Alo lo lo… comel sungguh anak penyanyi yang popular menerusi lagu Awan Nano, Hafiz Suip yang akhirnya sudi mendedahkan wajah anak, Muhammad Riyadh Zafri khusus buat tatapan peminat menerusi di laman Instagram (IG). Hafiz, 28, berkongsi wajah anaknya yang kini berusia sebulan 16 hari itu beberapa jam lalu.

“Assalamualaikum, salam subuh dan selamat pagi kepada semua yang saya hormati sekalian.FII AMANILLAH…bersyukur ke hadrat Illahi atas kurnianya cahaya mata saya yang memberi makna dalam kehidupan saya isteri dan sekeluarga.

 

“Alhamdulillah, pada hari ini tamat sudah pantang isteri saya dan saya ingin berkongsi sedikit kegembiraan yang kami rasai untuk semua,” tulisnya sambil disertai tanda palang #HafizEffy #HafizEffyJR #mybabyRZ #46daysoldtoday #throwbackwhenhewas22daysold #forevermine.

Tepati Janji, Hafiz Suip Akhirnya Dedah Wajah Anak Selepas Isteri Tamat Tempoh Pantang

Sebelum ini, penyanyi asal sarawak itu ada memberikan kenyataan belum bersedia untuk mendedahkan wajah anaknya sebagai menghormati budaya keluarga.

IKLAN

“Ramai yang bertanya kenapa tak nak tunjuk muka anak dulu tetapi saya menghormati pantang yang di ajar dari turun temurun,” tulis Hafiz beserta #selagiorgtuamasihadahormatilahmereka dan #sabarituiman.

Hafiz dan pasangannya, Nureffy Jasreel Abdullah bernikah pada 14 Mei 2016 lalu di kediaman pengantin perempuan di Taman Matang Jaya, Kuching, Sarawak. Dua bulan sebelum mendirikan rumah tangga, pasangan ini mengikat tali pertunangan terlebih dahulu di salah sebuah hotel terkemuka di Sarawak.

IKLAN

Foto: instagram Hafiz Suip

IKLAN

https://www.youtube.com/watch?v=-WFUUXDwuUY

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI