Bencana banjir yang kini sedang melanda beberapa lokasi di Pahang mendapat perhatian ramai pihak yang masing-masing menzahirkan doa dan tidak kurang yang tampil menghulurkan bantuan.
Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza turut sama menzahirkan rasa atas bencana sedang melanda kampung halamannya, Kuala Lipis.
Siti sebelum ini menerusi Instagram ada berkongsi luahan selain meminta ramai agar tidak putus doa semoga ujian ini dapat diharungi bersama-sama.
“Membaca berita, melihat paparan gambar dan video banjir di sana sini, jalan rosak, rumah dan bangunan tenggelam, banyak kemusnahan, kenderaan juga terkandas.
“Ada yang berlapar, tidak dapat meneruskan perjalanan serta tidak dapat bergerak ke mana-mana, keadaan banjir dan air naik dengan cepat, begitu membimbangkan.
“Pada saat ini, marilah kita sama-sama berdoa agar ujian ini dapat kita harungi bersama-sama. Doa, tenaga, huluran bantuan dan apa yang kita mampu, termasuk pihak-pihak berkuasa yang saya pasti sedang bertugas, semoga Allah permudahkan dan melindungi kalian.
Ads
“Semoga hujan semakin reda, air juga akan cepat surut dan anda yang dalam perjalanan, dapat sampai ke destinasi dengan selamat.
“Semoga ibu, keluarga, orang kampung saya di Kuala Lipis, Pahang juga dalam keadaan yang baik dan dilindungi Allah untuk kita semua walau di mana saja kita berada,” tulisnya pada ruangan kapsyen beberapa hari lalu.
Terkini, Siti menerusi platform sama ada memuat naik beberapa keping foto berupa bantuan yang dibawa dari Kuala Lumpur ke Pahang khusus untuk diagihkan kepada mangsa banjir yang terkesan.
Tulisnya, barangan keperluan tersebut dihantar memandangkan kekangan bagi mendapatkan bekalan yang cukup berikutan banjir di beberapa daedah sekitar.
Ads
Siti pada masa sama turut menambah, dirinya tidak dapat untuk turut sama menyertai misi bantuan atas keadaannya sekarang yang tidak mengizinkan. Umum sedia tahu, penyanyi Anta Permana itu sedang hamil anak kedua.
“Bekalan barangan keperluan dihantar dari Kuala Lumpur kerana beberapa hari ini sukar mendapatkan bekalan yang cukup dari daerah sekitar di Pahang yang mengalami banjir. Semoga perjalanan team kami ke sana dipermudahkan Allah, fasa pertama dan moga dilapangkan terus rezeki untuk fasa seterusnya.
“Saya tidak dapat turun padang dan melihat sendiri kesukaran di Lipis khususnya, bukan tidak mahu tetapi keadaan saya tak mengizinkan.
Ads
“Meskipun ramai yang bertanya, apakah saya tidak berbuat apa-apa? Allah! Tubuh saya mungkin tidak berada di sana tetapi doa dan juga usaha saya, usaha kalian semuanya sampai ke sana.
“Moga dipermudahkan buat kita semua,” tulisnya. Perkongsian tersebut nyata mendapat perhatian warganet yang memberi reaksi pelbagai.
Sementara itu menerusi satu perkongsian lain yang dibuat pengurusnya, Rozi Abdul Razak, dia telah diberi amanah oleh Siti Nurhaliza untuk turun ke Pahang bagi menyampaikan sumbangan.
“KL-Benta-Lipis hari ini. Semoga segalanya dipermudahkan, selamat tiba di destinasi, menyampaikan amanah @ctdk dan kembali ke KL semula dengan selamat juga,” tulis Rozi beberapa jam lalu.
Foto: Instagram Siti Nurhaliza, Rozi Razak
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
12 Rabuilawal bersamaan 9 November merupakan tarikh keramat buat seluruh umat Islam di dunia sempena hari kelahiran nabi junjungan, Nabi Muhammad SAW.
Mengambil tema sambutan tahun ini ‘Negara Rahmah, Ummah Sejahtera’, selebriti tanah air tidak ketinggalan menitipkan ucapan sempena hari kebesaran umat Islam.
Penyanyi Siti Sarah meluangkan masa lebih dua jam turun melihat sendiri rakan media yang bertugas di pintu Istana Negara berikutan senario politik semasa.
Beliau melahirkan rasa kagum dna hormat dengan tugas rakan media yang sanggup berkumpul di bawah panas bagi mendapatkan berita terkini.
“Saya tabik dengan semangat kerja yang ditunjukkan rakan-rakan media lelaki dan perempuan yang komited serta tidak berganjak di kawasan tugasan.
“Jujurnya, bukan mudah apa yang mereka lalui demi amanah dan tugas yang digalas. Wajar kita menghargai mereka,” katanya.
Penyanyi lagu Semakin itu turut membawa bersama minuman Bubble Bee dan Stik Madu yang diedarkan kepada rakan-rakan media, orang ramai dan anggota keselamatan.
Siti Sarah turut teruja apabila berpeluang melihat sendiri ketibaan Perdana Menteri Interim Tun Dr Mahathir Mohamad tiba memasuki Istana Negara.
Beliau berkata, bukan semua mampu melalui rutin yang dilakukan dan semua pihak wajar menghormati setiap pekerjaan yang dilakukan.
Siti Sarah juga meluangkan masa berbual dengan anggota keselamatan yang bertugas dan berkongsi minuman dan madu dengan mereka.
“Saya sendiri yang memang mahu turun dan lihat sendiri situasi yang dilalui oleh rakan media yang memang rakan-rakan saya sendiri.
“Bagi saya hari ini saya belajar sesuatu yang baharu dan saya mendokan kita semua terus hidup aman dan damai sentiasa,” katanya.
Sedang popular dengan lagu Dap Dap Dap, Siti Sarah berkata, beliau juga bakal melancarkan video klip single berkenaan serta satu kejutan.
“Ada sesuatu yang istimewa, saya akan kongsi nanti,” katanya.
Sarah meluangkan masa lebih dua jam dan meninjau dua pintu masuk Istana Negara bersaman pekerja Bubble Bee.
Sebanyak 200 cawan minuman Bubble Bee Black Pearl dan Diamond Pearl serta 300 stik madu diedarkan kepada rakan media dan anggota keselamatan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas melafazkan cerai talak satu kepada bekas isterinya, Mawar Abdul Karim, pelakon Fizo Omar ada meluahkan perasaanya menerusi Instagram pula.
Fizo terdahulu ada memberikan kenyataan kepada media sejurus prosiding selesai di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, awal semalam.
Kongsi Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, dia menerima takdir bahawa jodohnya dengan Mawar berakhir pada 10 Julai (semalam).
“IANYA SATU PERMULAAN BUKANNYA PENGAKHIRAN.
“Terima kasih sya nk ucapkan kpd smua yg mendoakan yg baik2 utk sya dan Mawar.
“Segala penulisan yg positive dr kawan media dan komen2 yg positive dr netizen semoga Allah memberkati niat baik korang semua utk kami.
“Apa yg berlaku diantara saya dan Mawar ini adalah dgn izinNYA.setelah pelbagai usaha dilakukan, dan kami bersepakat untuk berpisah dgn cara baik.sesiapa yg berumah tangga mengharapkan kebahagiaan hingga ke akhir hayat,
“Tapi perancangan Allah utk kita adalah yg terbaik.saya terima dgn takdir ini dan sya percaya Allah tidak pernah zalim kpd hambaNYA dan setiap apa yg berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya.
“Dan kita sbgai manusia haruslah memandang ke arah hikmah yg positive dan jgn sesekali bersangka buruk kpd takdirnya,” tulis Fizo panjang lebar.
Malah, Fizo dan Mawar masih berhubung antara satu sama lain untuk mengetahui perkembangan anak mereka, Wan Maryam, 2 tahun.
“Hari ini, 10 Julai 2019, dgn izin Allah, Status kami sbgai suami isteri telah pun berakhir dan bertukar kpd CO- PARENT kpd zuriat kami, Wan Maryam Bt Wan Hafizol iaitu amanah Allah kpd kami utk menjaga dan mendidiknya,
“Insyallah hubungan baik sya dan mawar akan berterusan dan sya pasti hikmah disebaliknya kami terus menjaga silaturahim diantara kami dan kelurga akan bertambah erat,
“Pada sya peristiwa ini bukanlah satu pengakhiran, malah ianya adalah satu PERMULAAN fasa baru dlm hidup kami, sebagai CO-PARENT dan sahabat baik.tiada perbalahan diantara kami dan punca dan sebab yg berlaku ini adalah kerana kelemahan dan kekurangan kami sendiri,
“Semoga dgn takdir ini kami akan memperbaiki kekurangan masing2 untuk menjadi insan yg lebih baik kelak,
“Sya akan sentiasa doakan yg terbaik utk mawar dan keluarga, juga berterima kasih diatas doa dan sokongan daripda anda semua yg berterusan utk kebaikan kami,” kongsi bintang asal Kelantan ini lagi.
Lalu, rakan selebriti turut memberikan kata-kata semangat buat pasangan yang telah mendirikan rumah tangga pada November 2013.
Terdahulu, pasangan ini sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, jam 10.55 pagi semalam.
Lafaz cerai itu dibuat Fizo selaku defendan terhadap Mawar sebagai plaintif di hadapan Hakim Syarie Che Abdullah Che Hassan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Fattah Amin menegaskan dia tidak pernah meletakkan syarat kepada mana-mana jenama yang ingin menjalin kerjasama dengannya untuk turut mengambil Amira Othman sebagai pasangan duta.