, Cik Piah turut memaklumkan para pendengar tidak perlu risau kerana akan kembali semula bertugas di konti pada minggu hadapan.
Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa lega selain turut mendoakan yang baik-baik sahaja buat Cik Piyah.
Ads
“Mesti la. Kalau takda tak boleh dengar dah la potpet potpet.
“Of course la kami sayang Cik Piah. Mak akak antara penggemar celoteh Cik Piah tau.
“Kami semua sayang Cik Piah.
Ads
“Cik Piah cepat masuk kerja tau.
“Cik Piah takda sunyi tau kehidupan kitaorang,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.
Sekadar informasi, Cik Piah akan ke udara pada setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula jam 10 pagi hingga 1 tengah hari menerusi segmen Gaya Suria.
Terdahulu, Feeya telah pun mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati, Nurashid Abd Wahab pada tanggal 6 Mei 2015 dan telah dikurniakan tiga orang cahaya mata.
Sumber: Instagram Feeya Iskandar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Konsert Big Stage 2020 minggu keempat menjadi persembahan terakhir bagi Yamani Abdillah dalam saingan program realiti berkenaan apabila diumumkan sebagai peserta yang tersingkir.
Bertemakan ‘Baby Bash’, anak kepada penyanyi senior, Datuk Jamal Abdillah itu mengumpul markah sebanyak 62 peratus, sekali gus menjadi peserta ketiga yang tersingkir.
Malam tadi, Yamani menyampaikan lagu Mimpi Laila. Sementara Usop yang mengumpul markah tertinggi dengan 86.2 pula mendendangkan lagu Bukan Ku Tak Sudi.
Sementara, pihak juri bersepakat menggunakan imuniti bagi menyelamatkan Qody Rany yang sebelum ini turut tersenarai dalam kelompok tiga markah terendah.
Penyanyi rap Joe Flizzow diundang sebagai juri jemputan di sampai Ajai, Dayang Nurfaizah dan Faizal Tahir menggalas sisi sebagai juri tetap musim ini.
Elly Mazlein pula bertindak sebagai presiden netizen.
Terdahulu, Sandra Dianne tidak dapat membuat persembahan kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya, baru-baru ini.
Peserta yang membuka tirai persembahan minggu keempat, Azzam Sham sekali lagi dipilih sebagai BBNU Paling Gempak dua minggu berturut-turut selepas mendapat undian tertinggi peminat.
Juara Big Stage 2020 akan membawa pulang wang tunai RM100,000, tempat kedua dan ketiga bakal meraih RM50,000 dan RM25,000.
Big Stage 2020 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 16 Ogos 2020, jam 9 malam di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tular di media sosial mengenai kisah seorang ibu yang kehilangan anak tersayang yang baru berusia satu bulan akibat tersedak susu, semalam.
Menerusi perkongsian di Instagram Mingguan Wanita yang kembali dikongsikan Elfira di Isnta stories, sewaktu memberikan susu badan kepada anaknya itu, si ibu tersebut dikatakan telah tertidur akibat kepenatan.
Selepas tersedar, ibu tersebut bagaimanapun melihat anaknya berada dalam keadaan lemah lalu dibawa ke Hospital Klang, Selangor dan disahkan meninggal dunia selapas 30 minit cuba diselamatkan.
Kisah menyayat hati itu turut mendapat perhatian ramai termasuk pelakon, Elfira Loy.
Menurut Elfira, musibah ini sememangnya memberi peringatan buat para ibu termasuk dirinya sendiri.
“Saya tahu ujian Allah terhadap hambanya itu berbeza-beza tapi saya minta sangat Allah tak uji saya tentang anak,” tulisnya di Instagram stories.
Pada masa sama, Elfira akui apa yang berlaku menjadikan dia lebih lebih berhati-hati dalam penyusuan kepada bayi.
“Lepas ni takut kot nak susukan anak sambil tidur dah. Sentiasalah pastikan bayi sendawa dulu selepas menyusu. Baru sambung tidur,” kongsinya lagi.
Tahniah buat penyanyi Siti Sarah yang baru sahaja berkongsi khabar gembira apabila disahkan hamil anak keempat.
Meski tidak memberikan perincian mengenai usia kehamilannya ketika ini, Sarah menerusi satu hantaran di Instagram menyatakan rasa syukur atas rezeki yang dikurniakan.
Kali terakhir menimang cahaya mata sekitar enam tahun lalu.
“Alhamdulillah, permata nombor empat bakal menyusul tak lama lagi. Baby baru on the way.
“Syukur Ya Allah atas rezeki yang Allah kurniakan ini untuk Sarah dan Shuib.
“Jujur Sarah tak sangka, selepas enam tahun Sarah melahirkan Matin, Sarah dapat lagi rezeki merasai detik kehamilan baru sekarang,” tulisnya sebagai kapsyen.
Sarah pada masa sama berkongsi reaksi suaminya, Shuib sebaik penyanyi lagu Manes itu disahkan hamil ketika melakukan kit ujian kehamilan di rumah.
Menurut Sarah, dia tidak berani mengumumkan berita gembira itu terlalu awal meski ramai yang sudah dapat meneka dirinya sedang berbadan dua.
“Ramai tanya masa memula dulu tapi Sarah tak berani cakap lagi. Ini Sarah rasa kandungan dah kuat, baru Sarah berani nak beritahu.
“Minta maaf sebab tak beritahu awal sebab sebelum ni Sarah pernah ada ‘anxiety, jadi Sarah sendiri tak nak tertekan masa awal kehamilan .
“Sarah nak mintak korang semua doakan Sarahdan kandungan. Sarah doakan juga ibu kat luar sana yang mahu merasai saat kehamilan, moga Allah murahkan rezeki kalian untuk hamil dan jadi ibu,” katanya.
Penerbit Eksekutif merangkap Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad menyifatkan filem adiwira Keluang Man bukan dihasilkan semata-mata untuk mengejar kutipan box office.