Pelakon terkenal, Nabila Huda akui terkejut saat menerima mesej ugutan daripada seorang individu di aplikasi X baru-baru ini.
Menurut Nabila, individu yang dipercayai merupakan warganegara Indonesia itu didakwa mengugut untuk mencolek anaknya, Keisha Laila hanya kerana kurang senang melihatnya mengenakan pakaian kebaya.
“Ketika pertama kali baca, sudah tentu ada kerisauan sebab kita seorang ibu. Memang ada perasaan takut. Tertanya-tanya apa salah saya dan ada musuh dengan siapa?
“Saya terus ingat balik apa tingkah laku saya yang buat orang marah. Kadang kala kita terlupa tingkah laku kita ketika muda. Kita tak ingat yang kita menyakiti hati orang dan tak minta maaf.
“Bila ingat semula, rupanya fasal saya memakai kebaya. Saya sendiri tak tahu kenapa. Sejak dahulu lagi, kita sering bergaduh mengenai budaya. Kalau menjawab, perkara ini tidak akan habis.
“Sebagai bangsa Melayu, kita sepatutnya bersatu dan meraikan antara satu sama lain,” katanya kepada MH.
Ads
Anak kepada penyangi rock lagenda, Datuk Amy Search itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media program The Masked Singer Malaysia musim ke-4 baru-baru ini.
Dalam pada itu, Nabila turut memaklumkan dirinya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sekiranya perkara sama berulang lagi selepas ini.
“Saya ambil pendekatan untuk tidak melayan. Kalau kita terlampau fikir, kita akan takut. Jadi susah pula kita nak menguruskan kehidupan seharian.
Ads
“Takkanlah kita nak hidup dalam ketakutan. Kita berdoa sahajalah supaya keluarga kita dijauhkan daripada perkara-perkara malang.
“Saya juga ada suami, bapa, keluarga dan orang-orang sekeliling yang boleh menjaga kami. Saya tak mahu ambil ugutan ini terlalu serius. Banyak lagi hal lain boleh kita buat.
“Namun, kalau saya dapat ugutan kali kedua, sudah tentu saya akan ambil tindakkan,” ujarnya lagi.
Ads
Pada masa sama, pelakon filem Rahsia ini juga memaklumkan dirinya tidak mahu memperbesarkan isu ini kerana bimbang anaknya akan berasa fobia.
“Saya tak bagitahu dia tentang perkara ini. Pada saya, dia tak perlu tahu. Saya tak nak dia hidup dalam ketakutan. Kami memang menjaga keselamatan dia dengan ketat.
“Pergi dan balik sekolah, kami hantar. Saya tahu apa yang dia buat dan hubungan kami sangat rapat. Dia tak memandai nak keluar sendiri.
“Keselamatan di Malaysia ini sangat ketat. Pihak berkuasa kita sangat cekap. Kalau apa-apa yang berlaku, sekejap saya boleh uruskan,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Pengasas kosmetik sensasi, Sajat yang ketika ini mengikuti kursus pengajian pendek dandanan rambut di Labenon ada memuat naik tiga potong video.
Bagaimanapun, salah satu video yang dimuat naik menarik perhatian ramai untuk terus ‘membawang’ perihal dirinya apabila penyanyi Bobo Di Mana itu menjawab kenyataan salah seorang pengguna media sosial yang ‘takut’ mendengar suaranya.
Lalu, kenyataan tersebut dibalas Sajat dengan membayangkan suara tidak penting. Yang penting rupa dan duit berkepok-kepok (banyak).
“Sis i nak kata dengan you, suara tak penting. Yang penting rupa, poket berkepok-kepok. Kalau suara sedap tapi poket nan hado buat apa. Tak penting. Suara nilah yang buat keuntungan. Sebab apa, sebab muka cantik tapi suara macam abang-abang askar. Kan unik tu?
“Orang dah bosan muka cantik suara sedap. Orang nak dengar yang sesuatu, menakjubkan. So bila suara i macam ni dengan muka ala-ala Miss Universe, saya boleh jadi juru cakap,” antara yang diucapkannya di dalam video tersebut.
Menerusi ruangan kapsyen, rata-rata netizen memberikan komen pelbagai. Baru-baru ini, Sajat turut meninggalkan tanda tanya apabila dengan berani memuat naik gambar bungkusan tuala wanita.
Foto: Instagram Sajat
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sejak menyertai program Lawak Solo pada 2016, nama pelakon dan pelawak, Fikry Ibrahim kian popular apabila dilihat sering membintangi kebanyakan drama popular.
Lantaran itu, tidak hairanlah mengapa pelakon yang memiliki wajah persis hero Bollywood ini menjadi kegilaan ramai gadis masa kini.
Fikry yang juga merupakan penuntut tahun akhir dalam jurusan Sarjana Muda Pengiklanan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu dikatakan memiliki pakej yang lengkap sebagai seorang lelaki iaitu “tall, dark, handsome and funny”.
Terkini, menerusi sebuah tweet yang tular di laman Twitter, pemilik akaun Jijiera menganggap ketampanan yang dimiliki Fikry boleh menyayingi seorang lagi hero malaya iaitu Remy Ishak.
Kacak jenis tak boleh bawa bincang. Introducing you, forget Remy Ishak, its Fikry Ibrahim. Dupdap. Lol. pic.twitter.com/p0Qb0ROXZW
“Kacak jenis tak boleh bawa bincang. Introducing you, forget Remy Ishak, it’s Fikry Ibrahim. Dupdap. lol,” tulisnya.
Tweet tersebut telah menerima hampir 10,000 retweet setakat ini malah turut dihujani komen netizen yang bersetuju dengan kenyataan individu berkenaan.
Bagi MH, memang tidak dapat dinafikan Fikry bukan sahaja memiliki wajah tampan, malah dia juga merupakan seorang pelakon yang serba boleh. Apa pun, namanya pun rezeki kan?
MH pula suka kedua-dualah sebab masing-masing ada pesonanya!
Foto: Instagram Fikry Ibrahim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!