Baru-baru ini, pasangan penyanyi Ernie Zakri dan Syamel telah diundang menjadi tetamu jemputan pada segmen Johara Pagi Era.
Pasangan selebriti yang baru sahaja mengikat tali pertunangan dilihat ada berkongsi kisah detik perkenalan bersama pendengar di stesen radio berkenaan bagi menyahut cabaran ‘Do You Know Your Lover’.
Menjawab persoalan yang diberi pada papan tulis, penyanyi lagu Aku Cinta ini juga antara lain turut mengimbau momen awal hubungan percintaan mereka terjalin bersama.
Ads
“Depan rumah pun kira dating lah juga. Depan rumah ni masa awak minta ‘couple’ dengan saya! Kira dating lah tu.
“Tahun 2018 macam tu dia minta ‘couple’ dengan saya masa tu dia kata suka gila dekat saya,” akui Ernie.
Lalu, pendedahan tersebut membuatkan Syamel tersipu-sipu selepas cuba memberikan penjelasannya.
Penyanyi Sarah Raissuddin berpendapat bahawa terdapat banyak cara lain yang boleh digunakan oleh peniaga di dalam mempromosikan sesebuah item yang dijual tanpa perlu melakukan gimik atau cara promosi yang merepek.
Jelas penyanyi Manis itu menerusi IG TV pada Jumaat, apa yang diperkatakan itu mungkin akan menyakitkan hati beberapa pihak.
Namun sebagai Muslim, dirinya terpanggil untuk memberikan reaksi berhubung perkara berkenaan.
“Apa yang saya nak cakap ini, mungkin akan menyakitkan hati beberapa pihak. Tetapi saya rasa sebagai seorang wanita dan sebagai Islam, rasanya saya harus bercakap mengenai perkara ini.
“Seperti mana yang kita tahu, kita ada pelbagai jenis perniagaan di negara ini dan saya rasa juga ramai orang di luar sana yang nak berniaga dan terikut-ikut cara ahli perniagaan di luar.
“Contohnya sampai kena menggoncangkan buah dada, pakai pakaian separuh bogel, hingga menjatuhkan air muka kita terutamanya bagi wanita.
“Jadi saya rasa sebagai seorang Islam ada banyak lagi cara kita untuk buat duit tanpa mengaibkan diri, tanpa perlu buat benda-benda yang menjatuhkan maruah kita insyaAllah,” katanya jujur.
Menjemput kepada mana-mana pihak untuk turut sama capai sukses berbisnes bersamanya, isteri kepada Shuib itu juga turut ‘menyampah’ atas hal yang disifatkannya makin menjadi-jadi ini.
“Tayang Body Jual Produk?? Now my turn nak tunjuk. Ye semua org buat silap, dalam dunia ni tak de org yg tak buat silap sarah sendiri tak sesempurna mana, sebab diri sendiri pun pernah sexy, pernah jahil, ye tapi tak sampai sanggup jual ‘Barang’ untuk meniaga, tergoncang melompat ada yg beromen atas katil amik gambar.
“Dah makin lama makin ramai .. yg pompuan2 ni pun sama naik tak tau dah yg mana lelaki yg mana pompuan ….ye faham .. ye korng kuat, tidak ada satu org pun yg mampu menjatuhkan korang, mungkin ada yg menjaga korang .. sebab tu makin lama makin menjadi.
“Korang ingat korng je dalam Malaysia ni yg buat duit? Sebab Sarah sendiri dah naik menyampah! Meh meh Sarah tunjuk , Sarah ni yg tak pernah nak tunjuk duit , meh sini sarah nak tunjuk!
“Tak payah melompat goncang2 , tak payah terkinja2 ,tak payah tunjuk kulit pun boleh buat duit banyak! Dengan izin Allah ! Allah maha besar Allah yg memberi rezeki.
“Tiada Tuhan selain Allah Muhammad Rasulullah ! Islam agamaku Melayu bangsa ku!,” tulisnya panjang lebar di ruangan kapsyen.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Risteena Munim ada memberi pujian kepada pelakon yang semakin dikenali ramai, Wafariena yang memegang watak Nurul Ain menerusi drama bersiri 7 Hari Mencintaiku 2.
Kongsi Risteena, dia menyifatkan pelakon tersebut sangat berbakat sebagai bintang yang memegang watak antagonis.
Selain itu, kakak kepada pelakon Ruhainies ini pernah memaklumkan berkerjasama dengan Wafariena menerusi sebuah telefilem.
“Selfie satu dengan Nurul Ain yang tengah dikecam ramai ni disebabkan watak dia. Maknanya lakonan menjadi.
“Honestly saya tak sempat untuk tengok drama tu, even drama sendiri pun kadang2 tak sempat tengok But trust me, she’s a nice girl. Dia bukan Nurul Ain yang korang cakapkan tu.
“Kami pernah shooting sama2 dalam telemovie Rinding, tapi tak ada scene sekali. So tak berjumpa pun. Baru2 ni terjumpa untuk photoshoot,” jelasnya.
Dalam pada itu, pelakon berusia 30 tahun ini mendoakan agar Wafariena sukses dalam karier lakonan.
“I just wanna wish all the best in your career @wafarienaroslan Semoga berjaya dunia akhirat. Amin 🙂 See you soon!,” tulisnya lagi.
Drama rantaian yang telah mencipta fenomena ini turut dibintangi pelakon hebat lain seperti Siti Saleha, Shukri Yahaya, Liza Abdullah, Jasmin Hamid, Kazar dan ramai lagi.
Foto: Instagram Risteena
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Program realiti terbaharu, Borneo Rising sudah mula mencipta impaknya tersendiri menerusi saingan minggu pertama, apabila barisan peserta masing-masing tampil dengan persembahan yang meyakinkan.