Pelakon, Nelydia Senrose menitipkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang setia menonton drama, Cinta Sekali Lagi yang telah pun memasuki episod akhir pada hari ini.

Menerusi perkongsian di Instagram, Nelydia yang membawa watak sebagai Amanda meluahkan rasa terharu terhadap para penonton yang tidak putus-putus menunjukkan tanda sokongan terhadap drama ini dari episod awal hingga ke akhir.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @nelydiasenrose

 “Ada yang marah ke Amanda dan Fahad bersatu semula? Amanda buat semua ni demi anak-anak je.

“Terima kasih pada semua yang setia menonton #cintasekalilagi dari episod awal hingga akhir. Terima kasih juga pada semua yg meminjamkan rasa dan emosi sepanjang #cintasekalilagi ditayangkan,” tulisnya.

IKLAN

Dalam pada itu, Nelydia turut berharap agar drama ini dapat menjadi teladan dan pengajaran berguna kepada sesiapa sahaja yang menonton.

“Semoga kisah ini menjadi teladan dan pengajaran buat kita semua, segala kekurangan dari pihak kami harap dihalalkan ye. Amanda Firdaus signing off.

IKLAN

“p/s: kan dah kena SETAN dgn abang @paliyahyalatest HAHAHA sbb banyak sangat main-main kat set sorry abang,” kongsinya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan reaksi berhubung episod akhir drama tersebut selain turut meluahkan rasa rindu terhadap gandingan mantap Nelydia dan juga heronya, Saharul Ridzwan.

IKLAN

Selain Nelydia serta Saharul, drama 28 episod ini turut dibintangi pelakon-pelakon hebat lain antaranya, Hannah Delisha, Ezzaty Abdullah, Luqman Hafidz dan ramai lagi.

Sumber: Instagram Nelydia Senrose