Mengakhiri teka-teki ramai, kakak kepada Neelofa, Noor Nabila Mohd Noor, 35, mengesahkan dirinya sudah memfailkan perceraian terhadap suami, pelakon Sharnaaz Ahmad.
Pendedahan tersebut dibuat secara eksklusif menerusi BH Online.
“Seperti khabar angin yang bertebaran, saya mengesahkan sudah memfailkan perceraian terhadap suami saya, Sharnaaz Ahmad.
“Buat masa ini, saya serahkan segala-galanya kepada mahkamah. Saya berharap, saya dan keluarga diberi ruang untuk melalui proses ini dengan sabar dan tenang,” katanya seperti yang dipetik.
Pada masa sama, Nabila mengakui masa depan anak mereka, Jebat Jayden adalah yang lebih penting.
Ads
Jebat baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran yang pertama, sehari lalu.
Sebelum ini, rumah tangga antara Sharnaaz dan Nabila dikatakan pernah berdepan masalah.
Bagaimanapun, perhubungan mereka dilihat semakin pulih, sejak Februari lalu.
Ads
Pasangan berkenaan mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Jebat Jayden, pada Ogos tahun lalu.
Awal Khamis, Nabila ada berkongsi foto yang dipercayai diambil di kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan Duta, 29 Ogos lalu.
Ads
Perkara itu sekali gus membangkitkan pelbagai spekulasi hingga ada yang mendakwa Nabila memfailkan perceraian terhadap suaminya.
Terdahulu, Sharnaaz ketika ditemu bual pihak media enggan untuk memberikan sebarang reaksi mengenai perkara tersebut kerana bimbang ia akan mengeruhkan keadaan.
Sementara itu, Neelofa pula menyifatkan kakaknya seorang yang kuat dan sebagai ahli keluarga, dia tetap menyokong apa sahaja tindakan yang bakal dilakukan Nabila andai itu adalah yang terbaik.
Foto/Sumber: Instagram Noor Nabila, Sharnaaz Ahmad/Berita Harian
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Anggota Balai Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang semalam telah menangkap seekor ular sepanjang 20 kaki bersamaan dengan enam meter.
Ular yang ditemui di kilang memproses ayam Bandar Baru Salak Tinggi itu adalah spesis Python Reticulatus.
“Sebuah jentera dengan kekuatan lima anggota bergegas ke tempat kejadian dan mereka mengambil masa kira-kira 15 minit untuk menangkap ular sawa itu menggunakan penjerut.
“Ular berkenaan tidak bertindak agresif tetapi cuba melarikan diri,” katanya.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat KLIA, Khairuddin Jamaludin berkata ular itu kemudiannya dilepaskan di kawasan hutan simpan jauh dari kawasan reptilia itu ditemui.
Sedikit info, ular jenis Python reticulatus atau dikenali juga ular Sanca Batik adalah jenis ular yang memiliki ukuran besar dan panjang berbanding dengan ular lain yang boleh mencapai 6 meter lebih.
Ular tersebut merupakan ular terpanjang di dunia. Ular terpanjang yang dianggarkan berukuran 6.95 m dan boleh mencapai berat maksima yang tercatat adalah 158 kg.
Ular tersebut juga boleh hidup sehingga lebih dari 25 tahun.
Selain itu, ular tersebut merupakan ular yang cerdas, sangat aktif, dapat bergerak dengan cepat, dan memiliki nafsu makan yang besar.
Sumber : Sinar Harian
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Azharina tidak mengambil hati atau sentap bila ada peminat muzik yang memberi komen, mengatakan kualiti single terkininya, Lakar Janji seperti lama, lapok, tidak cantik dan sebagainya.
Bagi Azharina, paling tidak ia diperkatakan ramai sekali gus membuatkan penyanyi asal Sabah ini boleh memperbaiki kelemahan yang ada.
“Walaupun ada yang kata muzik video saya tu nampak tak cantik atau lapok, yang penting ia ada di situ. Orang bercakap ni saya tak kisah sangat. Kena caci? Saya suka jer.
“Sebab apa, sekurang-kurangnya saya tahu mana yang betul dan cuba untuk perbaiki kelemahan yang ada. Jadi daripada situlah kita cuba belajar dan terus belajar,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran single berkenaan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Jelas Azharina lagi, baik atau buruk orang memperkatakan mengenai sesuatu, ia tetap dianggap sebagai suatu publisiti yang secara tidak langsung akan memberi impak tersendiri.
“Kata orang, baik atau buruk orang bercakap, ia masih dianggap sebagai suatu promosi. Tengok ada sesetengah lagu pun kena kecam, tapi ia jadi viral juga,” terangnya lagi.
Terdahulu, Lakar Janji merupakan lagu ciptaan sepenuhnya oleh Dr. Irma Shida di bawah label Dr. Irma Entertaiment hasil dari kerjasama sulung di bawah syarikatnya sendiri, Azharina Entertaiment.
Sejak dimuat naik menerusi YouTube beberapa hari lalu, muzik video berkenaan sudah pun ditonton lebih 30,000 kali.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Meluangkan masa bercuti bersama sahabat baik beberapa minggu bagi menjalani penggambaran di Australia, Liyana Jasmay dan Intan Ladyana dilaporkan selamat tiba di Malaysia awal pagi semalam.
Dalam masa sama, pelakon dan pengarah itu tetap mengambil langkah berjaga-jaga berhubung wabak koronavirus (Covid-19) yang melanda negara masa kini.
“Kami sepatutnya kembali ke Malaysia pada 23 Mac, tetapi disebabkan kebimbangan terhadap koronavirus, kami membatalkan beberapa lokasi dan memendekkan masa penggambaran untuk pulang lebih awal.
“Masa ketibaan kami di Malaysia adalah pada awal pagi 18 Mac, sebaik sahaja bermulanya perintah kawalan pergerakan di negara kita.
“Kami akan kuarantin diri sendiri selama 14 hari seperti yang diarahkan untuk mengenal pasti jika ada gejala yang berlaku,” tulisnya.
Dalam pada itu, Liyana turut memberi penghargaan kepada mereka yang terlibat dalam sektor perubatan dalam usaha mengawal dan merawat wabak COVID-19.
“Terima kasih kepada semua doktor, jururawat, dan mereka yang terlibat dalam usaha menangani pandemik ini, kami berjanji akan lakukan yang terbaik untuk membantu anda semua dengan hanya duduk di rumah sahaja,” tulisnya lagi.
Untuk rekod, jumlah kes COVID-19 di Malaysia telah mencecah 900 orang setakat ini.
Sementara 75 daripada jumlah tersebut telah sembuh sepenuhnya dan dikeluarkan dari hospital.
Rekod kematian di negara ini pula masih kekal dengan jumlah dua orang.
Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Perutusan Khas Perintah Kawalan Pergerakan merayu agar rakyat Malaysia duduk di rumah selama 14 hari, bermula 18 hingga 31 Mac 2020.
Foto : Instagram Liyana Jasmay
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Sweet Qismina menegur sikap segelintir warganet yang lantang menyokong kempen anti buli terhadap insiden menyayat hati yang menimpa arwah Zara Qairina.
Tetapi dalam masa...