Seperti sedia maklum, pihak kerajaan telah menetapkan untuk tidak membenarkan sebarang pengambaran drama atau filem dijalankan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan buat masa sekarang.

Lalu, pelbagai dilakukan penggiat seni bagi menambahkan pendapatan, misalnya pelakon Atiq Azman yang memaklumkan telah kembali memulakan perniagaan dengan membuka gerai makanan segera yang terletak di Cheras, Kuala Lumpur.

Bintang drama Nur berusia 20 tahun ini memberitahu, dia tidak rasa malu untuk berniaga meski bergelar seorang pelakon.

Jelasnya, adalah penting untuk mencari sumber rezeki yang halal, tidak kira dalam apa jua cara yang dilakukan.

“Alhamdulillah Sotong Gergasi is back , siapa nak try sotong gergasi Atiq boleh datang di Taman Kota Cheras Blok B okay ada hotdog, ayam lidi, ayam gunting and sotong gergasi.

“Tengah pkp ni tak le nak shooting, takpela kita meniaga mcm dulu balik pun tkpe ,tak salah buat kerja mcm ni dan buat apa nak malu kerja mcm ni walaupun Atiq dah belakon sana sini,tak salah pun.

“Biar la kerja kutip sampah tepi2 jalan sapu sampah ke apa biarla, sbb itu akan dtg kan hasil yang halal.

“Tapi malu la kalau kita berdiam diri sedangkan still berdaya lqgi untuk cari duit. Jadi atiq nak bagi support kat korang supaya tak give up and sentiasa mencuba . @kingoffriedtkc #kingoffried,” tulisnya.

Perkongsian tersebut turut mendapat reaksi pelbagai di kalangan para peminatnya.

Foto: Instagram Atiq Azman

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI