Diam tak diam, pelakon Saharul Ridzwan dan isterinya, Qaabila Deena Emir Mohammed Akif Emir yang sudah pun sambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ketiga. 

Dalam pada itu, pelakon 30 Pesanan Suara ini turut bersyukur kerana hidupnya semakin bahagia dengan kehadiran seorang cahaya mata.

“Ya Tuhan kami, anugrahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa. [Qs. Al Furqan 25:74]

“Hari ni, genap 3 tahun saya jadi suami awak. Dari seorang, jadi dua dan sekarang dah bertiga. Semoga tahun depan pada tarikh ni kita dah BEREMPAT.

“Amin Ya Rabbal A’lamin. Semoga Allah terus lindungi kita dari segala keburukan dunia dan akhirat,” tulisnya.

IKLAN

Pemenang tempat ketiga Hero Remaja 2011/12 ini mahu menjadi seorang ketua keluarga yang berjaya memimpin isteri dan anaknya.

“Semoga sy terus menjadi nakhoda kapal utk kita ke syurga. Fuh. Ayat sweet semut2 yang lain sy ckp depan2 jelah.

“Doa kalian utk kesejahteraan dan kebahagiaan rumah tangga kami lebih bermakna dari semut2 tu. Semoga Allah makbulkan segala yang baik, dan jauhkan segala yang tidak baik. Amin,” akhirinya.

IKLAN
View this post on Instagram

HAPPY 3RD ANNIVERSARY SAYANG❤️ . رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا Rabbana hab lana min azwajina wa dzurriyyatina qurrata a’yunin waj-’alna lil-muttaqîna imama. Ya Tuhan kami, anugrahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa. [Qs. Al Furqan 25:74] . Hari ni, genap 3 tahun saya jadi suami awak. Dari seorang, jadi dua dan sekarang dah bertiga. Semoga tahun depan pada tarikh ni kita dah BEREMPAT. 😍. Amin Ya Rabbal A'lamin. Semoga Allah terus lindungi kita dari segala keburukan dunia dan akhirat . Semoga sy terus menjadi nakhoda kapal utk kita ke syurga. Fuh. Ayat sweet semut2 yang lain sy ckp depan2 jelah. 😆 . Doa kalian utk kesejahteraan dan kebahagiaan rumah tangga kami lebih bermakna dari semut2 tu. Semoga Allah makbulkan segala yang baik, dan jauhkan segala yang tidak baik. Amin ❤️ .

A post shared by Saharul Ridzwan ™ (@saharulridzwan) on

Terdahulu, pasangan ini berkahwin pada 16 September 2016 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Luth Ali,2 tahun.

IKLAN

Terbaru, isteri kepada pelakon berkenaan kini sedang hamil anak kedua.

Saharul, ada berkongsi sepotong video mengumumkan berita gembira tersebut menerusi akaun Instagram (IG) miliknya.

Foto : Instagram Saharul Ridzwan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI