Kakak kepada pelakon Emma Membong, Beby Maembong selamat menimang cahaya mata ketiganya 25 Ogos lalu.

Bayi perempuan yang diberi nama Puteri itu dilahirkan dengan berat 3 kilogram kira-kira jam 10.55 malam.

Ibu kepada tiga permata hati itu memaklumkan berita gembira berkenaan menerusi Instagram selain turut berkongsi perkembangan terkininya.

“Assalamualaikum semua aunty uncle. Lama kan kita tunggu nak tahu suprise jantina saya. Im a GIRL!! Nama saya puteri @bebyeejunior. Umur saya 5hari.

“Tarih lahir saya 25aug2020. Lahir pukul 10:55malam. Mummy teran 3kali je saya dah melompat keluar. Xsampai seminit push.

IKLAN

“Alhamdulillah sangat mudah mummy lahirkan saya. Berat saya 3KG je tp pipi saya bambam macam mummy.

“Kulit saya masih merah.. Saya ada lesung pipit dan lesung dagu.. Eeh ada ke lesung dagu? Sebab dagu saya pon ada lekuk. Sayang semuaa,” titipnya.

IKLAN

Serentak dengan perkongsian tersebut, rata-rata pengikut usahawan yang juga bintang media sosial ini memberikan dedikasi serta ucapan tahniah.

IKLAN

Terdahulu, namanya pernah mencuri perhatian apabila fotonya berpakaian mirip duyung tular di media sosial.

Foto: Instagram Beby Maembong

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI