Penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza mendedahkan dia telah diijangkiti Covid-19 buat kali kedua, dan kini selesai menjalani kuarantin kendiri, baru-baru ini.

Risau sekiranya jangkitan berkenaan mengganggu peti suaranya lagi, Siti tidak menafikan simptom jangkitan kali kedua ini benar-benar mencabar dan menyakitkan berbanding jangkitan kali pertama yang dialaminya, hampir dua tahun lalu.

“Bohonglah kalau saya kata tak risau, sebab suara saya digunakan sebagai aset. Memang batuk berkahak adalah sesuatu yang sangat mengganggu.

“Berbeza dengan jangkitan Covid-19 kali pertama di mana tak ada demam dan tak sakit badan, kali ini, saya alami sakit badan yang sangat sakit, demam, dan kemudian panas-panas.

“Harap-harap, apa yang berlaku ini tak mengganggu peti suara saya,” katanya.

Siti Nurhaliza Syukur Sembuh Jangkitan Covid-19 Kali Kedua, Kongsi Keadaan Terkini Kualiti Suara Siti Nurhaliza Syukur Sembuh Jangkitan Covid-19 Kali Kedua, Kongsi Keadaan Terkini Kualiti Suara

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial)

Penyanyi Anta Permana itu berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Ukhwah & Apresiasi Serta Pelancaran Kempen Jihad Yayasan Nurjiwa di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, Siti turut mengingatkan masyarakat supaya sentiasa berjaga-jaga memandangkan kes jangkitan baharu Covid-19 kembali meningkat.

IKLAN

“Dalam keadaan sekarang yang semakin meningkat semula, semua orang kena sentiasa berjaga-jaga. Kalau tak sihat, cepat-cepat buat pemeriksaan kesihatan.

“Saya pun bila dapat tahu dijangkiti, cepat-cepat ambil vitamin C dan antibiotik, seterusnya menghabiskan kuarantin selama beberapa hari,” katanya lagi.

Ditanya mengenai keadaan suaranya terkini, Siti bersyukur kerana kualiti suara makin ‘ringan’ dan boleh kembali menyanyikan lagu lamanya.

IKLAN

“Syukur sangat sebab dah makin baik. Maknanya, bila saya nyanyikan lagu-lagu lama, bunyi suara saya ada rasa ‘ringan’ sedikit.

“Kalau tidak, rasa ‘berat’, kasar selain nafas tak cukup. Jadi, ini proses yang sangat lama dan hampir setahun juga untuk saya kembali dapatkan suara ‘ringan’ seperti ini.

“Tiba-tiba, saya dijangkiti Covid-19 semula. Ini saya baru selesai kuarantin. Alhamdulillah, saya dah habis kuarantin dan harap-harap, tak ada apa-apa. Cuma tinggal batuk sahaja,” katanya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI