Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz mendedahkan dia tidak berhubung dengan isterinya iaitu penyanyi Bella Astillah lebih 40 hari, termasuk dengan dua anak mereka iaitu Mohamad Ayden Adrean, dan Ara Adreanna.
Berkongsi perkara itu menerusi sesi podcast di YouTube TheCommonFolks SG, Aliff juga akui dia rasa ‘takut’ untuk mendengar suara isterinya itu selepas setelah sekian lama tidak berhubung.
“Kali terakhir saya bercakap dengan Bella dan anak-anak mungkin lebih 40 hari lalu. Memang for the past week, memang zero communicationlah.
“Sebab tempoh yang agak lama (tak berhubung), membuatkan aku jadi takut untuk dengar suara Bella bercakap dalam telefon… ia satu benda yang menakutkan buat aku, bila kita dengar, jadi takut. Break me down mentally.
“Bukan saya nak larikan diri daripada masalah itu… Misalnya macam umi cakaplah, saya tak mahu bercakap terlebih dahulu ke atau bagaimana. Bukan tak nak bercakap, tapi sebab dah jadi keadaan yang huru-hara.
“Dah lama sangat tak bercakap, tak tahu nak cakap macam mana. Gap itu dah buat aku tak tahu nak cakap apa. Situasi sukar, sebab aku tak tahu nak mula macam mana,” katanya.
Ads
Menerusi temu bual sama, penyanyi lagu Sayang Sayang itu turut menjelaskan mengapa dia mendiamkan diri daripada berceria mengenai kemelut yang berlaku.
Terdahulu, tular satu klip yang dimuat naik di Instagram TheCommonFolkssg yang merakamkan dilihat Aliff menangis ketika ditanya mengenai Bella.
Imbas kembali, Bella mengambil keputusan memfailkan cerai terhadap Aliff secara ekspres di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, pada 13 Mac lalu.
Ads
Keputusan tersebut ialah susulan Aliff dan pelakon Ruhainies dicekup selepas dipercayai berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara.
Aliff bagaimanapun enggan menceraikan Bella pada sebutan kedua kes tersebut pada 4 April lalu kerana masih sayangkannya selain mahu mempertahankan rumah tangga yang dibina.
Malah, isu di antara mereka semakin rumit apabila muncul seorang wanita yang dikenali sebagai Sarah Yasmine mendakwa dia ialah kekasih Aliff sejak Januari lalu.
Ads
Sarah turut mendedahkan pelbagai tangkap layar perbualan WhatsApp dipercayai di antara Aliff dan individu dinamakan sebagai ‘NRF’.
Pendedahan tersebut mengejutkan ramai pihak, selain ia turut mengaitkan beberapa nama selebriti tempatan.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Perkongsian satu foto di entri Instagran pelakon Fatin Nur Afifah Shamsuddin atau nama komersialnya, Fatin Afeefa baru-baru ini mendapat perhatian netizen.
Ini kerana, foto tersebut dirakam bertiga bersama rakan pelakon, Nazim Othman dan anak sulung Fatin, Adam Aisy Arrian.
Setelah hampir 13 tahun melayari bahtera perkahwinan, penyanyi dan penyampai radio Asmawi Ani atau selesa disapa Mawi memberitahu masih menanti untuk dikurniakan cahaya mata kedua bersama isterinya, Ekin Rahmat.
Menurut penyanyi berusia 39 tahun ini memberitahu dia dan isteri tidak merancang dan berserah kepada Yang Maha Esa mengenai perihal zuriat.
Meski masih belum dikurniakan cahaya mata kedua, bintang kelahiran program realiti nyanyian Akademi Fantasia musim ketiga ini tetap meluahkan rasa syukur dan gembira kerana mahligai cinta bersama isteri kekal bahagia.
“Anak saya yang pertama dah umur 9 tahun dan sejujurnya saya ada berbincang dengan isteri saya untuk tambah anak, tapi itu semua rezeki daripada Allah jadi berserah sahaja kalau ada rezeki, InsyaAllah.
“Tapi kami gembira dengan hidup kami sekarang ini. Alhamdulillah walaupun seorang anak kami boleh beri tumpuan yang lebih kepada antara satu sama lain.
“Kalau tengok umur sekarang saya rasa dah tak boleh nak merancang ni sebabnya kita ni makin lama makin tua. Kalau ada rezeki, ada lah buat masa sekarang ni masih belum ada lagi,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, Mawi mengharapkan agar peminat sentiasa untuk mendoakan agar dirinya dan isteri dikurniakan cahaya mata lagi.
Imbas kembali, Mawi mendirikan rumah tangga bersama pelakon Ekin Rahmat pada 28 Disember 2008 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama, Cahaya Malaikha
Foto: Instagram Mawi, Ekin Rahmat
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Untuk rekod, Ainan dan suaminya, Mohammad Ariffudin Mohammad Swaimi mendirikan rumah tangga pada tahun 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Ainan Salsabiela pada 2 Mac 2018.
Foto: Instagram Ainan Tasneem
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!