Pelakon Ika Nabella, 31, mengakui istilah ‘peti ais’ yang merujuk kepada fizikal suaminya, Muhammad Zaid sebelum ini adalah istilah yang diberikan netizen mengenangkan berat badannya pernah mencecah lebih 100 kilongram suatu ketika dulu.
Jelas Ika atau nama sebenarnya Ika Nabila Abdul Rahim, dia hanya mengimbas kembali memori lama pada zaman bercinta sehinggalah awal perkahwinan selepas melihat akan perubahan positif yang dialami suami.
“Iyalah ketika itu berat badan saya habnya 43 kilogram (kg) sementara dia pula 100kg.
“Apa yang saya maksudkan ialah, saya cuba imbas kembali apa kata orang cakap mengenainya suatu ketika dulu.
Kini, suami saya tidak lagi seperti apa yang digambarkan. Suami okay saja bila orang kata macam-macam,” katanya.
Ditanya punca suaminya mulai mengambil berat soal penampilan dan kesihatan diri, bintang filem Takut Ke Tak? ini mendedahkan perkara itu mulai timbul kerana keinginan mendapatkan zuriat.
“Kesedaran mulai timbul apabila saya alami keguguran selepas lima bulan berkahwin.
“Bila usaha untuk hamil lagi, dia cukup sukar dan fasa itu agak beri tekanan kerana lebih tiga tahun selepas itu barulah saya kembali mengandung.
Ads
“Malah dalam tempoh tersebut, kami reda dan pasrah terhadap ketentuan Illahi.
“Tapi kami tetap teruskan usaha dan salah satu alternatifnya ialah dengan mengamalkan hidup sihat.
“Saya cuba berikan sokongan buatnya untuk turunkan berat badan. Misalnya dia akan berlari sekitar 10 hingga 13 kilometer setiap hari dan kini dia juga aktif berbasikal.
“Alhamdulillah rutin ini kekal sampai sekarang. Bukan kurus sebab potong usus,” akuinya.
Ads
Mengimbas kembali penampilan fizikal suaminya itu, ibu kepada seorang cahaya mata itu berbangga dengan perubahan suaminya ketika ini.
“Sebelum ini, suami ada menyertai ekspidisi mendaki Gunung Kinabalu dan dia menduduki tempat kedua dalam kalangan mereka yang memiliki berat badan 70kg dan ke atas.
“Kebetulan ketika itu ialah ulang tahun perkahwinan kami, jadi bila saya terkenang suami sudah berjaya takluki puncak Kinabalu, saya selaklah balik foto lama kami.
“Lalu tiba-tiba terfikir, besar ruapanya suami aku ni… gemuk.
Ads
“Pada masa sama, saya terimbas kembali apa yang netizen katakan pada kami sebelum ini yang kononnya saya isteri kedua dan sanggup kahwini lelaki gempal semata-mata kerana duit.
“Jadi bila teringkatkan balik foto lama, saya terfikir… Memanglah suami aku gemuk. Jujurnya pada waktu itu, saya tidak nampak suami saya seorang yang bertubuh besar.
“Sekarang bila beratnya turun daripada 100 kg kepada 70 kg, saya baru tahu yang dia sebenarnya sudah kurus.
“Berbeza sungguh penampilannya ketika kami bercinta sehinggalah sekarang.
“Bila teringa balik apa yang netizen kata mengenai fizikal dia, ada betulnya juga.
“Senang cakap, kerana cinta buatkan saya tidak nampak dia seorang yang berisi ketika itu. Cinta itu buta,” seloroh Ika.
Dalam perkembangan lain, Ika kini sedang giat mempromosikan produk keluarannya, Innate Lactea khusus bagi ibu yang menyusu badan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Fieya Julia mendedahkan antara gangguan misteri yang dialami sepanjang berada dalam saingan Big Stage 2019.
Menurut Fieya, perkara tersebut dialaminya beberapa kali hingga menyebabkan persembahannya terjejas.
“Ketika minggu pertama saingan, saya berada di belakang pentas dan ketika itu saya berseorangan. Saya ada nampak seperti ada entiti yang dalam keadaan mencangkung pandang saya.
“Tak berapa jelas sebabnya saya seorang yang rabun, kadang benda biasa pun saya rasa ia ‘benda tu’. Mungkin overthinking juga…Terus gementar jadi hilang fokus,” katanya jujur.
Malah, situasi menyeramkan turut dirasainya saat mahu pulang ke rumah sejurus selesai saingan separuh akhir Big Stage.
“Jujurnya, pada saingan separuh akhir pun, saya ada ternampak seperti seekor anjing Bulldog yang berada di tepi jalan. Saya ada bercerita hal sama kepada pengurus juga, tetapi dia tidak percaya.
“Ia berada di tepi jalan sewaktu pulang. Ia seakan-akan Bulldog yang tidak berbulu…berwarna coklat dan duduk mencangkung. Saya tengoknya sekilas panjang,” akui Fieya.
Ditanya mengenai apakah reaksinya apabila pendedahan terdahulu yang kononnya dia ada menerima gangguan sepanjang bersaing di program berkenaan, Fieya ada jawapan sendiri.
“Jujurnya sebelum ini saya juga tidak percaya akan perkara-perkara sedemikian. Apa pun, saya rasa mahu ikhtiar untuk pergi berubat, cuma belum berkesempatan.
“Ramai juga yang meminta saya untuk berbuat demikian. Ini cerita betul, saya bukan reka,” tegasnya yang turut mengakui seorang yang lemah semangat.
