
Sebelum ini, pelakon Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan pernah berkongsi mengenai kehamilannya yang kini sudah mencecah usia hampir 6 bulan.
Kongsi Abby menerusi akaun Instagram miliknya, dia telah dimasukkan ke sebuah hospital akibat tekanan darah yang terlampau tinggi.
“Anak5 Buah hati Pengarang Jantung Mama Doakan Mama. Selalu dalam lindungan Dan kasih sayang ALLAH SWT ye.
“Mama kena masuk ward malam ni Sebab darah terlampau tinggi Kandungan baru 23 minggu. Tapi Mama dah tak kuat ni.
“Mohon doa kalian ye Doakan Mama & Baby Panjang umur Dan selamat dunia akhirat ye,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on
Dalam pada itu, peminat turut mendoakan agar semua urusan pelakon berusia 41 tahun itu dipermudahkan.
MH mendoakan agar Abby dan kandungan berada dalam keadaan yang baik-baik sahaja.
Foto: Instagram Abby Abadi
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Beragaklah Dalam Mengecop Pendakwah,” – Pu Syed Mahu Netizen Henti Kecaman, Doa Yang Terbaik Buat Pendakwah Yang Kini Tular

Kecoh di laman sosial mengenai hubungan rumah tangga seorang pendakwah yang kahwin kali kedua, lalu didakwa telah menceraikan isteri pertama ketika hamil baru-baru ini.
Sekali gus, ia menjadi bualan ramai pihak termasuk Pencetus Ummah (PU) Syed Mohd Bakri Syed Ishak turut memberikan reaksi.
Malah, ada individu yang mahu penjelasan terperinci dari Syed mengenai isu tersebut.
Soalnya, apakah wajar menceraikan isteri sedang hamil menerusi aplikasi WhatsApp atas sebab nusyuz tanpa sempat isteri membuat pembelaan?
Lalu, ini jawapan panjang lebar dari Syed.
“Talak adalah Jalan Terakhir Untuk Sesebuah Ikatan Perkahwinan.
“Tidak ada perkara halal yang dibenci oleh Allah selain daripada talak.” Dan: “Mana-mana wanita yang meminta talak daripada suaminya tanpa sebab yang sepatutnya, maka haram ke atasnya bau syurga.”
“Apakah punca perceraian itu terjadi?
“Adakah ianya satu2nya Jalan penyelesaian bagi sesuatu masalah yg hadir dalam rumah tangga?,” jelasnya.
Malah, Syed menjelaskan dia tidak mahu mencampuri urusan rumah tangga pendakwah itu; sebaliknya doakan yang terbaik buat dia, isteri dan ahli keluarga.
“Ambe taknak masuk campur urusan yg telah terjadi, insyaAllah masih boleh diperbaiki, mohon netizen doakan agar apa2 masalah jgn kita taburkan lagi minyak ke dalam api, kadang² yg kecil boleh jd marak.
“Bagi netizen, beragaklah dlm mengecop pendakwah, kerana kita tidak berada di situasi mereka,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Pencetus Ummah SYED (@pencetusummah_syed) on
Terdahulu, Ustaz Ebit Lew turut memberikan pendapatnya mengenai isu sama.
Foto: Instagram PU Syed
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dazrin Sebagai Syed Saddiq… “Hilang 19kg, Berat Badan Pernah Mencecah Hingga 89kg”

Gara-gara mahu kembali aktif memeriahkan industri seni dengan lebih aktif dengan imej yang lebih segar, Dazrin Kamarudin mengakui gigih bersenam di gim demi mendapatkan bentuk tubuh ideal.
Menafikan perubahan fizikal tersebut mempunyai kaitan dengan sebarang penggunaan bahan terlarang, bintang berusia 31 tahun ini bagaimanapun mengakui mengambil menu sihat selain giat bersenam.
“Saya tak guna pun bahan terlarang seperti dadah. Saya hanya bersenam dan menjaga pemakanan.
“Kesedaran untuk menurunkan berat badan datang sendiri. Selepas berkahwin, berat badan saya pernah mencecah sehingga 89 kilogram.
“Malah, ia tidaklah berlaku secara drastik. Sebaliknya, proses penurunan berat badan berlaku secara berperingkat.
“Pada masa sama, ada penerbit drama juga memberi tamparan untuk saya menurunkan berat badan.
“Dengan fizikal yang berisi, ia menyukarkan saya untuk mendapatkan tawaran sebagai hero dalam drama bersiri atau telefilem,” katanya yang kini mempunyai berat 70 kilogram.
Terdahulu, Dazrin ditemui di majlis sidang media filem Mahathir: The Journey arahan Profesor Dr Hatta Azad Khan di Sheraton Petaling Jaya, pada Isnin.
Filem ‘Mahathir, The Journey’ menampilkan kisah Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M) selepas melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri pada 2003 sehingga dilantik semula pada 2018.
Menerusi naskhah tersebut, Dazrin bakal membawakan watak Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Lalu, perubahan fizikalnya kini juga turut mempunyai hubung kait dengan projek barunya yang akan memulakan penggambaran bulan hadapan itu.
“Untuk watak tersebut juga sebenarnya saya kena kuruskan badan. Saya diberi amanah untuk pegang watak sebagai YB Syed Saddiq. Seperti yang kita tahu, dia seorang menteri yang aktif dan fit.
“Jadi saya tidak boleh terkebelakang, perlu ada fizikal yang hampir sama seperti YB. Pada masa sama, kita juga beri penekanan kepada imej. Itu yang saya cuba untuk potong rambut dan kuruskan badan.
“Daripada saiz baju L kepada XS” katanya yang dipanggil hadir ke sesi uji bakat pencarian pelakon terlebih dahulu sebelum senarai lengkap para pelakon diumumkan.
“Bukan mudah untuk saya bawakan watak tokoh yang terkenal dan dia sangat popular sekarang dalam kalangan anak muda. Saya akan buat sehabis baik,” impi Dazrin optimis.
‘Mahathir, The Journey’ yang menelan bajet sebanyak RM6 juta turut dibarisi pelakon Azhar Amir yang mendukung watak sebagai Tun Dr Mahathir Mohamad, Fauziah Latiff (Tun Dr Siti Hasmah), Hilal Azman (Datuk Seri Anwar Ibrahim), Dian P Ramlee (Datuk Seri Wan Azizah), Lisdawati (Nurul Izzah).
Penyanyi hebat, Ning Baizura pula diberi kepercayaan untuk memainkan watak sebagai Datin Paduka Marina Mahathir, Afieq Hussain (Datuk Seri Mukhriz Mahathir), Harminder Singh (Gobind Singh Deo) dan ramai lagi.
Mahathir: The Journey akan diarahkan oleh pengasas filem yang dikenali, Profesor Mohamad Hatta Azad Khan dan Chan Wai Cheong, dengan penerbit filem, pelakon dan penyanyi veteran Dr. Lawrence Poh sebagai penerbit eksekutifnya.
Sementata itu, Yusof Kelana pula dipilih sebagai pengarah kreatif dan filem ini dibentangkan oleh Reliance Media Group berdasarkan tetapan faktual, merangkumi perjalanan 16 tahun Tun M, dari masa persaraannya selepas berkhidmat selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri.
Seterusnya, negarawan itu kembali memimpin negara kita sebagai Perdana Menteri sekali lagi, dari tahun 2018, pada usia 93 tahun.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Datang Untuk Nyanyi Sahaja, Tak Sangka Bawa Pulang Kenangan Indah,” – Ernie Zakri

Penyanyi Ernie Zakri memanjatkan rasa syukur apabila lagu nyanyiannya, Masing Masing berjaya memenangi anugerah bagi kategori Soundtrack Sinetron Paling Ngetop di SCTV Awards 2024, pada Rabu.
Menurut Ernie, dia tidak menyangka bakal menerima pengiktirafan tersebut kerana kehadirannya ke acara berkenaan hanyalah sekadar untuk membuat persembahan.
“MashaAllah, tabarakallah. Alhamdulillah.
Masing Masing mendapat anugerah Soundtrack Sinetron Paling Ngetop untuk series Luka Cinta di sinetron SCTV
“Datang sini untuk nyanyi sahaja, tak sangka dapat bawa pulang kenangan terindah ini,” tulisnya.
Perkara itu dikongsikan isteri kepada penyangi, Syamel itu menerusi sebuah hantaran di Instagram pada pagi Khamis.
Dalam pada itu, Ernie turut merakamkan ucapan penghargaan buat pencipta lagu, Ade Govinda dan semua pihak yang telah memberikan sokongan sehingga lagu Masing Masing ini menjadi karya yang sukses.
“Terima kasih Mas Ade Govinda untuk karya ini. Terima kasih Universal Music Malaysia, Universal Music Indonesia dan My Music Records untuk sokongan yang tidak berbelah bahagi.
“Terima kasih untuk pasukan saya yang sanggup datang daripada Malaysia untuk menyiapkan saya.
“Terima kasih kepada Ernienators Offcial untuk segala rasa cinta dan sokongan yang saya terima sepanjang tahun ini.
“Terima kasih pencinta lagu Masing Masing, kerana anda semua lagi ini sampai ke sini. Sayang semua,” kongsinya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut meluahkan rasa bangga selain turut menitipkan ucapan tahniah buat Ernie.
“Tahniah Kak Ninie. Terus terbang tinggi,” komen pelakon dan pengacara, Janna Nick.
“Bangga dengan awak. Tahniah Ernie,” komen pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad.
“Tahniah babygirl,” balas pelakon dan pengacara, Sherry Alhadad.
“Tahniah untuk kita semua. Tak sabar nak melancarkan lagu lagi di tahun 2025 bersama Ernie,” kata komposer dan penulis lagu. Ade Govinda.
Terdahulu, SCTV Awards 2024 yang juga acara anugerah tahunan itu bersiaran secara langsung dari Studio 6 Emtek City, Jakarta pada Rabu.
Masing Masing ialah lagu runut bunyi bagi drama di Indonesia yang berjudul Luka Cinta.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI