Pelakon, Nadya Syahera ada berkongsi cerita apabila hubungan rumah tangganya dengan Fizul Nawi mulai goyah.

Kongsi pelakon drama bersiri Dia Semanis Honey ini juga, dia mendapati bukti kecurangan apabila suaminya  itu bergambar bersama seorang gadis dari Kelantan.

Menurut laporan MHE TV, Nadya mendedahkan bahawa perkara itu terjadi seminggu sebelum sambutan Aidilfitri.

“Sebenarnya, hal ini baru saja dapat dibongkar kira-kira seminggu sebelum sambutan Aidilfitri yang lalu walaupun kecurigaan saya terhadapnya sudah dirasakan lebih awal.

“Naluri isteri, jujurnya saya mencurigainya sejak dia bekerja di luar kawasan iaitu di Kelantan yang juga merupakan kampung halamannya.

IKLAN

“Hampir sebulan dia di sana kononnya atas urusan kerja semata-mata dan langsung tidak balik ke rumah kami di Shah Alam untuk menjenguk saya serta anak-anak.

“Akhirnya, teka-teki yang selama ini bermain di benak fikiran terjawab selepas melihat beberapa keping gambar yang membuktikannya bermain kayu tiga,”katanya.

“Teka-Teki Terjawab,”- Naluri Nadya Syahera Tepat, Dedah Suami Curang Dengan Gadis Kelantan?

IKLAN

Difahamkan gadis terbabit adalah adik kepada pengasas produk kosmetik terkenal yang beroperasi di negeri Pantai Timur itu.

“Bahkan, hubungan kedua-duanya bermula setelah gadis berkenaan datang ke premis restorannya sebagai seorang pelanggan.

IKLAN

“Apapun yang berlaku, saya akan berusaha untuk pertahankan perkahwinan ini dan belum terdetik untuk meminta cerai waima tak dapat dinafikan betapa kecewanya saya atas perbuatan dilakukannya,” ujarnya.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 25 September 2015 dan ia merupakan perkahwinan kedua buat Fizul setelah gagal mempertahankan rumah tangga pertama.

Hasil perkongsian hidup selama empat tahun, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aleena Rose dan Mohamad Dayyan yang masing-masing berusia dua dan satu tahun.

Sumber : MHETV

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI