Duo kumpulan antarabangsa, Everything About The Girl (EATG), meluahkan rasa lega akhirnya berjaya menghasilkan sebuah album penuh selepas 24 tahun menanti peluang ini.

Menurut Tracey Thorn, tentunya dia dan Ben Watt tidak dapat lari daripada tekanan kerana perjalanan untuk mereka menghasilkan album berjudul Fuse ini dirasakan cukup lama.

“Kami memulakan projek album ini pada Mac 2021. Tekanan semestinya ada, apalagi peminat juga sudah begitu lama menanti kehadiran buah tangan ini daripada kami.

“Mahu atau tidak, kami cuba juga memenuhi permintaan mereka. Jadi dengan semangat yang ada dan hati yang terbuka meskipun pada masa yang sama kami tak pasti apa penerimaan pendengar terhadap album ini, kami tetap teruskan dan cuba berikan yang terbaik,” katanya.

Menurut Tracey lagi, dia dan Ben menjalankan proses rakaman album ini di kediaman mereka bersama jurutera muzik, Bruno Ellingham.

IKLAN

“Dua bulan pertama proses karya-karya lagu dijalankan, kami merancang untuk menamakan album ini dengan judul TREN (Tracey dan Ben). Tetapi, selepas seketika, kami pilih untuk berikan nama Fuse untuk album ini.

“Ia dirasakan sesuai kerana kebanyakan trek lagu dalam album ini ada suntikan bunyian atmosferik terutama untuk lagu When You Mess Up dan Interior Space.

“Begitu juga dengan lagu Nothing Left To Lose dan Caution To The Wind. Bagi saya, lirik-lirik di dalam album ini juga berbeza daripada apa yang peminat pernah dengar sebelum ini,”katanya.

IKLAN

Tempoh 24 Tahun Berbaloi, Duo EATG Teruja Lancar Album Sulung; “Kami Mulakan Projek Ini Pada…” Tempoh 24 Tahun Berbaloi, Duo EATG Teruja Lancar Album Sulung; “Kami Mulakan Projek Ini Pada…”

Mengakui hal tersebut, Ben pula berkata, dia benar-benar menikmati momen sepanjang proses karya album ini dihasilkan.

“Bagi saya semuanya mengujakan. Apa yang boleh dikatakan, album ini tidak hanya tentang kami berdua. Namun buat pendengar, mereka akan tahu, inilah ‘bunyi’ kami. Bunyi Everything But The Girl,”katanya.

IKLAN

Untuk info, EBTG mula menembusi pasaran muzik Indie United Kingdom (UK) sekitar tahun 1982 menerusi lagu cover pertama mereka berjudul Cole Porter’s Night and Day.

Tidak menunggu lama, EBTG kemudiannya muncul dengan sebuah album emas di sekitar era yang sama sebelum menghasilkan Amplified Heart pada tahun 1994.

Album tersebut mencipta kejayaan menerusi lagu-lagu hits seperti Missing dan The sparkling Walking Wounded.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI