Menampilkan kelainan dan perincian yang lebih ditil, pengarah Ejen Ali The Movie, Usamah Zaid Yasin menjelaskan filem animasi popular ini telah memulakan pembikinan sejak awal 2018 dan mengambil masa dua tahun untuk disiapkan sebelum ditayangkan di pawagam.
Menyedari tahun ini filem animasi tempatan mendominasi carta industri perfileman negara, Ejen Ali disedari berada pada kelas tersendiri dan punya kelompok peminat tegar.
“Semua akan membandingkan dan kami tidak mampu mengelak. Namun filem animasi yang ditayangkan adalah berbeza.
“Ejen Ali punya peminat daripada segenap peringkat umur dan sudah pasti pasaran kami lebih meluas daripada kanak-kanak sehingga ke orang dewasa.
Ads
“Penceritaan yang friendly untuk kanak-kanak dan konflik penceritaan yang mudah difahami setiap peringkat umur,” jelasnya.
Usamah ketika ditemui media pada Sidang Media Ejen Ali The Movie di GSC Mid Valley, pada Rabu.
Ads
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Wau Animation ini turut mendedahkan kos pembikinan filem ini berjumlah RM6.5 juta termasuk promosi.
“Untuk filem ini, lebih 90 pekerja animasi dengan lapan jabatan diwujudkan demi kualiti yang lebih baik. Untuk layar besar, kami harus perincikan segala-galanya demi standard yang lebih bermutu.
Ads
“Untuk target peribadi, saya sasarkan jumlah kutipan sebanyak RM20 juta,” katanya lagi.
Ejen Ali The Movie mengisahkan tentang Ali, budak berusia 12 tahun yang telah direkrut menjadi perisik sebuah agensi perisikan, dikenali sebagai Meta Advance Tactical Agency (MATA) yang berperanan untuk melindungi kota futuristik Cyberaya daripada ancaman luar.
Filem ini bakal ditayangkan mulai 28 November depan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Abby Abadi atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abdul Manan telah menghadiahkan dua buah peti sejuk khusud bagi kegunaan para ibu di Unit Rawatan Intensif Neonatal (NICU), Hospital Sungai Buloh bagi menyimpan susu badan mereka.
Bayi pra-matang Abby yang diberi nama Muhammad Danial Firman Faizal itu dilahirkan pada 27 September lalu dan masih ditempatkan dalam jagaan unit berkenaan.
Menerusi Instagram, Abby berkongsi beberapa keping foto serta video pendek ketika sesi pemberian berkenaan.
“Alhamdullillah Syukur (25/10/19), Rezeki ALLAH dikongsi bersama. Minggu ni tak sempat nk belanja makan pada staffnurse & doc2 HSB yg rajin melayan kami & mnjaga baik anak kami NICU.
“Jadi Sy, suami @jaiezzany & anak2 @danishhakimofficial @marissadaniaaaa_ @m_danishaa@danish_edry @daiyandayana semua belanja 2 freezer utk NICU ni bagi menampung susu badan ibu2 yg pam kan susu utk baby2 mereka disini termasuklah Sy,” tulisnya.
Bintang Gerak Khas ini pada masa sama turut memaklumkan agar kekal yakin dengan janji Allah.
“YAKIN DENGAN JANJI ALLAH. Apa sahaja yg diniatkan kerana ALLAH, jangan teragak2. Bagi je.. yakin ALLAH akan ganti semula.
“Itulah yg sedang kami sekeluarga usahakan kerana kami sangat yakin dgn janji ALLAH, apa yg kita sedekahkan sewaktu hidup di dunia.. itulah harta kita di akhirat “sana”.
“Bila kita mulakan amalan baik ini yang jarang dibuat org, kemudian diikuti pula oleh pihak lain akan mendapat pahala yang melimpah-ruah sebagaimana disebut dalam hadis bernombor 1893 Riwayat Muslim, “Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy, beliau berkata Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.”
“Hidup jangan berkira dgn ALLAH & hidup biar bermanfaat utk org lain. Semoga ALLAH redha… Aminnn,” maklumnya lagi sambil terus mendoakan kesihatan bayinya yang sinonim dipanggil Baby D.
“Terus doakan Baby Muhammad Danial Firman Faizal kami & anak2 pramatang yg lain di NICU agar terus kuat & bertahan sampai berjaya balik rumah masing2 & membesar menjadi Hamba ALLAH dan Umat Muhammad yg beriman, Aminnn,” akhiri Abby.
Menerusi ruangan komen, rata-rata memuji tindakan Abby sekeluarga selain mendoakan agar dimurahkan rezeki.
Terdahulu, terpaksa melahirkan bayinya itu ketika usia kandungan baru mencecah 24 minggu selepas mengalami ‘turun darah’.
Sebelum itu, dia dimasukkan ke hospital selepas berdepan masalah tekanan darah tinggi.
Dua tahun lalu juga, bintang ini pernah mengalami keguguran ketika usia kandungannya berusia lima bulan, manakala pada 2016, bayi dikandung meninggal dalam perut gara-gara tekanan darah tinggi.
Abby mendirikan rumah tangga dengan Faizal Zakaria pada 14 Ogos 2015 dan Baby D, mereka turut mempunyai dua anak angkat, Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia.
Foto: Instagram Abby Abadi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Berkongsi petua perihal janggut, jelas Rozita Ibrahim, mengahwini lelaki yang berjanggut punya banyak kelebihan.
Malah, ia secara tak langsung membuatkan isteri kelihatan lebih muda kerana ia menggalakkan hormon.
Tulisnya lagi, hujung janggut juga punya penawar bagi sakit perut. Hasil kajian terbukti apabila para saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat berjudul “The Amazing Fact of Human Body” membuktikannya.
“Janggut suami buat wanita jadi muda sbb mengalakan hormon..!! Upss wlu pun petua ..Sy masih lagi dlm mood majlis ajim kahwin.. semua yg sy posting behind the scene sepanjang majlis ajim..( gambar2 belum siap lagi daripada pihak agensi photography).
“Dlm wedding tu suami sy bagi petua.. kalau sakit perut, ubatnya dari hujung janggut dan sy pernah mendengar daripada seorg yg sgt tinggi ilmunya mengatakan bahawa wanita yg berkahwin dgn lelaki yg mempunyai janggut dia akan kelihatan muda..sbbnya berkaitan hormon..!! (Kata Dr Nick Lowe seorg ahli dermatologi dari London).
“Antara kebaikan lelaki berjanggut mengikut Kajian oleh para saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat berjudul “The Amazing Fact of Human Body” ia mampu melindungi wajahnya dari sinaran UV matahari.. melembabkan kulit wajah lelaki.. baik utk sistem pernafasannya, meningkatkan kesuburan lelaki, merangsang kesuburan wanita dan menggalakkan hormonnya dan menstabilkan haid.. kerana janggut mengandungi hormon testosteron.
“Caranya mudah sahaja.. dgn membelai janggut lelaki.. !! Nampak lwak tp benar antara yg kita tahu menyimpan janggut merupakan sunnah Nabi dipkai dek org alim2 je dn kini ia menjadi 1 trend dan menampakkan lelaki tu lebih kelihatan maskulin,” kongsinya.
Penyanyi Sufie Rashid atau nama sebenarnya, Mohammad Sufie Rashid ada memuat naik sekeping gambar di akaun Instagram miliknya.
Menariknya, penyanyi kelahiran Singapura itu telah mengimbau kembali kenangan saat menjadi juara untuk program realiti nyanyian Akademi Fantasia 2015.
“Assalamualaikum semua! Hari ini tepat 4 tahun lepas saya menang Akademi Fantasia 2015. 10 Minggu dalam “bootcamp” yang penuh dengan cabaran dan pelajaran.
Saya tidak akan lupa penat lelah keluarga mara, cikgu cikgu, sahabat dan peminat2 yang setia menyokong saya hingga sekarang.
“I am where am i because of all of you “ Sejarah kehidupan saya ini atas dasar kesungguhan korang semua yang percaya denganbakat saya.
“Insyaallah, i will not stop. Walaupun sepanjang career saya penuh dengan dugaan dan halangan, saya akan tetap terus memperjuangkan seni muzik tanah air kita dengan sepenuh hati saya.And with that, ALHAMDULILLAH.#AF2015,” tulisnya.
Seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan pihak berkuasa selepas dipercayai menjadi dalang di sebalik kebocoran filem animasi yang belum ditayangkan, The Legend of Aang: The Last Airbender yang juga karya terbaharu dalam francais popular, Avatar.