Semalam, pelakon Zara Zya ada berkongsi sepotong video ketika dia beramah mesra dengan seorang kanak-kanak berstatus orang kelainan upaya (OKU) yang mengalami celebral palsy.
Menerusi Instagram, Zara memaklumkan nama kanak-kanak istimewa ini ialah Alisa Fateha dan penyakit yang dialami adalah sama seperti watak yang dibawa Naim Daniel menerusi drama Pia, yang turut dilakonkan Zara.
“Sayang ni nama diaAlisa Fatehah. Dia ada penyakit celebral palsy. Sama lah mcm watak yg @naimdanielx lakonkan dalam drama #pia.
Ads
“Sama2 kita doa dia kuat dan sihat ye. Ibu bapa alisa please sayang dia sampai bila2 ye. Saya tak dpt jumpa dia lama sebab masa ni nak berbuka dah. Dapat bergambar dan ambil video je. Membesar dgn baik ye sayang,” tulisnya di Instagram.
Penyampai radio, Fizi Ali mengimbas detik bersejarah dalam hidupnya saat bergelar bapa kepada puteri sulung, Ameena Sofia.
Video yang dikongsikan Fizi itu melihatkan isterinya, Shakilla Khoriri menanti detik untuk bersalin.
“Bila abam tengok video ni tak tau kenapa rasa sedih sangat..tetiba rasa sayang sgt dekat umi ameena ni..pengorbanan dia untuk lahirkan ameena..banyak sgt dia dah bekorban untuk kami berdua.
“Korbankan masa depan dia untuk sementara waktu ,korbankan minat dia,korbankan semuanya..harap awak kuat tempuh semua ni. tapi sis comel la pakai macam ni,” tulisnya.
Video tersebut telah mendapat lebih 100,000 tontonan yang menyaksikan debaran Shakilla untuk melahirkan bayi sulungnya itu.
Untuk rekod, Fizi dan Shakilla berkahwin pada 18 Februari tahun lalu dan dikurniakan seorang anak perempuan, Ameena Sofia yang kini berusia tiga bulan.
Foto : IG Fizi Ali
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi, Hazama mengakui dirinya merupakan seorang yang mudah marah dan itu merupakan antara kelemahan yang ada pada dirinya.
Menurut Hazama, cara layanannya terhadap orang lain bergantung kepada bagaimana individu tersebut mendekatinya terlebih dahulu.
“Saya ni ibarat cermin. Bagaimana orang tu approach, itu yang orang tu dapat.
“Kalau orang tu approach dengan cara macam tak patut dan cara dia melantunkan soalan itu tidak beradap, saya akan balas mengikut adab, etika dan akhlak orang tersebut.
“Saya selalu marah. Saya ni senang memaki dan senag memohon maaf. Kalau saya marah pastikan tiada kamera dekat taku nanti viral pula,” jelasnya.
Hazama berkata demikian dalam satu program bicara, Begitu Begini DJ Nazz anjuran stesen radio Gegar.fm.
Dalam pada itu, Hazama turut mengakui pernah menyalahkan Datuk Ramli Sarip kerana tidak memilihnya sewaktu pemilihan fasa akhir Akademi Fantasia musim ke-4.
“Mula-mula saya salahkan orang luar kenapa korang tak nak ambil aku. Saya pernah salahkan Ramli Sarip sebab masa tu dia pengetua.
“Tapi bila saya dah faham, saya sedar kelemahan saya. Kelemahan saya dulu adalah saya ini ada sifat bersaing.
“Bila ada sifat bersaing dengan orang-orang lain, itu membuatkan saya gagal. Saya ada sifat bila saya menyanyi saya nak tunjuk action supaya bila orang dengar suara saya, orang lain akan kalah.
“Benda itu yang bunuh diri saya dulu. Sifat sombong, riak dan takbur buat saya sedar yang saya salah,” jelasnya lagi.
Penyanyi rock legenda, Datuk Nash bersyukur kerana hanya mengalami kecederaan luaran selepas terbabit dalam kemalangan motosikal ketika dalam perjalanan pulang dari surau, malam tadi.
Nash,...