Pada 11 September lalu, penyanyi Sufian Suhami membuat pengumuman dirinya telah mengambil seorang anak angkat, Faeq Razeeq.

Bagaimanapun, Sufian yang selesa dengan gelaran Ayah Yan mempunyai jadual yang padat sehingga terpaksa meninggalkan Faeq buat sementara waktu.

Oleh sebab terlalu rindu akan Faeq, penyanyi berusia 27 tahun itu merakam video bersama buat pertama kalinya bagi mencipta memori indah.

“First video of Ayah Yan & @babyfaeq is out! Im so excited to share our moments together.

“Lately ive been super busy with work. Kena kerja di luar negeri/negara sampai berhari-hari. Nak lepas rindu dekat Faeq pun dekat phone je.

IKLAN

“Bila tengok gambar, tengok video, barulah semangat sikit nak buat kerja. So tak nak membebel panjang-panjang dah.

“Korang tengok sekarang apa yang kitorang buat bila Faeq dekat rumah ayah Yan. Link ada di bio @babyfaeq,” tulisnya.

IKLAN

Menerusi Youtube Channel Baby Pian, video berdurasi 2 minit itu memaparkan aktiviti mereka bersama bagi mengukir kenangan indah di hari muka.

Video yang dimuat naik lewat petang semalam kini telah mendapat hampir 20,000 tontonan dan dihujani komen yang pelbagai.

IKLAN

Selain itu, Faeq kini memiliki 100,000 pengikut di Instagram.

View this post on Instagram

SUFIAN AMBIL ANAK ANGKAT Bismillahirrahmanirrahim. Saya rasa tajuk diatas dah cukup untuk menyampaikan cerita apa yang ingin dikongsi. Pertama sekali, saya bersyukur dengan nikmat hidup ini. Allah cukup pemurah dalam melimpahkan rezeki kepada saya, begitu juga kepada yang lain. Usia 27 tahun bagi saya bukanlah terlalu muda untuk memikul tanggungjawab. Selain ibu ayah, keluarga, saya memerlukan tujuan untuk bekerja lebih kuat. Banyak masa saya gunakan untuk mencari perasaan apa yang kurang selama ini. Of course, I’ve been spending a lot of time talking to Allah. Semua saya ceritakan. Ada juga rakan-rakan yang menjadi pendengar setia saya. Tapi bila jumpa kawan yang dah ada anak ni, rasa tu lain, rasa penuh. Theres something special about babies. When they’re around, i feel complete. Mungkin belum masanya untuk tamatkan zaman bujang, tapi i can feel this is the perfect time to have one anak angkat, itu juga satu rezeki. Welcome to my life, Faeq. Ayah Yan sayang @babyfaeq tau.

A post shared by Sufian Suhaimi 🇲🇾 (@sufiansuhaimi_) on

3 Hari ‘Tinggal’ Anak Angkat, Sufian Suhami Rakam Video. Siap Main Gitar, Dodoi Anak & Ajar Berjalan! 3 Hari ‘Tinggal’ Anak Angkat, Sufian Suhami Rakam Video. Siap Main Gitar, Dodoi Anak & Ajar Berjalan! 3 Hari ‘Tinggal’ Anak Angkat, Sufian Suhami Rakam Video. Siap Main Gitar, Dodoi Anak & Ajar Berjalan!

Video / Foto : Youtube Channel Baby Pian/ Instagram Faeq

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI