
Kerap kali menerima kritikan berhubung soal pemakaian, pelakon Sharifah Sakinah menerusi entri terbaru di Instagram ada menmetik kata-kata mufti terkenal, Mufti Ismail Menk.
Petika kata-kata itu antara lain menekankan soal pemakaian dan sikap menghukum netizen.
Menurut Mufti berkenaan, jangan sesekali menilai wanita menerusi cara pemakaian.
Kemungkinan besar dia mempunyai hati yang lebih mulia daripada mereka yang berkata-kata.
“☪ @muftimenkofficial,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Sharifah Sakinah Al-Khaired (@sharifah_sakinah) on
Perkongsian ini turut mendapat reaksi bintang jelita Dendam Pontianak, Fazura yang turut bersetuju dengan petikan kata-kata tersebut.
“THIS. 🙏🏻 💯,” balas Fazura.
Dalam pada itu, peminat turut memberi reaksi terhadap perkongsian ibu kepada seorang cahaya mata itu.
Apa pun, menjadi seorang selebriti bukan satu perkara yang mudah dan harus sentiasa bersedia untuk menerima kritikan ramai.
Foto: Instagram Sharifah Sakinah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dia Mana Mampu Jaga You, Cari La Orang Sama Level,” – Kongsi Kisah Tanggapan Orang, Suami Kaka Azraff Dedah Cerita Saat Baru Berkahwin

Suami kepada penyanyi, Kaka Azraff iaitu Adam Azriff mengakui dirinya pernah berasa tersinggung selepas kredibilitinya sebagai seorang ketua keluarga sering kali dipersoal terutamanya ketika sebelum dan baru berkahwin.
Jelas Adam, ramai yang beranggapan dirinya tidak layak untuk menjadi pasangan hidup buat Kaka dan hanya akan menyebabkan karier penyanyi tersebut merudum dikemudian hari.
“Fun fact ; sebelum kita berkhawin dan lepas baru baru khawin, ada segelintir orang dan beberapa pihak dalam industry yang pernah mengatakan banyak benda yang sangat menyakitkan hati dan mengecewakan.
“Di katakan kepada isteri ku dan sampai pada aku ; bunyi seperti ini ; ‘Kenapa khawin dengan dia? He is a nobody. Dia mana mampu jaga you.’ ‘Elok elok nama tengah naik dalam industry, kau nak khawin dengan dia. Cari la orang sama level. Confirm drop ni.’ ‘Are you sure he is good for you? Please think about your career.’,” tulisnya.
Luahan tersebut disuarakan oleh bapa kepada seorang anak itu menerusi sebuah hantaran yang dikongsikan di laman Instagram.
Katanya lagi, apabila dia mengetahui mengenai perkara tersebut, hatinya berasa remuk lebih-lebih lagi ketika memikirkan tentang perasaan isterinya yang harus berdepan dengan situasi berkenaan.
“Immidiately, my wife saw it on my face when i found out what was said, it broke me to pieces. Some of those words came from very close people. Told her im sorry, im sorry that she had to listen to all that. And i told her im sorry that i put her in that position. I broke down to tears.
“She hugged me and whispered “ill always choose you, no matter what.” From that day i knew, she is my ride or die partner for life. Tentang apa yang dikatakan, aku telan, aku pendam, tapi tak dendam. Aku redha, mungkin betul apa yang diaorang cakap pada masa itu, i am a nobody, aku memang mampu tak mampu pada masa itu,” katanya lagi.
Pada masa sama, Adam turut mendedahkan dirinya langsung tidak menyimpan dendam sebaliknya dia berjanji akan terus melakukan yang terbaik demi mengangkat martabat keluarganya
“Aku cakap kat diri sendiri, aku akan cuba yang terbaik untuk menaikkan martabat keluarga kita and to be there for her through everything good and bad inshallah. And alhamdulillah today we’re only stronger together, we fall harder and harder for each other day by day.
“We have a beautiful baby boy, and also a pretty golden trophy sitting on our shelf that i have to help dust off time to time.
“I will still keep silent and keep moving forward. Moral of the story, jodoh dan rezeki di tangan allah. Proud of you sayang ku @kakaazraff ❤️ #AJL35 #ajlgila #gilagang,” tulisnya.
Terdahulu, Adam dan Kaka telah pun mendirikan rumah tangga pada tanggal 14 Disember 2018.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini telah pun dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Aslam Adam yang lahir pada 11 Oktober 2019.
Sumber: Instagram Adam Azriff
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tersentuh Tengok…,”- Makan Dalam Talam Sama Anak Yatim, Datin Rebecca Bagaikan ‘Ibu’. Siap Suapkan Nasi

