Kekal trending sejak awal hari ini, nama Aliff Satar menjadi sebutan di media sosial apabila rata-ratanya memuji tindakan penyanyi Sesungguhnya Aku yang dikatakan menjadi penyelamat keadaan di Big Stage 2019 ketika juri jemputan minggu pertama yang didakwa mempersenda rakan hos, Sherry Al Hadad.
Kisahnya, Mark Ada ada menggunakan frasa iaitu ; “…even the host is big”.
Lalu selang beberapa ketika, Aliff cuba untuk mengawal keadaan yang ketika itu gamat dengan sorakan penonton di auditorium.
Ads
“Mark. You are right, she has big talent bro,” balas Aliff sambil diiya kan Mark.
Sementara Sherry dilihat hanya tersenyum di sisi peserta Thailand, Chaleeda Gilbert.
Ads
Menerusi posting terkini Aliff di Instagram, netizen tidak putus memberikan pujian dan tak kurang yang turut berterima kasih buat bintang itu yang dilihat peka dengan situasi.
Dalam perkembangan lainnya, Mark telah pun menyatakan permohonan maaf secara terbuka buat Sherry dan semua yang terasa atas khilaf yang dilalukan selain turut memperjelaskan situasi berkenaan dengan lebih lanjut.
Foto: Instagram Alif Satar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Menitipkan doa buat anak tunggalnya, Wan Maryam, Fizo Omar berkongsi detik-detik berharga dua beranak ini meluangkan masa.
Merakamkan keletah Maryam saat mengenalpasti anggota bahagian wajah, pelakon ini memohon agar anaknya membesar menjadi gadis solehah.
Walaupun tidak lagi bersama sebagai keluarga sempurna, namun luahnya, kasih sayang yang diberikan daripada dia dan bekas isteri, Mawar tidak pernah berkurangan.
“Ya Allah Ya Tuhanku…
“Jadikan anakku Wan Maryam Wan Hafizol sbgai seorang anak yg solehah, taat kpd ibu dan bapanya.
“Anak yg bijak, yg suka bersedekah, dan berbakti kepada agama dan masyarakat.Semoga dgn dugaan dari Allah buat daddy n mummy memberi hikmah kpd anak ini membesar dgn penuh kasih sayang dan didikan yg akan membawa daddy n mummy ke syurga Firdaus.
“Kasih syg dari daddy n mummy buat Cik Yam tidak akan berkurang malah akan bertambah lagi.Insyallah semoga hubungan silaturrahim daddy n mummy akan terus berkekalan sampai bila-bila.
“Semoga Allah makbulkan doa kami…Ameen YRA,” luahnya.
Netizen turut mendoakan kebahagiaan keluarga ini dan mengharap agar ada sinar untuk kedua-duanya bersatu kembali sebagai suami isteri.
Fizo dan Mawar bercerai pada 10 Julai lalu selepas enam tahun mendirikan rumah tangga. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata, Wan Maryam yang kini berusia dua tahun.
Foto : Instagram Fizo Omar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Wany Hasrita mengakui dia tidak kisah untuk dipanggil dengan panggilan Hajah atau nama penuhnya sahaja apabila sekembalinya dari mengerjakan haji pertengahan Ogos depan.
Katanya seperti yang dipetik Harian Metro, dia akan menunaikan Rukun Islam kelima itu sehingga 16 Ogos ini bersama rakan penyanyi, Amira Othman.
“Sebaik pulang nanti, terpulanglah jika mahu memanggil saya Hajah. Jika tidak, panggil saja Wany Hasrita,” katanya seperti yang dipetik.
Terdahulu, penyanyi lagu Terlalu Memuja ini mengakui tawaran menunaikan haji itu diterimanya daripada kerajaan Arab Saudi dan semuanya terjadi dalam tempoh begitu singkat.
“Mengikut perancangan awal, saya mahu membawa ibu tetapi dia tidak berkesempatan. Jadi, saya mengajak Amira dan ia pengalaman pertama menunaikan ibadah ini,” terang Wany yang tidak menafikan perasaan yang bercampur-baur.
“Jadi, saya meminta bantuan rakan artis, Heliza Helmi untuk mendapatkan nasihat ustaz yang mengendalikan kursus haji secara peribadi,” kongsinya selain turut meminta tunjuk ajar dari Profesor Dr Muhaya Mohamad berhubung panduan sepanjang berada di sana.
“Doa saya adalah memperoleh haji mabrur. Sebenarnya saya dalam keadaan tidak bersedia namun sebaik berfikir semula perlukah bila menjengah usia tua baru bersedia,” jelas Wany.
Pada masa sama, bintang berusia 27 tahun ini juga memberitahu, dia tidak semestinya meninggalkan dunia seni apabila pulang ke tanah air kelak.
Bagi Wany, dia lebih selesa untuk melihat perubahan itu hadir sedikit demi sedikit.
“Segala isi hati dan amal ibadah biarlah Allah yang menentukan. Saya merasakan seperti mimpi dan tidak pernah terfikir untuk menunaikan haji dalam usia sebegini,” akhirinya.
Foto: Instagram Wany Hasrita, Amira Othman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Drama bersiri Sweet Dreams yang menceritakan mengenai kisah percintaan seorang gadis bisu ternyata semakin mendapat perhatian penonton setia drama tempatan.
Menyifatkan gandingan tersebut sebagai ‘magis’, pelakon Mira Filzah dan Ben Amir mulai dipuji ramai.
Bagaimanapun, keserasian yang dicipta bukanlah semudah disangka, akui Mira kepada MH, bekas finalis Hero Remaja itu nyata seorang pemalu.
“Mira terlibat dengan pengambaran ni Mira tak tahu pun bagaimana orang bisu dan pekak ini berkomunikasi rupanya ada pelbagai dan berbeza.
“Dan untuk watak Putri ni Mira ambil dan belajar daripada Cikgu Sarah yang ajar Mira dekat Persatuan Pekak Malaysia tu. Dia sangat lembut, bertudung dan sentiasa senyum, kongsinya jujur.
Pada masa sama, Mira turut beri reaksi apabila ada yang membandingkan wataknya dengan peranan lebih kurang sama dibawa Sheila Rusly sebelum ini.
“Dari segi pembandingan orang akan terus membandingkanlah mana yang bagus, mana yang tak bagus.
“Tapi bagi Mira pelakon yang dibandingkan itu memang sangat-sangat hebat dan tak dapat disangkal lagi bakat dia.
“Kalau nak dibandingkan pengalaman Mira dengan dia jauh berbeza. Jadi daripada situ kita bangun sama-sama dan perbaiki untuk menjadi lebih baik,” jelasnya yang juga mengakui Ben rupanya seorang lelaki pemalu.
“Pada mulanya dia sangat pemalu orangnya sampai Mira yang kena bimbing dia untuk bercakap kalau tak sampai kesudah tak bercakap.
“Tapi Alhamdulillah atas bantuan pengarah, Michael Ang semuanya berjalan lancar. Tambahan pula Michael memang sangat menjaga untuk drama ini sehingga semuanya dijaga rapi dari segi lakonan, pakaian, lokasi dan sebagainya.
Di samping itu, bintang berusia 26 tahun ini sempat mengulas mengenai keserasian dia bersama watak hero lain dalam drama lakonan.
“Mira serasi dengan hero dalam drama lakonan bagi Mira adalah komunikasi. Mungkin bila kita dekat set lakonan kita berkomunikasi dan cuba berkawan benda tu akan buat jadi selesa. Bila kita berkomunikasi semua benda akan jadi mudah.
Dalam perkembangan lain, Mira turut memaklumkan bahawa dia bakal muncul dalam sebuah drama bersiri terbaru.
“InsyaAllah Mira akan muncul dalam sebuah drama untuk slot Akasia dan bakal keluar pada September depan,” kongsi Mira.
Selain Mira dan Ben Amir, drama Sweet Dreams menampilkan pelakon hebat Sean Lee, Datin Nina Juren, PU Azman, Didi Astillah dan ramai lagi.
Drama ini merupakan sebuah drama arahan Michael Ang dan ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria dan Ria HD.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!