Pada masa sama, penyanyi yang kini muncul menerusi single terbaru, Jangan Gila turut mendedahkan peti suaranya seakan-akan dikunci ketika mahu membuat persembahan.
“Saya sendiri tak tahu apa puncanya. Boleh dikatakan setiap minggu saya tidak berapa sihat.
“Misalnya ketika saya mahu membuat persembahan, peti suara saya seperti ‘dikunci’. Memang tak boleh, kalau nak nyanyi rasa macam sakit,” kata Fieya yang sebolehnya tidak mahu percaya dengan hal-hal yang di luar akal.
Pelakon remaja, Idan Aedan atau nama sebenarnya Muhammad Shahidan Abdullah, 18, melakar sejarah tersendiri di dalam profil seninya apabila menjadi pelakon pertama tempatan yang membintangi siri Netflix antarabangsa.
Menerusi siri 13 episod berjudul Mr. Midnight : Beware The Monsters yang telah menjalani penggambaran di Batam, Indonesia dan Singapura pada pertengahan 2021 itu, dia diberi kepercayaan membawa watak utama sebagai Tyar.
“Saya bersyukur diberikan peluang sebesar ini. Dalam masa yang sama, saya boleh cakap tak pernah terbayang untuk sampai ke tahap itu. Umur saya baru 17 tahun ketika itu. Rezeki saya, Alhamdulillah.
“Saya sedar, bukan mudah untuk pelakon tempatan diberikan peluang sebegitu. Rasa macam mimpi pun ada. Tidak dinafikan, bekerja dengan produksi antarabangsa adalah antara impian saya. Dapat pula berlakon dalam drama bergenre kesukaan saya iaitu seram.
“Tipulah kalau saya cakap tak pernah impi mahu berlakon dengan produksi antarabangsa. Cuma, saya tak sangka rezeki saya datang terlalu cepat,” katanya.
Dia pada masa sama juga teruja apabila dapat bekerja dengan tiga pengarah hebat dari luar negara iaitu Tony Tilse, Sean Oliver dan Yee-Wei Chai.
Dalam siri tersebut, Idan bergandingan dengan pelakon remaja popular dari Indonesia iaitu Adinia Wirasti dan Maxime Bouttier.
Bukan itu sahaja, Idan akui rasa bertuah dapat bekerjasama dengan pelakon Caleb Monk, Chen Yixin, Nikki Dekker dari Australia.
“Saya boleh kata satu kenangan manis dan tak dapat saya lupakan. Dalam usia yang muda dapat bekerja dengan mereka yang sudah dikenali di peringkat antarabangsa. Ini satu pencapaian yang tak pernah saya terfikir.
“Selain pengarah dan gandingan pelakon yang mengujakan, cara bekerja mereka juga amat berbeza. Bukan sahaja saya belajar tentang lakonan, saya turut diberikan pendedahan tentang ‘camera work’ dan teknikal lain yang membuatkan saya boleh memahami keseluruhan perjalanan cerita itu,” katanya lagi.
Bercerita lanjut tentang keistimewaan watak Tyar dalam siri adaptasi novel popular di Singapura itu, Idan berkata, Tyar mampu melihat dan berkomunikasi dengan makhluk halus disebabkanketurunan sebelah ibunya adalah dukun.
“Tyar yang berumur 17 tahun tidak tahu bagaimana hendak mengawal situasi tersebut. Bermacam-macam konflik timbul.
“Kalau nak tahu lanjut bagaimana dia berhadapan dengan dunia ghaib tersebut, kenalah tonton nanti,” katanya yang sebelum ini pernah muncul menerusi filem Anak Rimau The Movie.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Nabil Mahir kini lebih terbuka dan tidak menolak andai mendapat tawaran lakonan bersesuaian selepas ini apabila mengakui dirinya kini sudah pun bersedia untuk bergelar pelakon secara serius.
Terdahulu, bintang yang sebelum ini sinonim sebagai pengacara selain terlibat dalam dunia perniagaan keluarga menambah, keinginannya untuk terjun dalam lakonan kian positif selepas mendapat keizinan bapa.
“Jujurnya, saya baru sahaja dapat lampu hijau dari keluarga untuk berlakon. Sebelum ini keluarga terutamanya bapa tidak berapa galakkan untuk saya berlakon. Saya pun tidak tahu mengapa bila mana bapa sudah berikan keizinannya.
“Baru-baru ini, dia ada bagi kebenaran. Katanya kalau saya nak cuba untuk berlakon, sekarang di beri kebenaran. Saya rasa berterima kasih dan terharulah atas keizinannya itu.
“Saya pernah berlakon cuma tidaklah terlalu serius dalam lakonan. InsyaAllah saya sudah bersedia mental dan fizikal andai ada tawaran selepas ini,” katanya kepada MH.
A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on
Terdahulu, bintang yang yang pernah bergelar hos program hLive! ini ditemui pada majlis sidang media jalinan kerjasama di antara Digital Content Connection (DCC) dan ACE Pictures di Zebra Showcase, Palace of the Golden Horses, baru-baru ini.
Menerusi kerjasama berkenaan, dua syarikat tersebut bakal membuka ruang, seterusnya menyediakan sokongan terhadap bakat-bakat tempatan, terutamanya dalam industri perfileman, khasnya yang melibatkan dunia digital.
Foto: Instagram Nabil Mahir
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Doktor bedah telah mengeluarkan serpihan hujung pisau berukusan 2.5 inci yang tertanam berhampiran kawasan tengah tulang belakang Saif Ali Khan selepas diserang oleh seorang...