Penyanyi Ameer Sofazr berkongsi berita gembira apabila memaklumkan isterinya bakal anak sulung mereka, tidak lama lagi.
Menzahirkan rasa syukur, Ameer atau nama sebenarnya, Amir Mahiyiddin, 37, turut menyifatkan khabar tersebut sebagai satu perkhabaran bermakna apatah lagi keduanya menanti kehadiran permata hati kira-kira lima tahun.
“Alhamdulillah syukur. Rezki, nikmat & hikmah yg diberikan olehNYA sgt besar & bermakna.
“Penantian selama 5 tahun akhirnya dikurniakan rezki yg sgt bermakna. Tq pd smua family, sahabat @sofazrband & @ameer_rangers yg mendoakan untuk kami selama ni,” tulisnya.
Ads
Ameer turut mendoakan semuanya dipermudah, selain mengharapkan agar anak yang bakal nanti membesar sebagai anak yang baik.
“Smoga anak yg bakal lahir membesar dgn sht & jd anak yg soleh & solehah. Dan smoga isteriku @aurora_aulia93 dipermudahkan & dipelihara sepanjang 9 bulan 10 hari. In shaa Allah,” titipnya.
Ads
Terdahulu, Ameer mendirikan rumah tangga dengan Saidatul Nazriah Abdul Latif pada January 2015.
Foto: Instagram Ameer Sofazr
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Saya pernah berkahwin, bercerai dan ada anak.” Itu pengakuan pelakon Oktovia Manrose mengenai status dirinya yang jarang dikongsi kepada umum.
Jelasnya lagi, dia sudah pun bergelar ibu tunggal kira-kira lapan tahun lalu dan membesarkan anak lelaki tunggal, Muhammad Rayyan Zafariel,8.
“Disebabkan perkahwinan terdahulu menyebabkan saya lebih selesa untuk berada dalam zon selesa di situ sahaja. Ia secara tak langsung membuatkan saya tidak terlalu ‘exposed’ sangat mengenai hal peribadi.
“Begitu juga dengan di media sosial, saya jarang berkongsikan hal peribadi. Selebihnya saya banyak berkongsi mengenai kerjaya,” katanya kepada MH.
Kakak kepada pelakon, Aprena Manrose turut mendedahkan dia mendirikan rumah tangga pada usia muda dan menyifatkan apa yang berlaku dalam fasa hidupnya sebagai lumrah kehidupan.
“Bagi saya apa yang berlaku adalah lumrah kehidupan. Kekuatan yang saya ada ini pun daripada bapa.
“Meski kami jarang bertemu, akan tetapi dia tidak pernah menilai dan percaya saya akan jadi individu yang lebih baik.
“Saya berkahwin pada usia 20 tahun, tahun 2011 dan bercerai dua tahun kemudian,” akuinya.
Ditanya mengenai apakah cabaran tersebar di dalam menjaga anak secara sendiri sejak lapan tahun lalu, Oktovia mengakui permata hati ialah amanah Allah SWT yang perlu dijaga dengan baik.
Malah, Rayyan juga merupakan semangat dan kekuatan hidupnya.
“Untuk membesarkan anak pada usia yang muda bukanlah satu hal yang senang. Apa yang pasti, anak menjadi semangat.
“Kerana dialah saya kumpul kekuatan dan lupakan kisah yang berlaku sebelum ini.
“Anak ini amanah dan saya perlu lakukan yang terbaik untuk dia. Saya dan bekas suami berhubung melalui ibunya demi anak,” katanya yang turut mengakui, dirinya tidak pernah serik untuk sekali lagi mendirikan rumah tangga andai bertemu jodoh sesuai.
Oktovia terdahulu ditemui pada majlis Sidang Media & Menandatangani kontrak Perjanjian Absolut Talents & Management di Bangsar, Kuala Lumpur pada Ahad.
Selain Oktovia, sembilan selebriti lain turut bernaung di bawah pengurusan sama selama setahun iaitu Nadiyah Shahab, Ikmal Amry, Scha Elinnea, Harris Anuar, Nabil Aqil dan Yasmine Ow.
Sementara bintang media sosial, Nurin Afiqah, Aisar Khaleed dan Najla Shamsul juga berada di bawah pengurusan yang dikenali pelakon dan usahawan Ben Ali bersama seorang rakan kongsi itu.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sepotong video pendek yang dimuat naik penyanyi dan komposer muda, Chubb-E di Instagram yang merakamkan bahagian mulut berdarah menimbulkan persoalan.
Bagaimanapun, Chubb-E, 20, atau nama sebenarnya Muhammad Sharul Ashlyn AG Ashrul Affandy menerusi status di Instagram Stories berkata, dia okay.
“Jangan risau, saya selamat. Jangan risau. Saya hargai perhatian anda semua. Bertenang dan terima kasih,” katanya.
Sementara itu, wakil Future Music Entertainment yang juga pengurus Chubb-E, Atmin Mazid ketika dihubungi mohon diberi ruang kepada penyanyi lagu Padan Muka itu.
“Maaf, mohon beri ruang buat Chubb-E. Dari semalam mesej dan panggilan masuk tanpa henti.
“Saya rasa dia masih terkejut. Biar kami selesaikan dahulu. Tak nak nanti lagi parah,” katanya.
Tanpa sebarang keterangan, perkara itu membuatkan pengikut bekas juara program Ceria Megastar 2018di laman sosial itu tertanya-tanya dan risau dengan keadaan yang menimpa Chubb-E.
Susulan itu, Chubb-E juga dilihat membuang gambar profil di IG yang memberi gambaran seperti ada yang tidak kena pada dirinya.
Sejak dimuat naik, video itu sudah mencecah lebih 30,000 tontonan dan lebih 182 komen.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Program realiti terbaharu, Borneo Rising sudah mula mencipta impaknya tersendiri menerusi saingan minggu pertama, apabila barisan peserta masing-masing tampil dengan persembahan yang meyakinkan.