Pelakon Syatilla Melvin, ada berkongsi foto bersama rakan lama, Neelofa menerusi laman Instagram miliknya.
Umum sedia maklum, mereka berdua pernah bersaing dalam Pencarian Dewi Remaja kira-kira 9 tahun lalu dan masing-masing kini sudah pun berjaya dalam kerjaya seni.
“Sama-sama atas platfrom Dewi Remaja, banyak yang dah berubah dan merubah.
“Thank you support aku beb,” tulis ibu kepada dua beranak ini.
Lalu menerusi ruangan komen, rata-rata peminat turut sama throwback mengenai pertandingan edisi tersebut yang turut menampilkan beberapa finalis yang kini turut mencipta nama dalam seni.
Antaranya Izara Aishah, Anzalna dan Azar Azmi.
Neelofa diumumkan sebagai juara menerusi pertandingan tersebut.
Foto: Instagram Syatilla Melvin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Usahawan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri tidak mahu memberi komen lanjut mengenai isunya bersama penyanyi Baby Shima yang sebelum ini ada memberi reaksi terhadap single barunya berjudul Cowok Baru.
Lebih seminggu dilancarkan, single yang turut menampilkan Lucinta Luna dan Upiak mendapat reaksi pelbagai pihak.
Ditanya sama ada isu tersebut adalah sebagai satu gimik bagi mempromosikan lagu berkenaan, hero filem Badang ini mempunyai jawapan sendiri.
“Lagu saya dah habis trending pun,” jelas Aliff yang turut mengharapkan fenomena sama di Indonesia terhadap Cowok Baru.
Beberapa hari lalu, Baby Shima menerusi Harian Metro menjelaskan, dia memberikan pendapat selepas ditanya Aliff, meminta komen ramai menerusi media sosial.
Lalu, dia memberikan pandangan secara peribadi tetapi, Aliff didakwa melenting dan turut menyindirnya pula menerusi Insta Stories.
Setakat ini, muzik video Cowok Baru sudah pun ditonton lebih 1.2 juta tontonan di YouTube selepas kira-kira seminggu ia dimuat naik.
Aliff terdahulu ditemui media pada majlis Penjenamaan Semula D’ Herbs Terlajak Laris di Flora Terrace, Kuala Lumpur pada Selasa.
Majlis turut memperkenalkan salah seorang wajah wakilannya, Datin Diana Danielle.
Mengulas mengenai pemilihan aktres tersebut, Aliff bersama isteri, Datin Seri Nur Shahida sepakat berpendapat personaliti dan persona yang dimiliki bintang beranak dua itu yang kekal bersinar selain memiliki pengikutnya yang tersendiri.
“Datin Diana dipilih sebagai wajah untuk Jus Perawan keluaran kami kerana dia merupakan antara figura yang mewakili isteri dan ibu aktif dan bekerjaya.
“Malah pada masa sama, Diana juga turut mementingkan soal penjagaan luaran dan dalaman,” akhirinya yang turut memaklumkan, D’ Herbs bakal mengumumkan empat lagi selebriti yang akan berkerjasama dengan pihaknya selepas ini.
Umum sebelum ini pasti sedia tahu mengenai kisah pasangan usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri dan isterinya, Datin Seri Nur Shahida yang ada mengambil seorang insan kelainan upaya (pekak dan bisu) sebagai salah seorang staffnya, Syukri.
Bagaimanapun sejak akhir-akhir ini, kelibat pemuda berusia awal 20-an itu sudah jarang kelihatan menerusi mana-mana perkongsian milik pasangan ini di media sosial, hingga ada yang bertanya mengenai hal tersebut.
Lalu, awal semalam bagi menghentikan sebarang spekulasi andai akhirnya boleh memberi fitnah kepada mana-mana pihak, Shahida ada memberikan serba sedikit penjelasan mengenai hal tersebut menerusi Insta Stories.
Memetik apa yang ditulis ibu kepada empat cahaya mata ini, dia sebenarnya sudah malas untuk membuka cerita akan tetapi memikirkan ada yang cuba menabur fitnah, dia akhirnya terpaksa memperjelas bagi mengelakkan berlakunya salah faham.
Media Hiburan sebelum ini ada memuat naik video mengenai kisah awal Syukri yang mahu bekerja bersama pasangan usahawan ini menerusi YouTube.
Foto: Instagram DS Shahida
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tahniah diucapkan kepada penyanyi Hafiz Suip, yang telah selamat melangsungkan perkahwinan kali keduanya bersama wanita pilihan hatinya yang dikenali sebagai Fiona.
Menerusi perkongsian sepotong video...