Hos program masakan Ketuk-Ketuk Ramadan, Sheila Rusly telah menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-48, Rabu lalu.
Terbaru, Sheila telah memuat naik sekeping gambar di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut, Sheila menerima hadiah dan ucapan dari salah seorang anak lelakinya, Uzair Haqimy.
“Bila ada yang menyedihkan pasti ada yang menggembirakan.Thank you ANAK @uzairhaqimy69 i’m touched beyond words Love u too much son #sentiasabersyukur #alhamdulillah,” tulisnya.
Pelakon Ainul Aishah atau nama sebenarnya Ainul Aishah Azizun ada berkongsi beberapa keping gambar menerusi akaun Instagram miliknya.
Gambar tersebut kelihatan bintang filem Nana Tanjung mengenakan pakaian fesyen berkemban.
“In love with the quality of my new iphone 11 pro camera that has wide,ultra wide and telephoto lenses.
Amazed with the results of every photos i tookIt’s just as good as a real camera. Major love on this one #shotoniphone11pro #iphone11pro #foreverappleuser,” tulisnya.
Sebuah drama berjudul Insan Terpilih yang yang sarat mesej positif berkisar kisah lelaki tidak waras ternyata meruntunkan hati penonton yang menonton.
Bukan itu sahaja, drama Insan Terpilih ini telah mendapat perhatian yang meluas daripada peminat drama tempatan sekali gus memberikan komen yang positif terhadap drama tersebut.
Salah seorang pelakon drama tersebut, Jay Iswazir meluahkan rasa syukur atas sambutan drama Insan Terpilih yang sangat mengalakkan daripada penonton.
Kongsi Jay, drama tersebut juga sudah meraih 1 juta tontonan di YouTube setelah 5 hari dikongsi.
“Syukur Alhamdulillah..terima kasih kamu kamu.. Apajua S T Y. R G#Repost @syazwanzulkifly Assalammualaikum. Terima kasih kepada semua 1.1mil viewer yg menonton #insanterpilih di channel @youtube @tv3malaysia dan menjadikan naskah ini top 5 trending di youtube selepas 4 hari ditayangkan.
“Ini adalah diluar jangkaan untuk saya sebagai pelakon dalam naskah ini.Terima kasih atas sokongan anda terhadap naskah ini.Sehingga hari ini saya masih lagi menerima feedback2 positif dari penonton yg menonton naskah ini.
“Saya percaya penonton hari sudah bijak untuk menilai naskah naskah yang disajikan untuk mereka setiap hari.Harapan saya adalah,akan banyak lagi naskah2 seumpama ini dapat dihasilkan untuk hidangan anda sebgai penonton.
“Tahniah dan terima kasih untuk pihak @tv3malaysia ,pihak produksi @aniqcommunication_official ,semua tenaga kerja,semua rakan lakon dan juga anda sebagai penonton kerana sama2 membuatkan naskah ini trending seperti ini.yang baik datang dari Allah.Syukur Alhamdulillah.,” tulisnya.
Selepas sembilan minggu bersaing, teka-teki mengenai siapakah pasangan artis dan pengurus yang berjaya melangkah ke konsert Grand Finale Talk To My Manager musim kedua (TTMM2) akhirnya terjawab.