Perkara paling gembira apabila tibanya bulan Ramadan adalah dapat berbuka puasa bersama keluarga dan sanak-saudara dengan pelbagai juadah yang disediakan.
Tidak kurangnya apabila dapat berbuka puasa bersama anak-anak yatim dan pelajar tahfiz dalam sesuatu majlis.
Begitulah yang dirasai pelakon dan usahawan Datin Rebecca Nur Al-Islam apabila dia berkesempatan berbuka puasa bersama kanak-kanan tersebut di ibu kota malam tadi.
View this post on InstagramA post shared by ❤️AllahSwt❤️RasulullahSaw (@rebeccanuralislamahmad) on
Video tersebut melihatkan kemesraan antara Rebecca bersama anak-anak yatim sedang menikmati makanan Nasi Ambang secara beramai-ramai dalam talam.
View this post on InstagramA post shared by ❤️AllahSwt❤️RasulullahSaw (@rebeccanuralislamahmad) on
Tampil berjubah hitam dan bertudung merah hati, Rebecca turut menyuap salah seorang kanak-kanak perempuan itu.
Lalu, netizen tesentuh melihat kemesraan dan kasih sayang yang ditunjukkan Rabecca tehadap anak-anak yatim itu.
Video : IG Rebecca
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kenal Sejak Usia 15 Tahun, Terpancar Kegembiraan Izara Aishah Bila Neelofa Naik Pelamin – “Haris Tolong Jaga Kak Lofa Elok-Elok.”

Pelakon Izara Aishah tumpang gembira atas perkahwinan rakan selebriti, Neelofa bersama pasangannya, Haris Ismail, pagi Sabtu.
Sambil menzahirkan rasa syukur, ibu kepada seorang cahaya mata itu turut mendoakan kebahagiaan pasangan itu berkekalan sampai bila-bila.
“Alhamdulillah, tahniah Kak Lofa (Neelofa). Haris tolong jaga Kak Lofa elok-elok. Semoga perkahwinan kalian kekal hingga ke jannah, insya-Allah,” katanya.
Izara, 28, pada masa sama mengimbas kenangan bersama bekas hos MeleTop itu sewaktu terlibat dalam Dewi Remaja lebih 10 tahun lalu.
“Ketika sama-sama menyertai Pencarian Dewi Remaja, kami sering bersama. Malah saya kenalinya sejak usia 15 tahun. Saya anggap Neelofa sebagai kakak.
“Dia pernah ambil saya daripada sekolah. Ya, hubungan serapat itu antara dia dengan saya. Jadi, pada hari bahagianya, saya rasa sebak.
“Bila dia menuju ke pelamin, meremang bulu roma. Momen ini yang ditunggu sejak sekian lama. Alhamdulilah, amen,” katanya lagi.
Neelofa atau nama lengkapnya, Noor Neelofa Mohd Noor,32, sah bergelar isteri kepada Haris Ismail,26, dengan sekali lafaz kira-kira pukul 11.40 pagi.
Menerusi Pencarian Dewi Remaja edisi 2009/10, Neelofa telah dinobatkan sebagai juara sementara Izara pula menduduki tempat kedua. Tempat ketiga dimenangi oleh Shangkaree Nadarajan.
Selain mereka, edisi tersebut turut melahirkan beberapa pelakon popular tanah air seperti Anzalna Nasir, Syatilla Melvin, Ramona Zam Zam dan Azar Azmi.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI