Awal semalam, pelakom Ozlynn Watie ada berkongsi video pendek yang merakamkan anak bongsunya, Nur Latifah Moleiq Hanania mengalami batuk dan sedang mendapatkan rawatan.
Malah lebih menyedihkan, Ozlynn juga turut memaklumkan dirinya diserang demam panas hingga memberi kesan buatnya untuk menjaga anak yang sedang tidak sihat.
“Mama demam panas dia lak batuk teruk. paling sian bila dia sakit tentu dia nak kita. asik nangis nak “tek”, tp kita demam.dlm masa yg sama kita keje.
“Korang pernah x kena demam yg urat semua sakit, pastu tekak bengkak. skrg tgh kena.. doakan kami moga sembuh yek,” pinta Ozlynn.
Pasangan selebriti, Awal Ashaari dan Scha Alyahya bakal bergandingan sebagai pengacara Anugerah Industri Muzik ke-25 (AIM25) yang dijadual berlangsung pada 26 September depan.